Friday, September 4, 2015

Kerajaan Mesir Pernah Bankrap Pada 1875

Pada 8 April 1875, pemerintah Mesir ketika itu, Ismail Pasha telah membuat penangguhan bayaran pinjaman kepada bank, kemudian mengumumkan Mesir telah BANKRAP. Jumlah anggaran hutang kerajaan Mesir kepada bank-bank Yahudi ialah £68, 497, 160 juta pound sterling.

Jumlah hutang terbesar kerajaan Mesir ketika itu adalah kepada dua bank utama Yahudi di Kaherah iaitu:

  1. Fruhling & Goschen (milik British)
  2. Joubert Bank (milik Perancis)


Bagi menguruskan pemegang-pemegang  saham di bawah Goshen dan Joubert, kedua-dua bank itu telah menubuhkan satu suruhanjaya khusus bagi mengurus hartanah Mesir, ia diberi nama Suruhanjaya Goshen Joubert.

Hanya seorang yang menentang penubuhan suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati di Sungai Nil dan dipercayai ia angkara bank dan orang-orang suruhanjaya tersebut.

Ismail Pasha telah tertekan dengan keadaan ini, namun beliau membiarkan sahaja suruhanjaya ini memanipulasi harta perbendaharaan negara sehinggalah seluruh negara Mesir jatuh ke tangan Perancis dan British.

Namun begitu, pihak Perancis dan British juga bijak, mereka tahu rakyat Mesir majoritinya Islam dan sukar menerima aturan penjajah. Oleh itu, beberapa pasukan pemimpin Islam boneka telah dibentuk untuk menggantikan barisan kepimpinan Ismail Pasha.

Mengapa Goshen dan Joubert Mengurus Hartanah Mesir?

Kedua-dua bank ini bersatu mengurus hartanah Mesir kerana ketika Ismail Pasha (Pemimpin Mesir) membuat pinjaman wang untuk kerajaannya, Ismail perlu mencagarkan geran-geran tanah Mesir kepada bank. Selepas bank memegang geran tanah atau bon kerajaan, bank-bank ini akan berusaha mencari jalan supaya kerajaan Mesir sukar membayar hutang pinjaman.

Bagaimanakah Mesir sekarang?

Ia tetap menjadi miskin, lebih miskin dari Indonesia. Walaupun Hosni Mubarak kaya-raya, rakyat Mesir tetap miskin. Setelah Ikhwan Muslimin berjaya menumpaskan kerajaan Hosni, negara Mesir tetap sama. Kini pemimpin baru yang lebih diktator pula muncul, Jeneral Sisi dan rakyat Mesir tetap menjadi miskin tetapi televisyen-televisyen Mesir mempunyai siaran hiburan yang sangat banyak

*sumber dari dajjal.wordpress.com

0 Responses to “Kerajaan Mesir Pernah Bankrap Pada 1875”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam