Monday, July 28, 2014

Tentera Zionis Bunuh Diri Akibat Tekanan


Tidak semua tentera Zionis bersedia untuk menyerang Gaza. Tentera Zionis Israel berdepan dengan mujahidin Palestin apabila mengambil keputusan untuk melakukan serangan darat. Bahkan, Brigade Al Qassam membalas dengan menghantar pasukan khas mereka ke kawasan jajahan Israel dan menyerang tentera zionis di sana. 

Keadaan itu menyebabkan sebahagian tentera Zionis mengalami tekanan dan ketakutan. Tekanan yang sangat teruk sehingga tentera Zionis mengakhiri hidup mereka dengan menembak kepalanya sendiri. 

Pihak tentera Zionis mengakui adanya kes tentera yang bunuh diri. Dalam pengumumannya, seorang tentera yang mengawal di pos utara Gaza telah membunuh diri pada 19/7/2014 lalu. Seperti dilaporkan ROL dari Media Israel Chanel 2, Isnin (21/7/2014). 

"Mangsa cedera parah di kepala dan segara dibawa ke Hospital Soroka di Beersheba. Namun meninggal dunia dalam perjalanan," lapor media tersebut. 

Alasan tentera tersebut belum diketahui sehingga kini, namun adanya tekaan kuat tentera tersebut nekad membunuh diri akibat tekanan. Pertempuran menghadapi barisan mujahidin Palestin dikatakan penyebab tentera zionis itu mengalami tekanan psikologi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com

0 Responses to “Tentera Zionis Bunuh Diri Akibat Tekanan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam