Saturday, December 26, 2015

Cara Mohon Maaf Mereka Yang Sudah Meninggal Dunia


Soalan : Ustaz.... kalau kita melakukan dosa terhadap Allah SWT, kita boleh bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.. tapi jika kita berdosa pada manusia, kita mesti memohon maaf pada dia..Soalan saya , jika orang yang kita buat salah tu tak dapat kita bertemu dengan dia untuk memohon maaf, macamana  kita nak memohon maaf darinya.. ada cara tak ustaz uatuk kita memohon maaf sedangkan orang tu dah tak ada atau pindah ke tempat lain..

Jawapan :  Dosa kepada Allah SWT kita boleh bertaubat nasuha dan berazam tidak mengulangi lagi dosa-dosa tersebut. Tetapi dosa sesama manusia jika kita tak bertemu dengannya untuk meminta maaf maka terdapat beberapa cara : 

1. Dalam doa kita , kita minta ampun kepada Allah SWT keatas orang yang kita melakukan dosa kepadanya. Contoh doa :"Ya Allah , ya Rabbi , aku mohon ampun ke atas dosa-dosaku yang aku lakukan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja, dan ya Allah aku mohon Engkau ampunkan dosa semua mereka yang mana aku telah melakukan dosa kepada mereka. Aku tidak dapat berjumpa mereka untuk memohon ampun, maka ampunkan semua dosa-dosa mereka supaya mereka tidak menutut kepada ku di akhirat nanti. Kasihanilah mereka dan masukkanlah mereka semuanya ke dalam syurga-Mu."

2. Satu lagi boleh kita lakukan bila ada masa kita sedekahkan bacaan al-Quran untuk mereka yang kita lakukan dosa dan boleh sekali sekala kita sedekah di masjid atau rumah anak yatim atas nama mereka yang kita lakukan dosa. Contoh : "Wang rm 10 ini aku sedekahkan di rumah anak yatim ini khusus untuk semua mereka yang aku telah lakukan dosa semuga mereka semua memaafkan dosa-dosaku"

*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my

0 Responses to “Cara Mohon Maaf Mereka Yang Sudah Meninggal Dunia”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam