Thursday, August 22, 2013

10 syarikat Amerika mendapat untung dari tindakan tentera Mesir

Dasar Amerika Syarikat berkaitan Krisis Mesir boleh dikatakan ironis. Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar penguasa sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Tetapi, di sisi lain negeri Pak Cik Sam itu malah terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir. Padahal dunia tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi.

Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari AS.

Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat berbendera Amerika Syarikat (AS).
Lalu syarikat manakah yang mendapat keuntungan dari Tentera Mesir?

Berikut adalah 10 syarikat yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada Mesir berdasarkan data dari The Institute for Southern Studies;

1. Lockheed Martin
Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

2. DRS Technologies
Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

3. L-3 Communication Ocean Systems
Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

4. Deloitte Consulting
Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

5. Boeing
Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

6. Raytheon
Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

7. AgustaWestland
Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

8. US Motor Works
Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

9. Goodrich Corp.
Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

10. Columbia Group
Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

0 Responses to “10 syarikat Amerika mendapat untung dari tindakan tentera Mesir”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam