4 Penawar Merawat Nafsu

Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan daripada Sayyidina `Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma bahawasanya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam membaca wirid di atas ketika mendapat kesusahan.

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-
Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

  1. kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;
  2. (lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;
  3. panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan
  4. makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Comments