Sunday, November 2, 2014

Rupa Nabi Adam a.s.


Anda mungkin bertanya, “Mengapa rupa ahli Syurga disamakan dengan Nabi Adam a.s.?”Jawapan saya, kerana terdapat banyak persamaan antara penciptaan Nabi Adam a.s. dengan ahli Syurga. Penciptaan Nabi Adam a.s. dijelaskan oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud:

“Allah menciptakan Adam atas bentuknya, tingginya 60 hasta.”

Menurut para ulama, hadis ini menjelaskan bahawa Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s. tanpa proses peralihan bentuk daripada air mani, lalu menjadi darah, kemudian menjadi segumpal daging dan seterusnya. Akan tetapi, baginda diciptakan terus dalam rupa bentuknya yang sempurna, iatu seorang pemuda dewasa yang berada dalam puncak stamina dan bertenaga. Wajah baginda sangat tampan, tubuh baginda sangat gagah dan ketinggian baginda mencapai 60 hasta.

Manusia yang Allah SWT cipta terus dengan “tangan”-Nya sendiri mestilah sangat sempurna kerana ciptaan Tuhan Yang Maha Indah tentulah sangat indah. Menurut saya, jika kita bandingkan antara ketampanan Nabi Adam a.s. dengan Nabi Yusuf a.s., maka Nabi Adam a.s. jauh lebih tampan. Wallahu a’lam.

Kejadian ahli Syurga juga sama. Di Akhirat nanti, mereka diciptakan secara langsung tanpa proses berperingkat.

Allah SWT sendiri yang akan membentuk rupa mereka seperti mana Allah SWT membentuk Adam a.s. suatu ketika dahulu. Mereka diciptakan dalam rupa bentuk para pemuda yang tampan, gagah dan bertenaga.

Ahmad dan at-Tirmizi meriwayatkan daripada Nabi SAW, maksudnya:

“Ahli Syurga memasuki Syurga dalam keadaan tampan, tidak berbulu, dan dalam keadaan bercelak. Usia mereka 30 atau 33 tahun.

0 Responses to “Rupa Nabi Adam a.s.”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam