Berjayakah Raja Salman Singkirkan Raja Sebalik Tabir Saudi?


Pemerintahan Keluarga Diraja Saud
Writ undang-undang yang dikeluarkan oleh Raja Abdullah hanya dapat bertahan selama 12 jam sahaja. Dalam tempoh tersebut puak Tujuh Sudairi bersaudara, puak yang paling kaya dan berpengaruh dalam Dewan Saud yang telah kurang pengaruhnya semasa pemerintah yang lepas telah muncul menunjukkan pengaruhnya. Seperti diulas oleh huffingtonpost(1) rampasan kuasa dalam senyap. 

Belum lagi pengebumian jenazah almarhum Raja Abdullah selesai, pemerintah kerajaan beraja Saudi yang baru, Raja Salman bin Abdulaziz telah menyingkirkan Ketua Mahkamah Diraja Khaled al-Tuwaijri tetapi mengekalkan adik tirinya sebagai Putera Mahkota baharu, Putera Muqrin Abdul Aziz seperti dipilih oleh Raja Abdullah. Tetapi dengan licik melantik seorang lagi yang berpengaruh dari kumpulan Sudairi iaitu Mohamed bin Nayef, Menteri Dalam Negeri untuk menjadi Timbalan Putera Mahkota. Bukan satu rahsia lagi almarhum Raja Abdullah inginkan anaknya Mutaib bin Abdullah sebagai Timbalan Putera Mahkota(2). 

Satu tindakannya lagi yang jelas ialah Raja Salman yang juga dari Sudairi, cuba mendapatkan tampuk kekuasaan untuk generasi kedua apabila memberi anaknya Mohammed yang berumur 35 tahun kedalam lingkungan kuasa Kementerian Pertahanan. Beliau sekarang dilantik sebagai Setiausaha Agung Mahkamah Diraja. Semua perubahan ini dilakukan sebelum pengebumian Raja Abdullah. 



Kenyataan rasmi kerajaan Saudi perlantikan ketua Mahkamah Diraja yang baru(3)

Al-Tuwaijri telah menjadi ketua Mahkamah Diraja semasa pemerintahan almarhum Raja Abdullah merupakan kedudukan yang paling penting dalam kerajaan beraja tersebut. Pemerhati sifatkan penyingkirannya merupakan pembatalan terhadap rancangan yang telah digariskan oleh almarhum raja dan anaknya Mutaib, yang dijangkakan menjadi timbalan kepada Putera Mahkota dan mengekalkan Al-Tuwaijri.

Beberapa sumber media melapurkan ketidak munculan Khalid al-Tuwaijri dari khalayak sebaik saja Raja Abdullah meninggal. Beliau merupakan seorang yang amat penting semasa pemerintahan Raja Abdullah dan disifatkan sebagai kotak hitam Raja Abdullah. Beliau telah dilantik oleh raja sebagai ketua setiausaha kepada majlis perlantikan jawatan kerajaan beraja (4).

Kedudukan al-Tuwaijri diwariskan dari keluarganya dari ayahnya Abdul Aziz al Tuwaijri yang mendapat kedudukan yang paling berpengaruh dalam istana(5). Keluarga Tuwaijri menjadi penjaga gerbang diraja dimana kerabat dirajapun mesti mendapat kebenaran dari beliau untuk sebarang keputusan(6). Bahkan tidak dibenarkan mengadap raja sama sekali tanpa kebenaran, penglibatan dan pengetahuan Tuwaijri. Tuwaijri merupakan dalang utama penglibatan dalam kepentingan negara luar seperti mematahkan Revolusi Mesir, menghantar tentera di Bahrain, penglibatan dalam perang saudara di Syria.

Kediaman Mewah Khalid Al-Tuwaijri di Beverly Hills kawasan mewah Hollywood (7)
Sesetengah pemerhati termasuk Arabi21(8) dilaporkan tidak terkejut dengan kejatuhan Al-Tuwaijri dari kedudukannya kerana perbezaan yang timbul baru-baru ini antara beliau dan anggota kanan keluarga diraja, yang menyifatkan beliau sebagai "ketua rasuah" dan satu yang ingin "memusnahkan negara dan mengatasi Keluarga Diraja ".Beliau juga telah digambarkan sebagai "sotong kurita" dan pemimpin utama yang melansanakan "Projek kebaratan" dan "penaung sekular" di Arab Saudi. 

Al-Tuwaijri juga dituduh menyelaras kempen dengan surat khabar Arab terhadap ulama yang berjuang menentang usaha sekularisasi beliau. 

Hubungannya dengan pemerintah pro-barat di negara Teluk, Mohammed bin Zayed, Putera Mahkota Abu Dhabi amatlah rapat. Buat masa ini, Tuwaijri telah tersingkir dan senarai proksinya yang panjang, bermula dengan Presiden Mesir Abdel Fatah el-Sisi sudah mula merasa seram sejuk akibat angin perubahan yang bertiup dari Riyadh ini. Sisi gagal untuk menghadiri majlis pengkebumian pada Jumaat lepas, apakah semata-mata kerana cuaca buruk?

*Sumber petunjukzaman.blogspot.com

Comments