Monday, December 8, 2014

Seringan-ringannya Seksaan Ahli Neraka

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

“Seringan-ringannya seksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api maka alas itu di ikat dikakinya, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai jiran-jirannya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut.

Gigi gerahamnya pula menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”. 

Oleh itu jauhkan diri kita akan jalan yang menuju kearah seksaan api neraka. Bayangkanlah itu adalah seksaan yang paling ringan, macam mana dengan seksaan yang lain?

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 raka'at maka Allah s.w.t. akan mengharamkan dirinya dari api neraka". hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melalukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat, "Ya Allah, ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya". hadith riwayat Bukhari

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com

0 Responses to “Seringan-ringannya Seksaan Ahli Neraka”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam