Tuesday, October 14, 2014

Kisah Kesultanan Turki dalam Filem Dracula Untold


Dracula Untold, filem terbaru keluaran Hollywood yang kini di mainkan di pawagam Indonesia dan juga Malaysia. Drakula dikenali sebagai makhluk yang seram dan jahat. Dalam filem ini, penonton disajikan dengan penggambaran yang berbeza iaitu Drakula merupakan hero. 

Namun filem ini banyak dibicarakan dan menjadi kontroversi di Malaysia. Mengapa demikian? Berikut jalan cerita dari filem Dracula Untold. 

Sekitar tahun 1400-an, Turki menguasai dunia. Mereka mengambil remaja lelaki untuk dijadikan pasukan tentera mereka. Transylvania merupakan wilayah yang paling ramai remaja lelaki diambil untuk dijadikan tentera. Salah seorang dari kumpulan remaja tersebut adalah Vlad (Luke Evans). 

Ketika dewasa, Vlad memutuskan untuk kembali ke Transylvania iaitu Istana Dracula, tempat asalnya. Di sana dia menjadi seorang putera, bukan lagi askar perang untuk Turki. 

Vlad sudah lama meninggalkan dunia peperangan, bahkan lebih lama dari waktunya tinggal di Turki. Namun sahabat karibnya sewaktu perang, Mehmed (Dominic Cooper), yang saat ketika itu menjadi seorang sultan Turki tiba-tiba datang menemui Vlad. Vlad Terkejut apalagi setelah Vlad mengetahui tujuan kedatangan Mehmed yang mahu seribu orang lelaki untuk dijadikan tentera Turki dan juga meminta diberikan ingeras (Art Parkinson) iaitu anak lelaki tunggal Vlad kepada Mehmed dan dibesarkan di sana (Turki), sebagaimana Vlad dahulu. 

Jika Vlad tidak memenuhi permintaan Mehmed, maka peperangan akan tercetus. Sebagai seorang putera, Vlad tentu tidak mahu rakyatnya menjadi mangsa. Sebagai seorang ayah juga sudah tentu dia tidak mahu menyerahkan putera kesayangannya itu untuk dijadikan tentera Turki. 

Vlad memutuskan untuk tidak memenuhi permintaan Mehmed. Sekarang yang menjadi permasalahan adalah, pasukan Turki di bawah komando Mehmed akan menyerang istana tempat Vlad dan rakyatnya bernaung. Vlad akhirnya merubah dirinya menjadi drakula dan mendapat pasukan kuat untuk melawan pasukan Turki dengan bantuan Iblis. 

Inilah kebenaran legenda tentang Dracula di mata pengarah Gary Shore. Dracula Untold membawa cerita keluar dari plot yang sudah menjadi perspektif masyarakat selama ini. 

Yang menjadi kontroversi adalah watak kesultanan Turki dalam filem tersebut sebagai watak yang menakutkan dan penjenayah dunia. Hakikat sejarah yang sebenar di tangan kesultanan Turkilah Islam pernah berjaya.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

0 Responses to “Kisah Kesultanan Turki dalam Filem Dracula Untold”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam