Balasan Memberi Air Minum Kepada Kucing



SUDAH menjadi hukum alam jika ada yang berbuat baik maka akan mendapatkan kebaikan pula, tak terkecuali berbuat baik pada haiwan. Seperti yang dialami seorang lelaki asal Saudi ini.

Pasalnya, sebuah restoran rela memberikan makan percuma selama setahun bagi lelaki penjaga syarikat yang tertangkap kamera memberikan air untuk kucing yang kehausan.

Menurut laporan Emirates247 pada Senin (12/10/2015), pemilik restoran di pelabuhan Laut Merah Barat Jeddah terharu, apabila melihat video di salah satu media sosial. Video itu menunjukkan sang penjaga memberikan tangannya yang berisi air untuk kucing haus.

"Saya memberikan orang ini makan percuma selama setahun jika ia tinggal di Jeddah. Jika dia tinggal di luar bandar, aku akan memberinya wang bernilai makanan selama satu tahun, "kata Abdullah Al Harthi, seperti yang dipetik akhbar Okaz.

*sumber islampos.com

Comments