Wednesday, September 9, 2015

Mengapa Assad Kuat?

assad iran

WALAUPUN konflik kian menusuk, Presiden Syria Bashar Assad masih kelihatan tenang menyambut musim sejuk dengan secangkir teh yang menghangatkan tubuhnya. Meski para pendatang Syria melakukan penghijrahan besar-besaran ke Eropah, Assad tetap diam seribu bahasa.

Sangat sukar meramalkan kapan Assad boleh ditumbangkan. Hingga tahun keempat perang Syria, Pemerintahan Assad masih tetap berdiri. Namun jika kita melihat siapa kekuatam di balik kuatnya Assad di tampuk kepimpinan, maka hal itu menjadi wajar.

Pertama adalah kuatnya tentera Assad. Menurut pakar Timur Tengah sekaligus wartawan harian Jerman Süddeutsche Zeitung, Rudolph Chimelli, sampai sekarang tentera dan aparat keamanan berada di pihak rejim atau lebih tepat di pihak presiden.

Ia juga menonjolkan adik laki-laki Assad, Maher, yang menjadi penyokong garis keras membela rejim Assad apapun pengorbanannya.

Laki-laki berusia 43 tahun itu memerintah sebuah pasukan yang disebut sebagai bahagian keempat tentera Syria yang dikenali sebagai unit elit yang brutal. Dari bahagian ini, Maher mengerahkan unit ini untuk memburuh para demonstran.

Patut diingat, pendahulu Assad telah lama merancang sistem ketenteraan sedemikian kuatnya. Tidak boleh dinafikan bahawa tentera Syria telah menjadi tulang punggung perlawanan menentang segala bentuk apa pun yang mengancam kewujudan Rejim Alawiyyin.

Menurut Rudolph Chimelli, jenjang kepangkatan dalam ketenteraan Syria terbahagi dalam 3 kelompok: individual, perwira muda dan perwira. Pangkat tertinggi adalah Leftenan Jeneral.

Syria melaksanakan wajib militer yang cukup unik bagi warganegaranya. Semua warga negara laki-laki berumur di atas 18 tahun dan mempunyai saudara laki-laki, diwajibkan mengikuti dinas ketentaraan selama 18 bulan. Tentera Syria juga terlibat dalam pembangunan infrastruktur di Syria seperti membina jalan, jambatan, industri, farmaseutikal dan perubatan serta penyelidikan.

Tentera Syria melarang anggotanya terlibat urusan politik atau mempunyai pekerjaan sampingan. Mereka juga tak diperkenankan memperlihatkan perlengkapannya di luar wilayah kerja terkecuali dalam peperangan atau konfrontasi.

Kuasa Assad berasaskan pada aparat yang memainkan peranan kunci di Syria iaitu tentera dan aparat keamanan. Sebahagian besar juga bebasis pada kumpulan Alawiah. Hidup dan kewujudan mereka terancaman, jika rejim runtuh.

Yang kedua, tentu saja besarnya sokongan negara yang sehaluan. Bukan rahsia lagi Hiztbulloh parti berhaluan syiah yang setia menyokong pemerintahan Assad. Iran pun negara syiah terbesar sangat konsen mengawal perjalanan revolusi Syria.

Selain itu, ada Rusia negara sosialis sekutu yang amat solid terhadap rejim Assad. Di antara keduanya mempunyai kesamaan pandangan sosialis Assad dengan Ba'aths pan Arabismenya, dan Rusia soasialismenya.

Syria negara di kawasan timur tengah sering membeli persenjataan Rusia. Hingga saat ini, kerajaan Rusia telah memberikan kerajaan Assad sokongan kewangan, maklumat risikan, senjata dan alat ganti peralatan ketenteraan buatan Rusia, namun tidak menghantar pasukan ke Syria.

Kenyataan di atas tentu paradoks. Di Syria, elemen Syiah bersatu padu menyokong rejim Assad. Sementara di sisi lain para pemimpin Islam masih saja berpecah kerana kerajaan dan batas geografi.

*sumber dari www.islampos.com

0 Responses to “Mengapa Assad Kuat?”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam