Wednesday, August 14, 2013

Kisah taubat tiga wanita Syiah

Bismillahirrahmaanirrahiem, semoga shalawat dan salam tercurah atas Nabi dan Rasul termulia, junjungan kami Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam, beserta keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, kepada-Mu kami berlindung, kepada-Mu kami memohon pertolongan dan kepada-Mu kami bertawakkal. Engkaulah Yang Bermula dan Mengulangi, Ya Allah kami berlindung dari kejahatan perbuatan kami dan minta tolong kepada-Mu untuk selalu menaati-Mu dan kepada-Mu lah kami bertawakkal atas setiap urusan kami.

Semenjak lahir, yang aku tahu dari akidah aku hanyalah ghuluw (berlebihan) dalam mencintai Ahlul bait. Kami dahulu memohon pertolongan kepada mereka, bersumpah atas nama mereka dan kembali kepada mereka apabila menghadapi bencana. Aku dan kedua saudaraku telah meresapi akidah ini sejak kanak-kanak.

Kami memang berasal dari keluarga Syiah tulen. Kami tidak mengenal tentang mazhab ahlussunnah wal jama'ah kecuali bahawa mereka adalah musuh-musuh ahlulbait Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Mereka lah yang merampas kekhalifahan dari tangan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhu dan merekalah yang membunuh Husain.

Akidah ini semakin tertanam kuat dalam diri kami setiap hari "Tahrim", iaitu hari berkabung atas ahlul bait, demikian pula apa yang diucapkan oleh syeikh kami dalam perayaan Husainiyyah dan kaset-kaset ratapan yang memenuhi laciku.

Aku tidak mengetahui tentang akidah mereka (ahlussunnah) sedikitpun. Semua yang aku ketahui tentang mereka hanyalah bahawa mereka orang-orang munafik yang ingin merosakkan ahlul bait yang mulia.

Faktor-faktor di atas sudah cukup untuk menyebabkan timbulnya kebencian yang mendalam terhadap penganut mazhab itu, mazhab ahlussunnah wal jama'ah.

Benar ... Aku membenci mereka sebesar kecintaanku kepada para Imam. Aku membenci mereka sesuai dengan anggapan Syiah sebagai pihak yang terzalimi.

Kejutan Pertama

Ketika itu Aku sedang mula bersekolah di sekolah rendah. Aku mendengar penjelasan guru tentang mata pelajaran tauhid. Beliau bercakap tentang syirik dan mengatakan bahawa menyeru selain Allah termasuk bentuk menyekutukan Allah. Contohnya seperti ketika seseorang berkata dalam doanya: "Hai Fulan, selamatkan Aku dari bencana ... tolonglah Aku" terang guru tersebut. Maka aku katakan kepadanya: cikgu, kami mengatakan "Ya Ali", apakah itu juga termasuk syirik? Sejenak aku melihat beliau terdiam ... seluruh murid di sekolahku dan sebahagian besar guru-gurunya memang penganut Syiah ... kemudian guru aku berkata dengan nada yakin: "Iya, itu syirik" kemudian langsung melontarkan satu pertanyaan kepadaku:

"Bukankah doa adalah ibadah?"

"Tidak tahu", jawabku.

"Cuba perhatikan, apa yang Allah katakan tentang doa berikut", dan beliau membaca firman Allah:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. "(Ghaafir: 60).

"Bukankah dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa berdoa adalah ibadah, lalu mengancam orang yang enggan dan takabbur terhadap ibadah tersebut dengan Neraka?" Tanyanya.

Setelah mendengar soalan tersebut, aku merasakan suatu kejanggalan ... aku merasa kecewa ... segudang perasaan berpaut dibenakku tanpa boleh aku ungkapkan. Saat itu aku berangan-angan andaikan aku tidak pernah menanyakan hal itu kepadanya. Lalu aku tatapkan dia untuk kali kedua... ia tetap tegar laksana gunung.

Waktu pulang aku tunggu dengan penuh kesabaran, Aku berharap barangkali ayah dapat memberi penyelesaian atas permasalahan aku ini... apabila aku pulang dari sekolah, aku tanya ayahku tentang apa yang dikatakan oleh guru ku tadi.

Ayah serta merta mengatakan bahawa guru tersebut termasuk yang membenci Imam Ali. Dia mengatakan bahawa kami tidaklah menyembah Amirul Mukminin, kami tidak mengatakan bahawa dia adalah Allah sehingga guru mu itu boleh menuduh kami telah berbuat syirik ... jelas ayah.

Sebenarnya aku tidak berpuas hati dengan jawapan ayahku, sebab guru aku berdalil dengan firman Allah. Ayah lalu berusaha menjelaskan kepadaku kesalahan mazhab Sunni hingga kebencian aku semakin bertambah dan aku semakin yakin akan batilnya mazhab mereka.

Aku pun tetap memegangi mazhabku, mazhab Syiah hingga adik perempuanku meneruskan kerjayanya sebagai pegawai di Kementerian Kesihatan.

Sekarang, biarlah adikku yang melanjutkan ceritanya ...

Setelah masuk ke dunia kerja, aku berkenalan dengan seorang perempuan ahlussunnah wal jama'ah. Dia seorang yang multazimah (taat) dan berakhlak mulia. Dia disukai oleh semua golongan, baik Sunni maupun Syiah. Aku suka dengannya dan berangan-angan andai saja dia bermazhab Syiah.

Aku berusaha agar jam kerjaku bertepatan dengan waktu kerjanya, dan aku sering kali menelefonya selepas waktu kerja.

Ibu dan saudara-saudaraku tahu betapa erat hubugan sahabat dengannya, sebab itu aku tidak pernah berterus terang kepada mereka tentang akidah sahabatku ini, namun aku katakan kepada mereka bahawa dia seorang Syiah, supaya mereka tidak mengganggu hubunganku dengannya.

Permulaan Hidayah

Hari ini, aku dan sahabatku berada pada shift yang sama. Aku bertanyakan soalan kepada dia: "Mengapa di sana ada Sunni dan Syiah, dan mengapa berlaku perpecahan ini?" Dia menjawab dengan lembut:

"kakak, sebelumnya maafkan aku atas apa yang akan aku katakan... sebenarnya kalianlah yang memisahkan diri dari agama, kalian yang memisahkan diri dari Al Quran dan kalian yang memisahkan diri dari tauhid!"

Kata-katanya terdengar laksana halilintar yang menembusi hati dan fikiranku. Aku memang orang yang paling kurang mempelajari mazhab di antara saudari-saudariku. Dia kemudian berkata:

"Tahukah kamu bahawa ulama-ulama kalian meyakini bahawa Al Quran telah diubah-rubah, meyakini bahawa segala sesuatu ada di tangan Imam, mereka menyekutukan Allah, dan seterusnya ...?" sementara menyebut sejumlah masalah yang aku harap agar dia diam kerana aku tidak mempercayai semua itu.

Sebelum berakhirnya waktu kerja, sahabatku mengeluarkan beberapa keping kertas dari begnya dan berkata bahawa itu adalah tulisan saudaranya, berkenaan dengan haramnya berdoa kepada selain Allah. Kuambil lembaran-lembaran tersebut dan dalam perjalanan pulang aku meraba-rabanya sambil merenungkan ucapan sahabatku tadi.

Aku masuk ke rumah dan aku kunci pintu kamarku. Lalu aku membaca tulisan tersebut. Memang, hal ini menarik perhatianku dan membuatku sering merenungkannya.

Pada hari berikutnya, sahabatku memberi aku sebuah buku berjudul "Lillaah, tsumma littaariekh" (kerana Allah, kemudian kerana sejarah). Sumpah demi Allah, berulang kali aku tersentak membaca apa yang tertulis di dalamnya. Inikah agama kita orang Syiah? Inikah keyakinan kita?!!

Sahabat aku pun semakin akrab dengan ku. Dia menjelaskan hakikat banyak hal kepadaku. Dia mengatakan bahawa ahlussunnah mencintai Amirul Mukminin dan keluarganya.

Benar ... aku pun beralih menganut mazhab ahlussunnah tanpa diketahui oleh seorang pun dari keluargaku. Sahabatku ini selalu menghubungiku melalui telefon. Dia juga berkenalan dengan kakak perempuanku.

Sekarang, biarlah kakakku yang melanjutkan ceritanya ...

Aku mulai berkenalan dengan perempuan yang baik ini. Sungguh demi Allah, aku sayang kepadanya kerana sering mendengar cerita adikku tentangnya. Maka begitu mendengar langsung kata-katanya, aku semakin sayang kepadanya ...

Permulaan Hidayah

Hari itu, aku sedang membersihkan rumah dan adikku sedang bekerja di pejabat. Aku mencari sebuah buku bergambar yang berjudul: "Lillaah, tsumma littaariekh".

Aku pun membukanya lalu membacanya ... sungguh demi Allah, belum genap sepuluh halaman, aku merasa lemas dan tidak mampu untuk menyudahkan kerjaku membersihkan rumah. Cuba bayangkan, dalam sekejap, akidah yang ditanamkan kepadaku selama lebih dari 20 tahun hancur lebur seketika.

Aku menunggu kembalinya adikku dari pejabatnya. Lalu kutanya dia: "Buku apa ini?"

"Itu pemberian salah seorang kakak di hospital", jawabnya.

"Kau sudah membacanya?" Tanyaku.

"Iya, aku sudah membacanya dan aku yakin bahawa mazhab kita keliru", jawabnya.

"Bagaimana dengan?" Tanyanya.

"Baru beberapa laman" jawabku.

"Bagaimana pendapatmu tentangnya?" Tegasnya.

"Saya rasa ini semua dusta, sebab kalau benar bermakna kita betul-betul sesat "

"Mengapa tidak kita tanyakan saja isinya kepada Syeikh?" Pintaku.

"Wah, idea yang bagus" katanya.

Buku itu lantas aku kirimkan kepada Syeikh melalui adik lelaki aku. Aku minta agar dia menanyakan kepada Syeikh apakah yang tertulis di dalamnya benar, ataukah sekadar kebohongan dan omong kosong?

Adik aku mendatangi Syeikh tersebut dan memberinya buku itu. Maka Syeikh bertanya kepadanya: "Dari mana kau dapat buku ini?"

"Itu pemberian salah seorang perempuan kepada kakakku" jawabnya.

"Biarlah aku baca dulu" kata Syeikh, sementara aku pula berharap dalam hati agar dia akan mengatakan bahawa semuanya merupakan kebohongan atas kaum Syiah. Akan tetapi, jauh panggang dari api! Kebatilan pastilah akan hilang...

Aku terus menunggu jawapan dari Syeikh selama sepuluh hari. Harapanku tetap sama, barang kali aku mendapatkan sesuatu darinya yang melegakan hati.

Namun selama sepuluh hari tadi, aku telah mengalami banyak perubahan. Kini sahabat adikku sering berbual  panjang lebar denganku melalui telefon, bahkan dia seakan lupa kalau mulanya dia ingin bercakap dengan adikku. Kami berbual panjang lebar tentang berabagai masalah.

Pernah suatu ketika dia bertanya: "Apa kau puas dengan apa yang kita amalkan sebagai orang Syiah selama ini?". Aku mengira bahawa dia adalah Syiah, dan dia tahu akan hal itu ...

"Saya rasa apa kita berada di atas jalan yang benar", jawabku.

"Lalu apa pendapatmu terhadap buku milik adikmu?" Tegasnya. Akupun terdiam sejenak ... lalu aku memberitahunya...

"Buku itu telah kuberikan ke salah seorang Syeikh agar dia menjelaskan hakikat buku itu sebenarnya".

"Saya rasa dia tidak akan memberimu jawapan yang bermanfaat, aku telah membacanya sebelummu berulang kali dan aku selidik kebenaran isi kandungannya ... ternyata apa yang dikandungnya memang sebuah kebenaran yang pahit", jelasnya.

"Aku pun menjadi yakin bahawa apa yang kita yakini selama ini adalah batil" lanjutnya.

Kami terus berbual panjang di telefon dan sebahagian besar perbincangan itu mengenai masalah tauhid, ibadah kepada Allah dan kepercayaan kaum Syiah yang keliru. Setiap hari semasa adikku balik dari tempat kerja, dia membawa beberapa helai risalah mengenai akidah Syiah, dan selama itu aku berada dalam kebingungan ...

Aku teringat kembali akan kata-kata guru aku yang selama ini. Aku utuskan adik lelaki aku untuk menemui Syeikh dan meminta kembali kitab tersebut beserta bantahannya. Akan tetapi sumpah demi Allah, lagi-lagi Syeikh ini mengelak untuk bertemu dengan adikku. Padahal sebelumnya dia selalu mencari adikku dan kini adikku pula yang menelefonnya. Namun keluarga Syeikh mengatakan bahawa dia tidak ada dan ketika adikku bertemu dengannya dalam majlis Husainiyyah dan menanyakan kitab tersebut; Syeikh hanya mengatakan: "Nanti", demikian seterusnya selama dua bulan.

Selama itu, hubungan aku dengan sahabat adik aku melalui telefon semakin kerap, dan ia menjelaskan kepadaku bahawa dirinya seorang Sunni, iaitu ahlussunnah wal jama'ah. Dia berkata kepadaku:

"Jujur saja, apa yang membuat kalian membenci Ahlussunnah wal Jama'ah?"

Aku sempat ragu sejenak, namun aku jawab: "kerana kebencian mereka terhadap Ahlulbait".

Hai kakak, Ahlussunnah justeru mencintai mereka ", jawabnya.

Kemudian dia menerangkan panjang lebar tentang kecintaan Ahlussunnah terhadap seluruh keluarga Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, berbeza dengan Syiah Rafidhah yang justeru membenci sebahagian ahlul bait seperti isteri-isteri Nabi shallallaahu' alaihi wasallam.

Benar, kini aku tahu tentang akidah Ahlussunnah wa Jamaah dan aku mulai mencintai akidah yang sesuai dengan fitrah dan jauh dari sikap ekstrim... jauh dari syirik ... dan jauh dari kedustaan.

Kebenaran yang sesungguhnya mulai tampak bagiku, dan aku pun bingung apakah aku harus meninggalkan agama nenek moyang dan keluargaku? Ataukah meninggalkan agama yang murni, redha Allah dan Jannah-Nya?

Ya, akhirnya aku pilih yang kedua dan aku menjadi seorang ahlussunah wal jamaah. Aku kemudian menghubungi sahabat aku yang solehah tadi dan aku bertanya kepadanya bahawa hari ini aku 'dilahirkan semula'.

Aku seorang Sunni, alias Ahlussunnah wal Jama'ah.

Sahabat tersebut mengucapkan takbir melalui telefon, maka seketika itu mengalirlah air mataku ... air mata yang membersihkan sanubari dari peninggalan akidah Syiah yang sarat dengan syirik, bid'ah dan khurafat ...

Demikianlah ... dan tidak lama setelah kami mendapat hidayah, adik kami yang paling kecil serta salah seorang sahabatku juga mendapat hidayah atas kurnia  Allah Subhanahu wa Ta'aala. 

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari islampos.com

20 Responses to “Kisah taubat tiga wanita Syiah”

  • what the point,cerita apa,apa yg tak puas hati, nak kutuk syiah kutuk bagi puas hati tak payah nak berayatayat
  • August 14, 2013 at 12:17 PM
    Tajuk pun kisah taubat tu bro..klu nak kutuk,awal2 lagi tajuk dia keburukan syiah..apa la..ke ko pun syiah jugak?
  • August 14, 2013 at 5:59 PM
    Konfom syiah..
  • August 14, 2013 at 9:09 PM
    SYIAH MENGIMAMKAN SEK SEK AL MUTAAH.
  • August 14, 2013 at 9:35 PM
    bertaubatlah kepada Allah..semuga ramai lagi dikalangan mereka mendapat hidayah
  • August 15, 2013 at 12:29 AM
    Abu bakar kat atas tu kena tukar nama la... Tukar le jadi Hasan, Husin, Ali. ...semoga Msia bebas drpd shiah
  • kebenaranlah dicari bukan ketaksuban,jika kebenaran bersama sama salman al farisi aku akan bersama beliau di bintang suria mencarinya,
    Abu bakar nama khalifah pertama.Mengapa tak suka bukankah kaum anda mengatakan Abu Bakar adalah ketua bagi kaum tua di syurga, tetapi untuk Hussin pula adalah ketua pemuda di Syurga
    Jadilah hakim untuk diri sendiri,kajilah kedua pihak secara adil sebelum membuat keputusan, jika kelulusan spm sj buatlah ijazah, baru mantap- kecerdikan kita adalah kerana kita tahu dan mengkaji banyak, kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, ada kata-kata... jika saya mengungkapkan ilmu saya mereka akan menuduh saya kafir dan menyatakan sesuatu yg mereka tak ketahui sepertilah memakaikan rantai emas dileher babi


    syiah nama yg ada dalam alquran, ahlussunnahwaljamaah-aku belum menjumpainya,,,,mungkin nanti kot,mereka mengatakan mereka adalah pencuri selipar

    http://cahyono-adi.blogspot.com/2013/08/syiah-dalam-al-quran-dan-hadits.html#.Ug6sS9JkMoM

    http://tinta-tajam.blogspot.com/2013/08/arab-saudi-iktiraf-shiah-jafariyah.html

    kebenaran takkan lari dari pengkajinya
  • August 17, 2013 at 11:44 AM
    syiah nama yg ada dalam alquran, ahlussunnahwaljamaah-aku belum???...wow...retard gila ayat ko ek...nak sesatkan org ke bhai??...
  • Firaun pun iblis pun banyak kali disebut dlm alquran....adakah firaun dan iblis tu dipihak yg benar.
  • Firaun pun iblis pun banyak kali disebut dlm alquran....adakah firaun dan iblis tu dipihak yg benar.
  • August 20, 2013 at 3:48 PM
    Orang sekarang (seperti Abu Bakar) lebih percaya dgn blog, penafsir2 yg tak kita ketahui kesahihan ilmunya & mr. Google daripada terus merujuk Al-Quran dan hadis. Ceteknye & rendahnya ilmu awak!
  • August 22, 2013 at 7:43 PM
    Klu syiah dinyata dlm al quran sertakan surahnya berserta ayatnya.
  • aku pun terkejut syiah ada dalam quran

    syiah= pengikut

    syiah nuh= pengikut Nuh as
    syiah Musa=pengikut Musa as

    syiah tidak disebut untuk firaun sebab ia zalim

    yang mengherankan syiah Muhammad as tak disebut demikian
    ia disebut Syiah Ali kenapa ya

    tunggu..ilmuku tidak boleh didedahkan sebab orang yg tak mengetahui akan menuduhku kafir
  • syiah

    QS. Ash-Shaaffaat: 83) “
    (QS. Al-Qashash: 15)
    Di dalam ayat Al-Qur’an di atas ada orang yang disebut sebagai pengikut Nabi Musa (atau SYI’AH MUSA) dan orang yang satunya lagi disebut sebagai musuh dari Nabi Musa. Orang-orang pada jaman bisa dibagi kedalam dua kelompok: kelompok SYI’AH MUSA atau kelompok MUSUH MUSA.
    Ayat-ayat suci Al-Qur’an yang disebutkan di atas menggunakan bentuk tunggal (singular form) yaitu hanya menunjuk pada satu kelompok saja. Jadi artinya ialah kata ini sangatlah khusus dan digunakan untuk tujuan khusus oleh Allah. Allah menuliskan kata SYI’AH NUH (pengikut nabi Nuh) kemudian SYI’AH MUSA (pengikut nabi Musa) dengan tujuan bahwa kata SYI’AH itu akan dipahami sebagai pengikut orang baik-baik. Pengikut para Nabi. Pengikut para wali Allah yang suci. Pengikut Rasulullah. Pengikut keluarga Nabi. Kata SYI’AH itu dipergunakan Allah untuk menyebut satu kelompok saja yaitu kelompok yang beserta kebaikan dan untuk kelompok lawannya Allah menggunakan kata yang lain seperti kata "musuhnya". Al-Qur’an tidak menyebut dua kelompok sebagai SYI’AH MUSA dan SYI’AH FIR’AUN. Jadi Allah hanya mengakui satu kelompok saja yang Allah berinama SYI’AH untuk disandingkan dengan nama para Nabi dan para nama Wali Allah.

    syiah ada kau ada ke


  • September 24, 2013 at 10:37 AM
    Kata Syiah berasal dari bahasa Arab yang artinya pengikut, juga mengandung makna pendukung dan pecinta, juga dapat diartikan kelompok.
    Sebagai contoh : Syiah Muhammad artinya pengikut Muhammad atau pecinta Muhammad atau kelompok Muhammad.
    Oleh karena itu dalam arti bahasa, Muslimin bisa disebut sebagai Syiahnya Muhammad bin Abdillah SAW dan pengikut Isa bisa disebut sebagai Syiahnya Isa alaihis salam.
    Kemudian perlu diketahui bahwa di zaman Rasulullah SAW Syiah-syiah atau kelompok-kelompok yang ada sebelum Islam, semuanya dihilangkan oleh Rasulullah SAW, sehingga saat itu tidak ada lagi Syiah itu dan tidak ada Syiah ini.
    Hal mana karena Rasulullah SAW diutus untuk mempersatukan umat dan tidak diutus untuk membuat kelompok-kelompok atau syiah ini syiah itu.
    Allah berfirman :


    واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا ( العمران:١۰٣)




    “ Dan berpegang teguhlah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai berai (berkelompok-kelompok).”

    Tapi setelah Rasulullah SAW wafat, benih-benih perpecahan mulai ada, sehingga saat itu ada kelompok-kelompok atau syiah-syiah yang mendukung seseorang, tapi sifatnya politik.
    Misalnya sebelum Sayyidina Abu Bakar di baiat sebagai Khalifah, pada waktu itu ada satu kelompok dari orang-orang Ansor yang berusaha ingin mengangkat Saad bin Ubadah sebagai Khalifah. Tapi dengan disepakatinya Sayyidina Abu Bakar menjadi Khalifah, maka bubarlah kelompok tersebut.
    Begitu pula saat itu ada kelompok kecil yang berpendapat bahwa Sayyidina Ali lebih berhak menjadi Khalifah dengan alasan karena dekatnya hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah SAW. Tapi dengan baiatnya Sayyidina Ali kepada Khalifah Abu Bakar, maka selesailah masalah tersebut.
    Oleh karena dasarnya politik dan bukan aqidah, maka hal-hal yang demikian itu selalu terjadi, sebentar timbul dan sebentar hilang atau bubar.
    Begitu pula setelah Sayyidina Ali dibaiat sebagai Khalifah, dimana saat itu Muawiyah memberontak dari kepemimpinan Kholifah Ali, maka hal yang semacam itu timbul lagi, sehingga waktu itu ada kelompok Ali atau Syiah Ali dan ada kelompok Muawiyah atau syiah Muawiyah.
    Jadi istilah syiah pada saat itu tidak hanya dipakai untuk pengikut atau kelompok Imam Ali saja, tapi pengikut atau kelompok Muawiyah juga disebut Syiah. Jadi disini, pengikut Nabi Muhammad SAW tidak dipanggil dengan syiah sebabnya syiah adalah untuk yang berpecah belah, sedangkan Rasul diutus untuk menyatukan kaum Muslimin atau agama Islam iaitu UMAT ISLAM. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, jadi Nabi Muhammad ialah sebenar-benar Nabi.
  • September 27, 2013 at 9:52 AM
    jelas penerangan di atas. hanya orang yg ikhlas mencari kebenaran yg boleh memahami.......
  • sebutkan dalam quran ayat mana ahlu sunnah waljamaah digunakan,
    syiah telah disebutkan dengan begitu mudah...

    anda tidak dapat mendatangkan hujahnya
  • syiah disebut itu Muawiyah maka tidak adalah pencinta ali atau terbunuhnya Hujur B Adi, bersatu dalam jamaah jamah yang mana bukankah semasa zaman Ali syiahnya adalah kumpulan Majoriti
    Dalam sejarah Islam, kata SYI’AH (pengikut) telah secara khusus digunakan sebagai “Pengikut Ali” (SYI’AH ALI). Dan orang yang mengeluarkan istilah PENGIKUT ALI ialah Rasulullah sendiri!

    Rasulullah telah berkata kepada Imam Ali:

    “Kesejahteraan dan kebahagiaan bersamamu, ya Ali! Sesungguhnya engkau dan Syi’ahmu (pengikutmu) semuanya akan masuk surga”

    Lihat hadtis tersebut dalam referensi AHLUSSUNNAH atau SUNNI seperti dalam kitab-kitab:

    Fadha’il al-Sahaba, oleh Ahmad Ibn Hanbal, volume 2, halaman 655
    Hilyatul Awliyaa, oleh Abu Nu’aym, volume 4, halaman 329
    Tarikh, oleh Al-Khatib al-Baghdadi, volume 12, halaman 289
    Al-Ausath, oleh At-Tabarani

    Rasulullah sendiri menggunakan kata-kata SYI’AH ALI ketika beliau masih hidup (tentunya!). Kata-kata ini bukanlah kata-kata yang dibuat di kemudian hari. Kata-kata ini benar-benar keluar dari mulut Nabi yang suci. Rasulullah berkata bahwa PENGIKUT ALI YANG SETIA akan masuk surga, dan ini tentunya adalah kesempatan yang berharga untuk dilewatkan begitu saja!
  • December 26, 2013 at 9:51 PM
    Abu bakar kalau nk sesat...sesatla sorang2..xpyh share ilmu sesat tu..xde org nk dgr pn
  • December 28, 2013 at 6:11 PM
    Kata syiah tak percaye pd al-quran.jadi tak usahlah kau bace2 ayat al-quran.Percaya sahaja kata si komeni kafir tu
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam