Sunday, August 11, 2013

"Saya Ingin Menikahi Janda Syuhada Atau Gadis Mangsa Perkosaan Tentera Basyar"

Usianya masih muda, namun sebelum membelot ke barisan mujahidin, lelaki bernama Yusuf ini kononnya pernah menjadi anggota pasukan pengawal Bashar Assad.

Kini lelaki muda yang bercita-cita mati syahid tersebut dalam keadaan kritikal kerana kecederaan parah akibat kereta ambulans yang dia naiki terkena serangan bom pasukan rejim Assad. Insiden yang menimpanya itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia bergembira merayakan hari raya puasa.

Menurut pengakuan sukarelawan kemanusiaan HASI (Hilal Ahmar Society Indonesia) dan FIPS (Forum Indonesia Peduli Syam) yang sempat berinteraksi dengan Yusuf, belum ada tindakan atau perbuatan Yusuf yang mengecewakan mereka.

"Dia orang yang sangat baik," ujar salah seorang jurugambar FIPS yang pernah bertugas di wilayah konflik Syria kira-kira dua bulan yang lalu.

Akh Yusuf selama ini menjadi pemandu Masyifa Salma. Dia lah yang sering membawa sukarelawan kemanusiaan Indonesia bersiar-siar di wilayah konflik Syria selama ini.

yusuf2
Keterangan Gambar: Ini keadaan Akh Yusuf sewaktu terkena bom rejim Assad. Sukarelawan yang terlihat menggunakan rompi HASI (Hilal Ahmar Society Indonesia) adalah Abu Samir seorang jururawat dalam Pasukan 8 HASI.

Seorang sukarelawan kemanusiaan HASI kepada Islampos.com menceritakan satu kenangan menarik dari akh Yusuf ini (pemandu ambulans yang mengibarkan bendera JITU dalam foto di atas tadi) bahawa dia belum berkahwin iaitu masih bujang. Berikut kisahnya:

Ketika kami bertanya, "apakah kamu rasa ingin berkahwin?" Dia hanya menjawab, "Siapa yang tidak mahu berkahwin? Tapi Wallahi, jika saya tidak diambil jadi syahid dalam perang ini, saya ingin menikahi janda mujahid yang suaminya syahid atau mangsa rogol tentera rejim Basyar. "

Kami semua tercengang dan kemudian bertanya lagi kepada beliau. "Tapi kenapa tidak memilih gadis biasa saja?"

Dia pun menjawab dengan jawapan yang membuatkan kami terkejut. "Ya akhi, kalau gadis pasti ada  pemuda yang mhau menikahinya. Tapi kalau janda dengan tanggungan anak-anak atau mangsa rogol, siapa yang mahu dan bersedia? Saya ingin meringankan beban mereka. "

Subhanallah ... Wallahu Akbar ...!!!

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

0 Responses to “"Saya Ingin Menikahi Janda Syuhada Atau Gadis Mangsa Perkosaan Tentera Basyar"”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam