Sunday, November 15, 2015

Ciri-ciri Dabatul Ard


SEKARANG ini begitu banyak binatang aneh yang mematikan yang sebelumnya tidak diketahui. Mungkin itu hanya sebuah prolog dari apa yang disebutkan sebagai salah satu tanda kiamat. Salah satunya adalah Dabatul Ard. Apakah Dabatul Ard itu?

Allah swt berfirman: "Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami," (An-Naml: 82).

Dan dari Rasulullah saw: "Sesungguhnya tanda-tanda kiamat pertama yang akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu dhuha, yang mana diantara kedua hal ini akan terjadi lebih dahulu, maka keduanya akan terjadi pada jangka masa yang dekat "

Marilah kita kenali sedikit binatang Allah swt ini berdasarkan maksud hadis Rasulullah saw.

Rasulullah saw telah bersabda: "Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman, maka ia akan membuat kekang di hidung orang kafir dengan tongkat dan akan membuat wajah orang mu'min terang dengan cincin itu, sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa orang yang makan di suatu meja hidangan, maka salah seorang dari mereka akan berkata "makanlah wahai orang mu'min dan makanlah wahai orang kafir."

Ciri-ciri Dabatul Ard

1. Seekor haiwan yang mempunyai bulu panjang dan sekaligus juga bulu yang pendek.

2. Seekor binatang yang sangat besar dikatakan semasa ia keluar dari sarangnya dengan kelajuan seperti seeokor kuda yang berlari selepas 3 hari dan Dabatul Ard boleh mengeluarkan 1/3 badannya.

3. Mampu berkata-kata dengan manusia dengan pelbagai bahasa manusia di dunia ini.

4. Sebelah tangan kirinya memegang tongkat Nabi Musa dan di sebelah tangan kanannya pula memakai cincin Nabi Sulaiman.

5.Keluar dari kawasan di antara bukit Sofa dan Marwa

Misi dan tujuan Dabatul Ard

- Bercakap kepada manusia bahawa "sesungguhnya manusia sudah tidak yakin dengan ayat-ayat Allah."

- Membuat tanda di wajah orang mukmin menjadi cerah dan wajah orang kafir menjadi gelap.

- Tidak menakutkan manusia tetapi ia akan menjerit / memekik di kawasan Makam Ibrahim dan Hajaratul Aswad sambil menebar-nebarkan tanah di atas kepalanya kemudian ia menghadap timur dan memekik kemudian menghadap ke barat dan memekik. Suaranya melampaui segala penjuru yang menyebabkan manusia berlarian kerana takut. Dalam keadaan yang sama orang mu'min sudah mengetahui bahawa yang bersuara keras itu adalah Dabatul Ard bintang Allah dan mereka tetap di tempat mereka dan tidak mengalami ketakutan apapun.

- Dabatul Ard akan keluar selepas Ya'juj dan Ma'juj mati akibat virus yang diturunkan oleh Allah kepada mereka. Dabatul Ard akan keluar selepas terbitnya matahari seperti biasa iaitu pada waktu dhuha setelah matahari itu terbit sebelah barat. Dabatul Ard akan keluar jika bumi pulih selepas bencana Ya'juj dan Ma'juj. 

*sumber islampos.com

0 Responses to “Ciri-ciri Dabatul Ard”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam