Sunday, August 9, 2015

Ketika Ramai Orang Kegemukan


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyebutkan generasi terbaik yakni generasi beliau, kemudian generasi sesudahnya, dan generasi sesudahnya lagi. Lalu setelah itu beliau menyebutkan sebuah zaman yang dipenuhi kejelekan. Salah satu tandanya adalah banyak orang kegemukan.

Beliau bersabda:

خَيْرُكُمْ قَرْنِى ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ . قَالَ عِمْرَانُ لاَ أَدْرِى أَذَكَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – بَعْدُ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثَةً . قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ ، وَيَشْهَدُونَ ، وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ


"Umat terbaik di antara kalian adalah pada generasiku ini, kemudian generasi sesudahnya, kemudian generasi sesudahnya lagi." Imran (Imran bin Hushain, sahabat yang meriwayatkan hadis ini) mengatakan, aku tidak ingat apakah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan dua generasi selepas atau tiga generasi. Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya setelah generasi kalian nanti akan muncul suatu kaum yang berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka memberi kesaksian tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan kesaksiannya, mereka bernazar tetapi mengingkarinya, dan pada zaman itu banyak orang yang mengalami kegemukan" (HR. Al Bukhari)

Dalam hadis ini hanya disebutkan bahawa pada zaman tersebut banyak orang mengalami kegemukan. Tidak secara tegas dikatakan bahawa kegemukan itu jelek sebagaimana jeleknya khianat, kesaksian palsu dan mengingkari nadzar.

Namun yang perlu kita renungkan, setiap yang berlebih-lebihan merupakan perkara yang tidak baik. Gemuk itu baik, tapi kalau sudah kegemukan, menjadi tidak baik. Sekurang-kurangnya dari segi kesihatan.

Di zaman sahabat juga ada orang yang obesiti, namun jumlahnya tidak banyak. Salah satunya pernah bertemu dengan Umar bin Khattab radhiyallahu 'anhu.

"Mengapa perutmu besar seperti ini?", Tanya Umar bin Khattab sewaktu terserempak dengannya di sebuah jalan.

"Ini adalah kurnia dari Allah," jawab orang itu.

"Ini bukan barakah, tapi azab dari Allah!" Tegas Umar, "Hai sekalian manusia, hindarilah perut yang besar. Sebab itu membuat kalian malas menunaikan solat, merosakkan organ tubuh dan menimbulkan banyak penyakit. Makanlah secukupnya. Agar kalian semangat menunaikan solat, terhindar dari sifat boros, dan lebih giat beribadah kepada Allah. "

Imam Syafie memberikan nasihatnya mengenai kegemukan, "Sama sekali tidak akan beruntung orang yang gemuk, kecuali Muhammad bin Hasan Asy-Syaibany."
Lalu ada yang bertanya, "Mengapa demikian wahai Imam?"
"Kerana seorang yang berakal tidak lepas dari dua hal; sibuk memikirkan urusan akhiratnya atau urusan dunianya, sedangkan kegemukan tidak terjadi jika banyak fikiran. Jika seseorang tidak memikirkan akhiratnya atau dunianya bermakna ia sama sahaja dengan haiwan. "

Wallahu a'lam bish shawab.

0 Responses to “Ketika Ramai Orang Kegemukan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam