Thursday, January 8, 2015

Tubuhnya Lumpuh, Tapi Ditakuti Israel

syekh yasin

Sudah lanjut usia, badannya lumpuh. Mata kirinya diuji dengan rabun. Telinganya didera radang. Paru-parunya digerogoti alergi. Namun walaupun tubuhnya lemah, jasadnya paling dicari Israel.

"Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?"

Begitulah cara Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin mendefinisikan arti perjuangan atas pembebasan tanah wakaf kaum muslimin di Palestin.

Jika umat Islam lupa kewajiban membebaskannya, biarlah ia bersama kerusi roda yang menebusnya.

"Aku tidak mampu kemana-mana untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) -ku .... Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah? "

Namun, biarkan Syeikh Ahmad Yasin menterjemahkan arti perlawanan dengan caranya: merancang kumpulan Mujahidin Palestin tahun 1982, meletuskan Intifadah Disember 1987, sehingga lahirlah Hamas satu minggu kemudian.

Demikian takutnya Yahudi kepada spirit pasukan muslim, Israel sampai harus menjatuhkan hukuman seumur hidup plus 15 tahun bagi Syeikh Ahmad Yasin. Ya, untuk seorang ulama yang mengaku tak mampu memapah senjata dan mengangkat pena kerana tangannya lumpuh.

Jika Golda Meir menyumbangkan separuh hartanya untuk Israel, maka Syeikh Yasin menyerahkan seluruh hidupnya untuk Islam.

Begitulah cara Syeikh Yasin mengajar kita bagaimana menjadi umat Islam, yang lumpuhnya saja ditakuti musuh. Lelaki kelahiran 1938 yang hampir tak boleh menggerakkan bahagian tubuhnya sendiri, tetapi oleh Allah diberi kemampuan menggerakkan jiwa raga jutaan orang.

"Tidak ada sejarah seperti yang diukur Syekh Yasin, di mana pemimpin yang lemah (kerana cacat fizikal) mampu mengubah menjadi kekuatan," kata Dr Asy-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Hari-hari Syeikh Yasin diisi dengan ibadah, lapang dipenuhi dengan tarbiyah, tangan dinginnya dipakai untuk melahirkan kader dakwah. Maka muncullah Abdul Aziz Rantisi, Ismail Haniya, Khalid Misyal, dan lain-lain. Anak-anak muda yang gigih bersamanya mengagagas Hamas, satu pekan pasca meletusnya intifadhah.

Telah berkali-kali Syeikh Yasin hidup dalam penjara bersama kerusi roda. Dari mula tahun 1965, 1985, dan 1989.

Dalam mahkamah terakhir, beliau dihukum seumur hidup plus 15 tahun. Tuduhannya, mendalangi serangan rakyat Palestin atas Israel dan melucutkan senjata tentera-tentera Israel, warga Yahudi, serta penculikan terhadap agen-agen Israel.

Di dalam penjara, pukulan bertubi-tubi bersarang di mata dan kepalanya. Namun seksaan itu dilaluinya dengan tawakal dan penuh kesabaran. Kerana semuanya adalah sebahagian dari perjuangan.

Syeikh Yasin akhirnya berjaya bebas pada tahun 1997 akibat pertukaran tawanan. Anak-anak didiknya di Hamas berjaya menawan dua agen Mossad yang hendak meracuni Khalid Misyal.

Keluar dari penjara, Syeikh Yasin kembali menyuarakan perjuangan untuk membebaskan Palestin.

Bersama Hamas, beliau kembali melakukan perlawanan kepada Israel ketika Ariel Sharon menyatroni Masjid Al Quds dan diikuti dengan pembunuhan terhadap jamaah solat. Pertembungan antara tentera Israel dan rakyat Palestin pecah. Meletuslah Intifadah kedua.

Pelbagai cara dilakukan Israel untuk membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan selalu gagal. Hingga pada Isnin subuh, 1 Safar 1425 H / 22 Januari 2004 M, Apache Israel buatan Amerika Syarikat menghampiri, lalu memuntahkan tiga buah roket ke tubuh lemah berjiwa baja di atas kerusi roda itu.

Suara gelegar tiga roket meletup itu seakan menghancurkan langit Gaza Subuh itu. Abdul Hamid, anak Syeikh Yasin, terlempar beberapa belas meter dari kedudukan berhampiran dengan ayahnya.

"Saya sama sekali tak boleh melihat di mana tubuh ayah saya," katanya mengimbas kembali. "Di dekat saya sekurang-kurangnya ada lima jenazah yang hancur bergelimpangan ... Darah muncrat dan membanjir kemana-mana ..."

Hari itu, menjadi hari duka bagi rakyat Palestin. Berjuta-juta rakyat Palestin menangis. 200 ratus ribu orang mengantarkannya ke tanah perkuburan. Gema takbir bergema menyelimuti langit Gaza.

Jasadnya boleh tiada, namun idea dan cita-cita terus mengalir menembusi jiwa-jiwa kaum muslimin demi meneruskan perjuangannya.

"Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis dan itu hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya, "pesannya

*Sumber dari islampos.com

0 Responses to “Tubuhnya Lumpuh, Tapi Ditakuti Israel”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam