Friday, May 31, 2013

Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk


Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : 

Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku : Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.

Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah

hassannasrallah
Seorang ahli perniagaan Arab Saudi mengumumkan dia akan memberikan hadiah sebanyak 10 juta dolar bagi siapa saja yang boleh membunuh Hassan Nasrallah Setiausaha Agung kelompok Syiah Hizbullah dari Lebanon. Menurutnya, dia tetap akan memberikan hadiah itu walaupun yang membunuh Hassan Nasrallah adalah penganut Syiah, seperti dilaporkan laman Al-Mokhtsar Jumaat (31/5/2013).

Ahli Perniagaan itu menjelaskan bahawa dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah Hassan Nasrallah sudah terlalu jauh terlibat dalam menyokong rejim Assad yang secara moral dan material yang dia yakini adalah tunjang utama aksi kekejaman yang berlaku di Syria.

Kumpulan Syiah Hizbullah Lebanon pimpinan Hassan Nasrallah ketika ini secara terbuka mengaku terlibat dalam konflik di Syria. Mereka telah menghantar ribuan pejuangnya untuk membantu tentera Assad untuk melawan pejuang pembangkang di berbagai wilayah negara itu khususnya di Qusayr.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Isteri derhaka

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir. Baginda ditanya oleh seseorang:Apakah mereka kafir kepada Allah? Jawab Rasulullah, Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!

Kelajuan Pergerakan Cahaya Mengikut Kiraan Al-Quran

Kelajuan Cahaya, kecepatan gelombang elektro magnetic yang tercepat di alam ini, iaitu: 299792.5 km/saat, yang baru diketahui abad 20, namun telah termaktub dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Mungkin saudara-saudarai pernah tahu jika konstant C, atau kecepatan cahaya yaitu kecepatan paling pantas di alam maya ini diukur, dihitung atau ditentukan oleh berbagai institusi berikut:
US National Bureau of Standards, C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat

The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat

Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard: ”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 saat”.

Sekarang, mari kita tengok apa yangg Al-Quran tulis tentang kecepatan cahaya.

Qs. 10 Yunus: 5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (jalan-jalan) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang mengetahui.

Qs. 21 Anbiyaa: 33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Qs. 32 Sajdah: 5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

Sekarang, mari kita perhatikan dengan seksama.
Jarak yang dicapai “Sang urusan” selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.

C . t = 12000 . L
dimana : C = kecepatan Sang urusan
t = waktu selama satu hari
L = panjang rute edar bulan selama satu bulan

Sekarang, sistem kalender telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.

Ada dua jenis sistem kalender bulan:
1. Sistem sinodik, didasarkan atas penampakan semu gerak bulan dan matahari dari bumi.
1 hari = 24 jam
1 bulan = 29.53059 hari

2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang dan alam semesta.
1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat
1 bulan = 27.321661 hari
Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Periode ini disebut “satu bulan sinodik”

Selanjutnya perhatikan rute bulan selama satu bulan sidereal, Rutenya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk kurva yang panjangnya L = v . T.

Dimana:
v = kecepatan bulan
T = periode revolusi bulan
= 27.321661 hari
a = 27.321661 days/365.25636 days x 360° = 26.92848°

Ada dua tipe kecepatan bulan :
1. Kecepatan relatif terhadap bumi yang bisa dihitung dengan
rumus berikut: ve = 2 . p . R / T

dimana R = jari-jari revolusi bulan = 384264 km
T = periode revolusi bulan = 655.71986 jam
Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam
= 3682.07 km/jam

2. Kecepatan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Yang ini yang akan diperlukan. Einstein mengusulkan bahwa kecepatan jenis kedua ini dihitung dengan mengalikan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a

Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal
a = 26.92848°

Bandingkan C (kecepatan sang urusan) hasil perhitungan dengan nilai C (kecepatan cahaya) yang sudah diketahui !

Jika:
L = v . T
v = Ve * Cos a
Ve = 3682.07 km/jam
a = 26.92848°
T = 655.71986 jam
t = 86164.0906 saat

Maka:
C . t = 12000 . L
C . t = 12000 . v . T
C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T
C = 12000 . ve . Cos a . T / t
C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat
C = 299792.5 km/det

Sekarang,,, mari kita bandingkan antara perhitungan yg ditulis Qur’an dengan perhitungan abad 20.

Qur’an ————————————-> C = 299792.5 km/saat
US National Bureau of Standards, ———-> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat

Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standar: ”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 detik”.

Kesimpulan dari Profesor Elnaby:

“Perhitungan ini membuktikan ketepatan dan konsistensi nilai konstanta C hasil pengukuran selama ini dan juga mnunjukkan kebenaran AlQuranul karim sebagai wahyu yang patut dipelajari dengan analisis yang tajam karena penulisnya adalah ALLAH, Sang Pencipta Alam Semesta Raya.”

Elnaby, M.H, 1990, A New Astronomical Quranic Method for The Determination of The Greatest Speed C

Fix, John D, 1995, Astronomy, Journey of the Cosmic Frontier, 1st edition, Mosby-Year Book, Inc., St Louis, Missouri

Qur’anul Kariim, 611 M, ALLAH Azza Wa Jalla, Pencipta Alam Semesta Raya

Qur’an Surat 32 Sajdah:
1. Alif laam miim
2. Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam.
3. Tetapi mengapa mereka mengatakan: “Dia Muhammad mengada-adakannya.” Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.
4. Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di ‘Arsy. tidak ada bagi kamu selain dari padanya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa’at. Maka Apakah kamu tidak memperhatikan?
5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

Jadi,,, 1 bukti lagi… Islam — TERBUKTI BENAR…
Adakah dalam kitab agama lain yg boleh menjelaskan soalan kecepatan cahaya ini???

Qs.4 Nisaa’:82. MAKA APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN AL-QUR’AN? KALAU SEKIRANYA AL-QURAN ITU BUKAN DARI SISI ALLAH, TENTULAH MEREKA MENDAPAT PERTENTANGAN YANG BANYAK DIDALAMNYA.

Sumber dari amekaw.com

Strategi perniagaan ini cukup bijak sehingga dapat menggugat ekonomi Yahudi

Setelah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Saad Al-Ansari, ditawarkan oleh Saad pelbagai macamm perkara. Sebut sahaja. Rumah, harta, sehinggalah isteri sanggup diserahkan sekiranya saudaranya dari Makkah itu berkehendakkan akan ia. Abdul Rahman menolak. Tetapi apa yang diminta adalah sedikit modal untuk berniaga. Saad memberikan modal dan mengganggapnya sebagai sedekah. Abdul Rahman menolak, sedekah sebaliknya berjanji akan menggantikan wang tersebut. Bagi Abdul Rahman, tidak sepatutnya dia menerima sedekah pemberian Saad.

Abdul Rahman memulakan perniagaan di pasar Madinah. Pasar-pasar di Madinah dikuasai oleh Yahudi. Untuk menguasai Madinah, kuasa ekonomi juga amat perlu. Abdul Rahman memulakan perniagaan di Madinah berbekalkan modal yang diberikan oleh Saad al-Ansari. Abdul Rahman membeli unta dengan modal yang diberikan. Kemudian menjualnya semula dengan harga yang sama.. Begitulah keadaannya. Beli unta dan jual semula. Kemudian beli unta lain, kemudian jual unta, beli. Jual, beli, jual, beli, jual, beli, jual  dan...

Dan akhirnya Abdul Rahman bin Auf menjadi jutawan di Madinah. Bagaimana? Sedangkan jika dilihat, beliau langsung tidak mendapat untung?

Hakikatnya, untung yang diperoleh oleh sahabat Rasululullah ini letaknya pada tali unta tersebut.

Mengapa tali?

Setelah membeli unta, Abdul Rahman mengambil tali pada unta. Tali tersebut disimpan. Kemudian dia menjual unta itu dan membeli unta lain. Setiap unta yang dibeli, diambil talinya. Sehingga banyak tali yang dimiliki oleh Abdul Rahman bin Auf. Malah, Madinah menghadapi masalah kekurangan bekalan tali unta! Hal ini menyebabkan saudagar-saudagar unta memerlukan tali. Tali unta amat penting, kegunaannya untuk menambat unta, seperti brek! Tali-tali unta tersebut dijual oleh Abdul Rahman bin Auf. Strategi perniagaan ini cukup bijak sehingga dapat menggugat ekonomi Yahudi ketika itu. 

Jutawan Makkah, saudagar ternama sebelumnya, Abdul Rahman bin Auf mengukuhkan ekonomi umat Islam di Madinah, hanya dengan menjual tali unta...saudagar TALI unta!

Sumber dari afifabdulmajid.blogspot.com

Pemimpin perempuan penghuni syurga

Dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda, Abu Bakar dan Umar adalah dua orang pemimpin golongan pertengahan umur penghuni surga, dari orang orang yang terdahulu dan yang datang kemudian. "

Dari Abu Said Al Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hasan dan Husain adalah dua pemimpin pemuda penghuni syurga."

Pemimpin yang benar adalah yang memuji Tuhannya dan bersaksi kepadaNya. Sedangkan, pemimpin perempuan yang mulia adalah yang redha dengan TuhanNya dan menerimaNya dengan baik. Perempuan yang paling utama adalah mereka yang menghuni syurga na'im kerana para perempuan penghuni syurga tetap lebih utama. Adapun para pemimpin perempuan penghuni syurga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiah.

Dalam Musnad karya Ahmad, Musykilul Atsar karya Ath Thahawiy, dan Mustadrak karya Hakim, disebutkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW menggaris di atas tanah dengan empat garis, kemudian bersabda, "Tahukah kalian apa ini." Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Kemudian, beliau bersabda lagi, "Perempuan penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun."

Maryam dan Khadijah adalah yang lebih utama di antara mereka. Dalam Shahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik baik perempuan adalah Maryam dan sebaik baik perempuan adalah Khadijah."

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Thursday, May 30, 2013

Tanda Akhir Zaman: Berlaku seksaan dan kezaliman dari pemimpin yang zalim

Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti dan sebelum munculnya Al Mahdi, umat akan ditimpa musibah besar, seperti cobaan dan seksaan yang berat yang dilakukan oleh para pemimpin dan hakim yang zalim.

Mereka menyempitkan ruang pergerakan orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat menganti seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar bebas dari cobaan, seksaan, kejahatan, dan kezaliman para pemimpin tersebut. Keadaan ini akan berterusan sehingga munculnya Al Mahdi untuk menghukum mereka. Dia (Al Mahdi) memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana sebelumnya bumi telah dipenuhi dengan kezaliman dan pembunuhan.

Dari abu Sa'id al Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cobaan yang dasyat dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cobaan yang lebih dasyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka kerana bumi dipenuhi oleh kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian Allah Azza wa Jalla mengutus seorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit redha dengannya, dan bumi tidak menyimpan sesuatupun dari bikinya, kecuali mengeluarkannya. Begitu pula dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Ia hidup ditengah tengah mereka selama tujuh, lapan atau Sembilan tahun agar senua yang hidup dan mati menikmati apa yang telah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhadap penduduk bumi dari kebaikanNya. "(HR Hakim)

Keajaiban haiwan dan batu dalam sejarah Islam

1. Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy mengulas tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah menukar agama Allah. Maka Allah mengeluarkan di hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang terdekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tidak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2. Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini berlaku di zaman Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pohon ini menangis?

Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-bertutur,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3. Batu mengucapkan salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] 

4. Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia sahaja yang mempunyai perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak mempunyai perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan ku ceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk kedalam kebun lseorang lelaki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya dan mengusap dari perutnya sampai ke bonggolnya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar berkata, "Unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda,

"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5. Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam menerima hadiah, dan tidak mahu makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". 

Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin MA'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tidak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka dia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Sentiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Disahihkan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6. Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang bercakap di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wasallam baik yang masuk akal atau tidak. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidak pernah berbicara mengikut hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.
Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

7. Semut Memberi arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan seperti seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak untuk dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia". Orang-orang yang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam sehingga sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin.

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Rahsia panjang umur

Image
Rahsia panjang umur (Kuliah Maghrib – 9.1.13)

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Umur adalah sesuatu yg telah ditetapkan, cuma tidak tahu berapa lama usia umur itu.

Hadis : umur umat muhammad hanya antara 60-70 tahun
1/3 masa dihabiskan utk tidur – lebih kurang 20 tahun
Lalai – lebih kurang 20 tahun

Bila mendoakan seseorang panjang umur, sertakan sekali dgn keberkatan. – semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Suatu ketika seorang perempuan datang bertemu nabi membawa anak saudaranya. Nabi mendoakan anak saudaranya agar mendapat keberkatan.
Hadis : barangsiapa yg suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia hubungkan tali silaturrahimnya.

Yang dimaksudkan dipanjangkaumurnya :
1 – Ada pendapat : hidup 20 tahun, keberkatan 40 tahun = 60 tahun
2 – Allah betul2 pjgkan umurnya, disebabkan permintaannya atau sebab2 yg lain atas kehendak Allah.
3 – disebut2, dipuji2 namanya selepas dia meninggal – seoalah2 dia masih hidup di kalangan masyarakat
Adakah boleh utk kita doa minta panjang umur? Boleh… Menurut nabi, tidak ada apa yg boleh mengubah takdir melainkan doa. Antara sahabat yg dipanjangkan umur ialah Anas bin Malik.

Doa Nabi kepada Anas ;

- Byk rezeki
- Panjang umur
- Ramai zuriat

Ini menunjukkan mmg boleh doa utk pjg umur.

Rahsia pertama : silaturrahim – eratkan hubungan kekeluargaan, sesama islam. Sayangnya ramai yg lebih menziarah kawan2 berbanding keluarga.
Amalkan ziarah, saling mengunjungi saudara.

Rahsia kedua : berakhlak mulia – Muka ceria, memberi bantuan tanpa diminta (sebaik2 org ialah org yg berguna kpd orang lain). Abu bakar as siddiq mengikuti sunnah nabi, selalu membantu nabi, salah satunya ialah memerah susu. 

Ketika dilantik menjadi khalifah, org yg selalu dibantu abu bakar, menyangka abu bakar tidak akan membantu mereka lg. tetapi tidak, abu bakar tetap teruskan kerjanya memerah susu itu, sekalipun telah dilantik menjadi khalifah. Jaga diri kita dari mengganggu org lain, menyakiti org lain, bukan hanya dengan perkataan, tetapi dgn sikap.

Seorang mukmin yg berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti org2 yg berpuasa dan solat malam.

Rahsia ketiga : memuliakan jiran tetangga. Hadis : jibril sentiasa dtg kepadaku memberi wasiat agar selalu berbuat baik kpd jiran. Hadis : siapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirAt maka hendaklah dia memuliakan jiran, x menyakiti hati, xganggu mereka.

Ada beberapa amalan yg boleh memanjangkan umur ;

1) solat. Solat di masjidil haram dan masjid nabi. Solat di masjidil haram 100000 ganda kebaikan berbandin solat di tempat lain. Solat di masjid nabawai, 1000 kali ganda. Jaga solat2 sunat rawatib

Jika nak capai 200000 rakaat solat sunat perlu solat selama 46 tahun (1 hari 12 rakaat). Ambil peluang ketika berada di masjidil haram utk solat sunat. 10 rakaat, ibarat 1,000,000 rakaat di tempat lain – 230 tahun!

Jaga solat jemaah di masjid. Solat bersama imam di masjid, lebih afdhal 25 atau 27 ganda berbanding solat sendirian.

Org yg solat sendirian selama 25 atau 27 tahun, bersamaan dgn solat setahun bersama imam di masjid. Seorang perempuan dtg bertemu nabi, bgtau dia suka solat dgn nabi. Nabi ckp, solat kamu lebih baik di bilik kamu, lebih tersembunyi, lebih tersorok.

Lakukan juga solat sunat di rumah. Hadis : jgn jadikan rumah kamu seperti kubur, solat,ah di rumah kamu (solat sunat).

Hadis : solat sunat sesorang di rumahnya, xda sorg pun yg nampak, 25 ganda berbamding solat sunat di masjid.

Sediakan tempat yg khas utk solat sunat di rumah.

Rahsia keempat : jaga adab2 solat jumaat. Hadis : siapa yg memandikan dan mandi, kemudian bersegera ke masjid dan dia berjalan, dan duduk berhampiran dgn imam, mendengar suara khatib. Setiap amalan, satu langkah ke masjid, dihitung amaln satu tahun puasanya dan berdiri di malam hari.

Sentiasa menjaga solat sunat dhuha. Kita ada 360 sendiri, yg mana kita perlu memberi sedekah kpd sendi2 ini, iaitu dgn mengeluarkan kata2 yg baik, memberi pertolongan kpd org yg memerlukan juga sedekah, bg minum org lain, membuang halangan di tgh jalan, dll.

Setiap org yg bangun pagi, wajib utk menutup setiap sendinya dgn sedekah – digalakkan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil, etc… Tp cukup dgn solat sunat dhuha, sudah mencukupi utk membayar sedekah kpd sendi2.

Haji dan umrah juga memanjangkan umur.

Isteri yg mudahkan perjalanan suaminya, membantu suaminya, akan dpt pahala yg sama seperti suaminya.

Solat ishraq – selepas solat subuh, duduk berzikir, sehingga matahari terbit, kemudian solat sunat 2 rakaat, seperti org yg melakukan haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.

Hadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid. Hadis : siapa yg dtg ke masjid utk belajar sesuatu yg baik atau mengajar, maka dia mendapat pahala seperti sempurna hajinya.

Umrah di bulan ramadhan, pahalanya sama dgn haji bersama Rasulullah.

Solat di masjid kuba’. Hadis – siapa yg berwuduk di rumahnya dan kemudian ke masjid kuba utk solat didalamnya,

Jadilah org yg mengucakpkan azan. Jawab azan, dpt pahala seperti org yg azan.

Penuhi saf hadapan.
Wallahu’alam

Sumber dari almawaddahs7.wordpress.com

Wednesday, May 29, 2013

Disebalik solat sunat subuh 2 rakaat

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.



Tuesday, May 28, 2013

Ulama' akhir zaman

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)

Ciri-ciri Ulama Fasik

Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya. Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
  1.  Takut untuk menyampaikan kebenaran
  2.  Menyembunyikan ajaran sebenar
  3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
  4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
  5. Hasad dengki dengan yang lain
  6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain
Rujukan sumber dari islam.gov.my & idhamlim.com

Mercu kiamat

Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020

Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. …….Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era ” Megatall”.

Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing…Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond. 
Kingdom Tower di Najd merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km
Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah (Najd) oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

” Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat…”

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah. Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m  bangunan.

Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan – [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi – [H.R. Bukhari]

Sumber dari petunjukzaman.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam