Siapa Dr. Zakir Naik Sebenarnya?

zakir naik biografi

Siapa yang tidak kenal Dr. Zakir Naik? Seorang ulama India, penulis dan perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah melalui debat dan ceramah di seluruh dunia.

Disarikan dari wikipedia, nama lengkapnya adalah Zakir Abdul Karim dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 Mumbai (Bombay pada masa itu). Secara profesi, ia adalah seorang doktor perubatan, memperoleh gelar Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra, tapi sejak 1991 ia telah menjadi seorang ulama yang terlibat dalam dakwah Islam dan perbandingan agama.

Ia menyatakan bahawa tujuannya ialah membangkitkan kembali dasar-dasar penting Islam yang kebanyakan remaja Muslim tidak menyedarinya atau sedikit memahaminya dalam konteks pemodenan.

Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) sebuah organisasi bukan keuntungan yang mempunyai dan menyiarkan rangkaian saluran TV percuma, Peace TV dari Mumbai, India.

Jika kita melihat tayangan video di Youtube, debat dan cermah Dr. Naik seringkali dihadiri oleh ribuan jamaah. tidak hanya hanya orang Islam saja juga oleh kristen, hindu, budha, bahkan ateisme yang kerap kali menjadi jamaah dan mengambil kesampatan pada sesi tanya-jawab.

Apabila diberi soalan yang tak jarang menentang Islam, ia selalu memulakan jawapannya dengan memuji soalan yang dilontarkan penanya, lalu menjawab dengan sistematik, Dr. Zakir Naik menjawab soalan tersebut dari mendasar kemudian dengan andaian-andaian yang dengan mudah ditangkap akal sihat, serta tak lupa ia sertai dengan dalil-dalil yang lebih meyakinkan para penanya.

*Sumber dari islampos.com

Comments