Alkohol Merupakan Penyakit


SEMUA kajian perubatan mengesahkan bahawa kejahatan yang terdapat dari alkohol sangat banyak dan berbahaya, dan bagi siapa yang mendakwa bahawa alkohol baik untuk hati adalah salah, kerana pelbagai jenis alkohol merosakkan sistem kekebalan tubuh dan kerosakan sel-sel hati dan mempengaruhi sel-sel otak serta menyebabkan gangguan mental, oleh kerana itu Nabi saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ

"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan setiap penyakit ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan jangan berubat dengan cara yang diharamkan" (Abu Dawud)

Alkohol mempengaruhi organ tubuh manusia. Bahawa organ rumit dan kompleks dalam tubuh adalah yang paling sering terpengaruh oleh alkohol, bahawa saraf, hati dan kelenjar endokrin boleh menyebabkan alkohol mempunyai masalah serius dan berbahaya. Dan pengaruh alkohol tampak sejak diminuml pada mulut, bibir dan lidah, dan kadang kala muncul liur berair, kekeringan di lidah, dan bahkan boleh menyebabkan kanser lidah.

Alkohol juga boleh menyebabkan perluasan esofagus, pembuluh darah, menyebabkan luka serius. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kajian terbaru bahawa pesakit kanser kebanyakan dari para penagih alkohol. Nabi saw pernah ditanya tentang boleh berobat dengan alcohol bolehkah, ia bersabda:

إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ

"Alkohol bukan ubat tetapi penyakit." (Muslim).

Alkohol juga boleh berpengaruh pada perut. Kajian terbaru juga mengatakan bahawa pengaruh negatif alkohol terhadap perut sehingga menjadi punca kesesakan membran perut ringan dan meningkatkan rembesan lendir asam klorida, yang menyebabkan jangkitan ulser perut kronik lalu berkembang dan menyebabkan kanser perut. Dan yang berkaitan dengan usus pada saat mengambil alkohol akan mengakibatkan jangkitan serius, dan jangkitan sesak penyerapan, serta mengakibatkan gangguan gerak dan kejang-kejang.

Oleh kerana itu, Allah telah mengharamkan arak, kerana Allah ingin memberikan kebaikan kepada kita, dan kerana itu pula Nabi saw bersabda:

كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ

"Setiap minuman yang memabukkan adalah khamar dan khamar adalah haram" (Muslim).

*sumber islampos.com

Comments