Mengapa Syiah sangat membenci Malaikat Jibril?

Oleh: Asy-Syaikh Sholih Al-Fauzan Hafizhahullah Ta'ala

الحمدالله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد:

Sungguh Syiah telah terpengaruh dengan keyakinan Yahudi dalam hal permusuhan mereka terhadap Malaikat Jibril 'alaihis salam

Berikut ini adalah penjelasan dari Asy-Syaikh Al-'Allamah Sholih Al-Fauzan (Anggota Dewan Fatwa Arab Saudi) dalam kitabnya Al-Manhah Ar-Robbaniyah fi Syarhil Arba'ina An-Nawawiyah, hal.53-54 Cet. Darul 'Ashimah:

"Diantara mereka ada yang memusuhi para malaikat, diantara mereka ada juga yang memusuhi sebahagian malaikat. Seperti Yahudi yang memusuhi Malaikat Jibril 'alaihis salam, mereka mengatakan Jibril musuh kami, seandainya yang turun kepada Muhammad (untuk menyampaikan wahyu) bukan Jibril pasti kami akan beriman kepadanya, tetapi kerana yang turun kepadanya adalah Jibril maka kami tidak mahu beriman kepadanya, kerana Jibril adalah musuh kami. Allah berfirman:

قال الله تعالى: (قل من كان عدوا لجبريل فإنه نزله على قلبك بإذن الله مصدقا لما بين يديه وهدى وبشرى للمؤمنين * من كان عدوا لله وملآئكته ورسله وجبريل ....) البقرة: 97-98

"Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan izin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman * Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir "(QS. Al-Baqarah: 97-98)

Syiah juga ada yang memusuhi Jibril kerana terpengaruh dengan Yahudi.

Mereka berkata: Sesungguhnya risalah (kenabian) untuk Ali tetapi Jibril berkhianat dan memberikannya kepada Muhammad.

Seorang penya'ir mereka berkata:

خان الأمين وصدها عن حيدرة

"Telah berkhianat Al-Amin (Jibril) dan menghalanginya dari Haidaroh ('Ali)"

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Comments