Tuesday, December 17, 2013

Koyak Al-Quran Ketika Perlawanan Bola Sepak Antara Middlesbrough Dengan Birmingham City

Dua peminat kelab bola sepak Middlesbrough telah ditangkap kerana tuduhan mengoyak Al-Quran semasa pertandingan bola sepak antara Birmingham City dengan Middlesbrough. Hasil siasatan polis mendapati ia dilakukan disebabkan kebencian.

"Kami mengesahkan bahawa dua orang telah ditangkap dari menghadiri pertandingan, " kata jurucakap FC Middlesbrough dalam sebuah pernyataan yang dikutip oleh Birmingham Mail pada hari Ahad, 15 Disember.

Siasatan tersebut melibatkan polis dan pengurusan Middlesbrough Football Club keatas tuduhan adanya peminat Middlesbrough yang terlibat dalam kejahatan perkauman anti Islam.

kes in terdedah apabila sebuah berita online melaporkan terdapat " minoriti " fans Middlesbrough mengoyak salinan Al-Quran ketika kelab tersebut seri 2-2 dengan Birmingham pada Sabtu lalu.

"Kami telah mencari sisa kertas (Al-Quran) yang ketika ini sedang disiasat. Kami tidak akan membuat spekulasi tentang isi kandungannya sehingga siasatan selesai , " tambahnya .

Seorang jurucakap Middlesbrough FC mengatakan kelab melaksanakan "dasar toleransi sifar" terhadap semua bentuk diskriminasi.

Dia menambah, "kelab adalah penyokong kuat pada janji bola sepak untuk membasmi segala bentuk perkauman".
Khalid Mahmood
Ahli Parlimen Muslim Perry Barr Khalid Mahmood
Semasa proses penyiasatan polis, ahli parlimen Muslim Perry Barr Khalid Mahmood berkata pelaku harus dihukum atas hasutan untuk kebencian agama.

"Jika tuduhan ini terbukti maka pelaku harus dikenakan tindakan tegas dan dikenakan dengan akta hasutan , " katanya.

"Ini memalukan untuk menyebarkan kebencian di sebuah daerah seperti Bordesley Green yang mempunyai penduduk Muslim yang ramai dengan cara menghasut orang-orang seperti ini. "

*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

1 Responses to “Koyak Al-Quran Ketika Perlawanan Bola Sepak Antara Middlesbrough Dengan Birmingham City”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam