Haiwan Pun Ada Yang Lahir Tanpa Bapa


Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kala jengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).

Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.

Yang mempunyai ANAK hanyalah MANUSIA dan HAIWAN, sedangkan TUHAN adalah PENCIPTA segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa. Dan kelahiran tanpa BAPA bukan hanya dialami oleh Yesus, tetapi juga lebih lama dahulu oleh Namrud, Baal, Osiris dan beberapa lagi.

Beberapa kejadian haiwan betina melahirkan anak tanpa bersenyawa dengan si jantan

Pada Disember 2001, seekor ikan jerung betina jenis Hammerhead melahirkan anak tanpa bapa, di Henry Doorly Zoo aquarium, Nebraska. Ianya berada di dalam tangki yang mengandungi 3 ekor Hammerhead betina yang mana ikan tersebut telah dibawa masuk ke Zoo tersebut selama 3 tahun dari luar.

Bacaan selanjutnya dalam Bahasa Inggeris di sini , dan juga di sini

Pada tahun 2008, sebuah akuarium di Hungary mempunyai kes lain parthenogenesis selepas seekor ikan Yu betina melahirkan anak tanpa pernah berhubungan dengan ikan Yu jantan. Pada tahun yang sama, Yu Blacktip betina Atlantik di Virginia direproduksi melalui parthenogenesis.

Pada bulan April 2004, para saintis di Tokyo University of Agriculture telah menggunakan parthenogenesis berjaya menghasilkan seekor tikus tanpa bapa.

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com

Comments