Tariq Bin Ziyad Menumpaskan King Roderick

PESANAN TARIQ BIN ZIYAD KEPADA TENTERANYA - Berperanglah kerana Allah bukan kerana marah, takutlah kepada Allah jangan takut kepada musuh. Apabila masuk waktu solat, kerjakanlah ia, jangan meninggalkannya. Akhir sekali kita perlu yakin ajal maut kita hanya Tuhan yang menentukan.

Sejarah penaklukan Andalusia atau Sepanyol oleh Sayidina Tariq bin Ziyad adalah antara bukti peranan sebuah kerajaan ajaib yang dipimpin secara ghaib oleh Baginda Rasulullah SAW. Sayidina Tariq bin Ziyad yang ditugaskan oleh Gabenor Mesir, Musa bin Nasir untuk menawan Andalusia atau Sepanyol. Dalam perlayaran beliau dari Mesir ke Sepanyol, beliau sentiasa merintih di dalam hati supaya didatangkan bantuan dari kerajaan ajaib, yang mana beliau merasakan yang diri beliau tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya itu.

Maka berlakulah keajaiban bila beliau direzeki untuk beryaqazah dengan Rasulullah SAW, yang juga bersama Baginda ialah para Sahabat yang dilihat lengkap berpakaian perang. “Teruskan perjuangan mu, wahai Tariq”, itulah kata2 keramat dari lidah mulia seorang Rasul kepada Tariq bin Ziyad. Selepas itu beliau melihat Rasulullah dengan para Sahabat sedang menuju ke Andalusia.

Setelah sampai di Bukit Gibraita, maka Tariq bin Ziyad mengarahkan supaya dibakar semua kapal mereka.”Wahai pahlawanku, ke mana kamu akan lari? Laut di belakangmu dan di hadapanmu adalah musuh. Samada kita menang atau mati syahid”, begitulah kata-kata Tariq bin Ziyad kepada tenteranya.

Sejarah menukilkan bahawa Tariq bin Ziyad berjaya menumpaskan tentera Andalusia yang diketuai oleh King Roderick dengan tentera seramai 100 ribu, berbanding dengan tentera Tariq sekitar 7 ribu sahaja dan dibantu oleh tentera King Roderick yang berpaling tadah, seramai 5 ribu. Kemenangan diluar lojik akal. Ya! Akal tidak boleh menghujahkannya.`Miraculous` atau ‘ajaib’, kata para orientalis yang mengkaji sejarah ini. Jelaslah faktor Tariq bin Ziyad boleh berhubung dengan Rasulullah SAW, Sodiqul Masduq, “Benar Lagi Dibenarkan”, itu mampu memberikan kekuatan roh yang sangat luar biasa, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan di bawah satu empayar yang hebat iaitu empayar Rom.

Ada satu lagi peristiwa menarik yang diceritakan dalam sejarah bantuan Tuhan kepada Sayidina Tariq bin Ziyad, sebelum kedatangan beliau ke Andulusia. Tuhan takdirkan King Roderick telah melihat gambar Tariq bin Ziyad yang dilukis, diatas kulit binatang, di dalam sebuah istana lama. Istana ini sebenarnya menjadi tempat larangan turun temurun di mana para pendita kristian, sebelum pemerintahan King Roderick melarang sesiapa sahaja dari mendekati istana lama itu. Larangan ini diingkari oleh King Roderick. Beliau merasakan tentu ada harta karun di dalam istana berkenaan. Maka beliau pun mencerobohi istana tersebut tetapi didapati istana lama itu kosong, cuma ada sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut, terdapat sebuah bekas dan apabila dibuka bekas itu, tersimpan satu kulit binatang. Jelas di atas kulit binatang tersebut adalah lakaran potret seorang yang berserban dengan menaiki kuda dan lengkap berpakaian perang. Apa yang lebih menakjubkan, di atas gambar berkenaan tertulis “sesiapa yang melihat gambar ini, maka dia akan dikalahkan oleh orang ini dalam medan perangan”.

Bila peperangan berlaku King Roderick amat terkejut tatkala melihat wajah Sayidina Tariq bin Ziyad, serupa dengan gambar yang dilihat di atas kulit binatang sebelum ini. Pada 19 Julai 711 Masehi berlaku peperangan yang bersejarah itu.Dengan hanya satu panahan dari Sayidina Tariq bin Ziyad, telah menjatuhkan King Roderick dan tentera beliau yang seramai 100 ribu orang itu bertempiaran lari, bila melihat ketua mereka, King Roderick tumbang di medan perang. Sedangkan jumlah tentera muslimin adalah jauh kecil berbanding bilangan tentera kristian. Berlakulah proses roh di mana, tentera Islam walaupun jumlahnya kecil dilihat oleh tentera musuh cukup gagah dan berwibawa dan Tuhanlah yang mencampakkan rasa gentar di dalam hati musuh-musuhNya. Benarlah firman Allah di dalam Al Quran, “Berapa banyak yang pernah terjadi, golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak, dengan izin Allah”, surah Al Baqarah ayat 249. Allah-lah yang telah memenangkan mereka melalui kerajaan ajaib yang diketuai oleh Rasulullah, sebagaimana dilihat oleh Sayidina Tariq bin Ziyad di dalam yaqazahnya, bertemu Rasullullah.

Begitulah “power”, diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan Tuhan, bantuan kerajaan ajaib, atas faktor rasa tak mampu dan berkat mereka memohon pertolongan dengan penuh rasa kehambaan kepada kerajaan ajaib, yang diketuai oleh Rasulullah SAW. Menjadi keyakinan pejuang-pejuang, hanya dengan bantuan Rasulullah sahajalah, Islam akan menang dan kemenangan yang diberikan akan selamat dan menyelamatkan.

*Sumber dari www.kisahteladan.info

Comments