Monday, June 17, 2013

Perang Akhir Zaman: Pemuda-pemuda Islam Belanda tinggalkan keselesaan hidup berjihad di Syria

Meninggalkan kehidupan yang selesa dan keluarga, semakin ramai pemuda muslim Belanda berangkat ke Syria untuk menegakkan agama Nya dan melawan rejim Bashar Al-Assad.

"Melindungi orang-orang dari kejahatan tentera pembunuh memberikan kepuasan tersendiri," kata Abu Fidaa, seorang Muslim dari Belanda yang bergabung dengan mujahidin di Syria dalam sebuah e-mail kepada akhbar Volkskrant yang dilaporkan oleh Berita Belanda pada hari Ahad (16/6/2013 ).

"Muslim di barat yang tidak berdaya memerlukan bantuan psikiatri, bukan kita."

"Jihad di Syria mempunyai kesan terapi."

Dalam siri e-mel yang dihantar antara 26 Mei dan 12 Jun, Abu Fidaa berkata dia berperang melawan rejim Assad di Syria bersama 100 hingga 150 Muslim Belanda.

"Kami tersebar di beberapa lokasi dengan saudara dari negara lain untuk memudahkan integrasi," tulisnya.

"Saudara-saudara yang lain datang dari Belgium, Jerman, Kanada dan Rusia."

Menyangkal laporan tentang pejuangan mereka itu dibayar, Abu Fidaa menerangkan bahawa para pejuang membayar perjalanan mereka sendiri untuk datang ke Syria.

"Kos tiket penerbangan, hotel, dan teksi untuk sampai kesini hanya sekitar dua ratus euro dan kos hidup di sini sangat murah, "tulisnya.

"Kami mendapatkan sejumlah bayaran bulanan yang baik dan jika anda terlibat dalam pertempuran di lapangan, anda biasanya mendapatkan bahagian dari harta rampasan."

Para jihad Belanda juga menolak dakwaan bahawa para pemuda yang direkrut itu merasa terpaksa dan bertindak di luar kehendak mereka.

"Apa gunanya lelaki-lelaki muda jika tidak mahu berperang?" Tanyanya.

Lebih dari 93.000 orang telah terbunuh dalam dua tahun pertempuran antara rejim Assad dan mujahidin di Syria.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

0 Responses to “Perang Akhir Zaman: Pemuda-pemuda Islam Belanda tinggalkan keselesaan hidup berjihad di Syria”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam