Wednesday, August 28, 2013

Manfaat wuduk sebelum tidur

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci '". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)
Manfaat Wuduk Sebelum Tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.

0 Responses to “Manfaat wuduk sebelum tidur”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam