4 jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia

Secara ringkasnya, dalam suratul Kahfi, ada 4 jenis ujian yang Dajjal cubakan ke atas umat manusia. Ujian-ujian tersebut ialah:

1. Ujian Aqidah - umat akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.

2. Ujian harta benda - umat akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/ mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda. Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal.

3. Ujian ilmu pengetahuan - umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah Taala.

4. Ujian kekuasaan - umat akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.

Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam surah Al Kahfi:

1. Dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh (Al Kahfi ayat 28).
2. Lengkapkan diri dengan menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi ayat 45).
3. Sentiasa merendah diri (Al Kahfi ayat 69).
4. Mengikhlaskan diri (Al Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan dakwah (Al Kahfi ayat 27).
6. Banyak mengingati hari akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)

Akhir sekali, perbanyakkan doa yang pernah dibacakan oleh pemuda-pemuda Al Kahfi:

"Rabbana  aatinaa milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"

("Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami  dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus  bagi kami dalam urusan kami")

al Kahfi ayat 10

*Sumber dari kpiuitm.blogspot.com

Comments