Wednesday, December 31, 2014

6 Kelemahan Agama Kristian yang amat jelas - Dari Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi

Maryam Jameelah: Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi

Walaupun begitu kemas dan gigih sekali konspirasi golongan Kristian terhadap Islam, Maryam Jameelah dapat melihat beberapa kelemahan mereka. Di antaranya ialah :

1-Kelemahan nyata di dalam organisasi muballingh Kristian kerana kurangnya perasaan persaudaraan dan persamaan.

Hal ini bertitik tolak daripada ajaran Kristian itu sendiri. Dimana agama tersebut dikhususkan kepada Bani Israeil sahaja. Ini bererti bahawa agama tersebut berasaskan perkauman. Jerteru itu, kita dapat lihat negara-negara Kristian gagal menubuhkan satu kekuasaan politik berpusat. Sebalinya ia hanya bertanggungjawab menimbulkan fahaman perkauman, nasionalisme dan fahaman kedaerahan.

2-Pemisahan di antara kekuasaan politik dari gereja menyebabkan institusi politik dilanda oleh keruntuhan moral, rasuah dan beranika jenis penyelewengan, sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini.

3-Konsep Trinity adalah ciri kelemahan agama Kristian yang amat jelas. Satu Tuhan di dalam tiga adalah satu konsep yang amat sukar diterima oleh orang-orang awam.Implikasi dari onsep trinity yang kompleks ini menyebabkan konsep-konsep lain di dalam agama Kristian juga sukar difahami.

4-Ajaran Kristian kekurangan ajaran yang berkaitan dengan pembentukan masyarakat dan negara. Kekurangan ini mengakibatkan berlakunya  beberapa pembaharuan atau reform di dalam agama tersebut yang memusnahkan sama sekali kesuciannya. Ini tidak dapat diterima sama ada oleh masyarakat primitif atau masyarakat intelektual.

5-Kelahiran beranika jenis isme di Barat seperti modenisme yang bercirikan materialisme, humanisme dan sekularisme serta isme-isme yang lain ekoran daripada tidak puas hati ahli-ahli falsfah Barat terhadap dogma agama Kristian yang gagal sama sekali memenuhi keperluan semasa iaitu di dalam pembangunan mental dan kebendaan masyarakat Barat. Akhirnya agamaLristian hanya dipakai ketika kelahiran,perkahwinan dan kematian.

6-Kelemahan ajaran Kristian jelas kelihatan apabila ia cuba mempengaruhi negara-negara yang telah terlebih dahulu dikuasai oleh Islam, Buddha, Hindu, Konfusius, Shinto dan sebagainya, khususnya di Asia. Walaupun mereka berjaya menguasai penduduk primitif di Afrika, tetapi jelas sekali mereka gagal menguasai Asia.

BEBERAPA ASPEK PEMIKIRAN MARYAM JAMEELAH OLEH PROF. MADYA MUSTAFA BIN HAJI DAUD.

M/S: 36 & 37.

Maryam Jameelah: Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi

Margaret ingin segera membuang identity Yahudi yang ada pada dirinya. Dia tidak mahu dirinya sekali-kali dikaitkan dengan bangsa Yahudi. Apatah lagi dia sudah mengetahui bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang dimurkai oleh Tuhan. Dia juga tahu bahawa bangsa Yahudi bertanggungjawab membunuh nabi-nabi serta utusan Tuhan yang diutus kepada mereka.  Bahkan orang Yahudilah yang bertanggungjawab merancang dan mengatur usaha membunuh nabi Isa a.s.

Pergolakan dalam diri itu akhirnya membawa kepada bertukarnya Margaret Marcus kepada Maryam Jameelah. Dari seorang penganut Judais kepada penganut Islam yang komited dalam penghayatan Islam secara syumul. Hidayah dan taufik dari Allah itu mendorongnya berhijrah dari  Amerika Syarikat ke Pakistan untuk memelihara dan mempertingkatkan imannya. Demi melengkapkan kesempurnaan Islamnya beliau terjun berdakwah  dan berjihad melalui mata pena. Beliau tampil daripada kalangan bangsa Yahudi yang menjadi jurubicara wanita Islam. Maryam Jameelah sebutir mutiara di tengah jutaan kaca.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

0 Responses to “6 Kelemahan Agama Kristian yang amat jelas - Dari Tokoh Wanita Islam Berbangsa Yahudi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam