Monday, December 1, 2014

Peringatan Di Sebalik 5 Jari

Manusia diciptakan oleh Allah swtmempunyai 5 jari tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri...jika diamati dan difikirkan dengan akal fikiran yang diberi,kita akan mendapati terdapat peringatan disebaliknya...Jom kita baca....:) bermula dari jari kelingking

1.Jari kelingking
kecil dan kerdil...Lambang seorang manusia yang bermula dari kecil...saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah dan perli dibimbing...bagai kata pepatah 'melentur buluh biar daripada rebungnya'...

2.Jari manis
Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin...ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja...di sebalik kemanisanya,tersimpan cabaran dan dugaan...Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib...ketika itu diperingatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya...

3.Jari hantu
Jari yang paling panjang...Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah.. pada peringkat ini-sekitar 30an ke atas-kehidupan telah stabil...Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya 'hantu-hantu' yang cuba mengacau...hantu jasad,hantu ego,hantu tamak dan sebagainya...Di sinilah keimanan banyak diuji-untuk menghindarinya,banyakkan amal ibadat...

4.Jari telunjuk
Jari yang 'mengungkap' satu dan keEsaan Allah swt ketia solat...Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada orang lain...Ingatan kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah yang benar tanpa berselindung di sebalik maksiat...

5.Jari ibu
Jari yang besar dan pendek...Lambang kematangan dan kehebatan...juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan pakar rujik...Peringatan kepada kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kearah jalan yang benar...iaitu agama Allah swt (islam)

*Sumber dari trexxo100.blogspot.com

0 Responses to “Peringatan Di Sebalik 5 Jari”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam