Tuesday, July 21, 2015

Jika Masjid Dibakar

tolikara

Kesabaran seorang muslim, jika agama Islam dihinakan, mereka akan marah dan rela melakukan apa saja untuk membela agamanya. Termasuk mengorbankannya nyawa sekalipun. Begitulah seorang muslim, kerana keimananya itu lah menggetarkan hatinya untuk bersedia mati demi agama Allah SWT. 

Jadi begini, sebelum saya meneruskan ulasan tulisan ini alangkah baiknya membaca postingan Ustaz Felix Siauw terlebih dahulu. Kerana inspirasi menulis ini pun kerana membaca posting beliau. 

1. berkaitan dengan insiden "Pembakaran Masjid di Papua" | ini jelas bahagian kezaliman besar yang perlu dikecam dan diambil tindakan 

2. kita memahami betul reaksi ummat Muslim yang sangat menyayangkan hal ini | apalagi kejadian ini berlaku disaat solat Ied Fitri 

3. dan perkara ini dalam Islam adalah sebahagian kezaliman yang sangat besar | iaitu menghalang manusia dari beribadah kepada Allah swt 

4. Dan siapa yang lebih aniaya dari orang yang menghalang menyebut nama Allah di masjid-masjid-Nya, dan berusaha merobohkannya? (QS2: 115) 

5. kejadian pembubaran solat Ied dan pembakaran masjid di Papua ini | menunjukkan kepada kita beberapa pelajaran yang boleh diambil 

6. pertama, apabila Muslim majoriti, mereka disudutkan dengan dalil toleransi | namun saat minoriti, mereka ditekan dengan dalil demokrasi 

7. saat Muslim menjadi majoriti, kita terpaksa mengorbankan akidah dengan dalil toleransi | membiarkan seluas-luasnya syiar agama lain 

8. sebaliknya saat Muslim minoriti, kita dipaksa juga, menghormati yang banyak | juga dengan mengorbankan akidah, mengorbankan agama 

9. kedua, lalainya negara memberikan jaminan perlindungan undang-undang | harusnya hal seperti ini ditindak keras agar tidak merebak pada yang lain 

10. bagaimanapun perkara sepert ini berbahaya dalam mencetuskan konflik antar masyarakat | adalah peranan negara untuk memberikan keadilan bagi ummat 

11. hanya saja, undang-undang di negara ini memang rancu, mengapa? | Kerana tidak diterapkan syariat Islam untuk menetapkan 

12. dalam sistem undang-undang yang bukan berdasar Islam, baik ummat Muslim ataupun Non-Muslim | sama-sama terancam keberadannya, tidak selamat 

13. tapi dalam sistem Islam, Islam menjamin dan melindungi semua bentuk ibadah | apapun agamanya, akan dilindungi dan dijamin oleh Islam 

14. lalu bagaimana kita menyikapi insiden kezaliman di Papua ini? | Ada beberapa juga yang perlu kita pegang sebagai panduan 

15. pertama, harus adil dengan menghadkan perbahasan hanya pada insidennya dan pelakunya saja | bukan mengeneralisasi dan meluaskan masalah 

16. kerana kita Muslim dan kita diajarkan Allah dan Rasul-Nya | kita tidak membalas perlakuan zalim dengan kezaliman juga 

17. kedua, setiap kezaliman harus dihilangkan, dan ini adalah peranan negara | maka negara harus mengambil langkah tegas terhadap insiden ini 

18. pelakukanya diusut, ditindak dan dihukum setimpal agar jadi peringatan buat yang lain | dan dijamin agar tidak berlaku perkara yang sama 

19. ketiga, yang terpenting, kesedaran bahawa tidak akan ada kebaikan menyeluruh | tanpa penerapan syariat Islam secara total di negeri ini 

20. sebab hanya syariat Islam yang boleh memberikan jaminan keadilan | kerana hukumnya datang dari Yang Maha Adil, Allah swt 

21. haruskah membalas dengan kekerasan? tentu tidak | kerana amal fizikal itu bahagiannya negara yang punya kuasa, alat fizikal 

22. oleh itu penting sekali Khilafah yang menerap syariat | agar konflik seperti ini tidak berterus dan berpanjang 

23. yang terakhir, kita doakan saudara kita Muslim Papua dan di mana-mana mereka minoriti | semoga Allah kuatkan dan mudahkan mereka 

24. semoga Allah berikan ganjaran terbaik atas keistiqamahan mereka | dan balasan terbaik berupa ridha-Nya, juga bagi kita semuanya.

*sumber islampos.com

0 Responses to “Jika Masjid Dibakar”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam