Saturday, August 16, 2014

Berbual Dengan Orang Ecuador: “Namanya Ad-Dajjal …”

Dia berasal dari Ecuador, sering bertanya tentang agama Allah. "Mengapa ramai orang menyenangi Nabi Muhammad," tanyanya. "Nabimu itu tidak mempunyai keajaiban seperti Isa", "Apakah engkau mempercayai Isa", dan soalan-soalan lain ... "

Alhamdulillah, bisikku pelan, semoga Allah kurniakan hidayah untuknya. Paling tidak, dia telah tertarik untuk bertanya kerana ada sesuatu dalam hatinya sehingga menimbulkan tanda tanya. 

Persoalan tersebut aku jawab (walau tidak semua kutulis). 

Kami orang Muslim, mengakui Nabi Isa Alaihissalam, yang kamu menyebutnya Isa. Kerana beliau ditakdirkan mempunyai keajaibain luar biasa, boleh menghidupkan orang mati, orang buta dapat melihat, boleh mendatangkan makanan, dan sebagainya. 

Begitu juga dengan Nabi kami Musa Alaihissalam, juga boleh menghidupkan orang mati, membelah laut, dan dikurniakan mukjizat yang sangat luar biasa. 

Kedua Nabi Allah itu, menjadikan para Nasrani menyatakan Isa Alaihissalam itu adalah Tuhan, padahal beliau yang mulia adalah pembawa utusan dari Allah untuk ummat. Dan Nabi Mulia Musa Alaihissalam juga pembawa utusan dari Allah dan dijadikan sebagai sejarah awal dari kaum Yahudi serta menuhankan Nabi Uzair sebagai penyelamat mereka. 

"Sekarang ... Akan tiba, suatu saat yang melebihi kekuatan itu, apakah engkau akan beralih agama?" Tanyaku, tanpa berselindung. 

"Maksudmu?" Tanya nya lagi. 

"Kekuatan itu bernama AD-DAJJAL, pernahkah kaum Nasrani mendengar hal ini?" 

Dia menggelengkan kepala. 

"Kaum Muslim memercayainya. Sangat kuat ... "kataku mulai panas. "Dapat menghidupkan orang mati, apa yang digenggamnya boleh menjadi wang, emas atau perak, boleh mendatangkan hujan, boleh memberi kekayaan dan kekuatan kekuatan lain. 

"Barang siapa yang mengikutinya ... maka dia syirik, 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar ', "(QS. An Nisa': 48). 

"Semoga Allah melindungi kita dari fitnah dunia, fitnah Dajjal, ajarkan ia ilmu Allah yang kuat untuk generasi seterusnya, agar kelak bertemu di suatu tempat terindah, syurga-Nya, Aamiin Ya Robbal`alamiin."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

0 Responses to “Berbual Dengan Orang Ecuador: “Namanya Ad-Dajjal …””




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam