Saturday, January 31, 2015

Teguran Rasulullah SAW Kepada Sahabat Yang Ketawa

Suatu ketika Rasulallah saw dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda saw ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

" Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yangsaya lihat ini; Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu haripun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah kesaorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat".

Apabila seseorang mukmin dimasukkan kedalam kubur maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku".

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yeng berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas muka-bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku" 

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghemburkan bisa keatas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga kehari khiamat. Selepas itu Rasulallah saw bersabda, 

"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka".(Misykat)


Keterangan

Takutkan Allah snt ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulallah saw sering merenung. Mengingati maut akan menamakan sifat takut kepada Allah, oleh sebab itulah, Rasulallah saw menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi munafaat.

Friday, January 30, 2015

Gred Dalam Solat


Peringkat-peringkat sembahyang atau grade dalam solat, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. 

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. 

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Ta'ala. 

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik. 

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini. 

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin. 

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini. 

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. 

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah ) 

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. 

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh menrungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. 

"Solat itu ibu pada segala ibadah." 

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com

Thursday, January 29, 2015

Tulang Busuk Penegak Keadilan


SEJAK dilantik menjadi gabenor Mesir oleh Khalifah Umar al-Khattab, Amru al-Ash tinggal di sebuah istana yang berhadapan dengan sebidang tanah kosong dan di atas tanah itu, ada sebuah pondok kecil. 

Sebagai gabenor, beliau berhasrat untuk mendirikan sebuah masjid yang indah dan mewah di atas tanah kosong itu supaya seimbang dengan kewujudan istananya, namun impian itu terhalang kerana tanah serta pondok berkenaan dimiliki oleh seorang Yahudi. 

Justeru, kewujudannya dianggap tidak berapa sedap dilihat kerana terletak berhadapan dengan sebuah istana penguasa. Pada suatu hari, pemilik tanah dan pondok berkenaan dipanggil menghadap gabenor Amru Al-Ash di istana untuk membincangkan rancangan dan hasratnya itu. 

Selepas berjumpa Yahudi itu, Amru berkata: “Wahai Yahudi, berapakah harga tanah bersama dengan pondok kamu itu? Aku mahu membina masjid di atasnya.”

Bagaimanapun Yahudi itu menggelengkan kepala sambil berkata: “Tidak akan saya jualkan kedua-duanya, tuan.”

Sesudah itu, Amru berkata: “Aku akan membayarnya tiga kali ganda daripada harga biasa?”

Tawaran gabenor sungguh lumayan namun Yahudi itu tetap enggan menjualnya. 

Amru tetap menawarkan supaya ia dijualkan dan mengingatkannya mengenai kemungkinan beliau akan menyesal jika tidak berminat. Namun apa yang pasti, walaupun selepas berkali-kali gabenor membuat tawaran, Yahudi itu tetap menegaskan bahawa dia tidak mahu menjualkannya dan tidak sesekali menyesal.

Selepas orang Yahudi itu meninggalkan istananya, Amru menetapkan satu keputusan untuk membongkar tempat tinggal kepunyaan Yahudi itu dan mendirikan sebuah masjid besar di atas tanah berkenaan dengan alasan demi kepentingan bersama serta mengindahkan pemandangan.

Yahudi itu tidak boleh berbuat apa-apa menghadapi tindakan sang penguasa. Namun, dia tidak putus asa memperjuangkan haknya dan bertekad hendak mengadu perbuatan gabenor Amru kepada ketua pemerintahnya yang berada di Madinah, iaitu Khalifah Umar bin Khatab.

Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa khalifah yang namanya sangat masyhur itu ternyata tidak mempunyai istana mewah langsung. Apabila sampai, Yahudi itu disambut oleh khalifah di halaman Masjid Nabawi, iaitu di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.

“Ada keperluan apa tuan datang jauh dari Mesir?” tanya Khalifah Umar sesudah ia menyambut kedatangan Yahudi itu dari seberang selat.

Walaupun agak gementar apabila berdiri di depan khalifah, Yahudi itu akhirnya berjaya menenangkan hatinya kerana ketua negara Islam yang bertubuh tegap itu menatapnya dengan pandangan yang sejuk hingga lancar lidahnya dapat menceritakan masalah dan keperluannya. 

Yahudi itu memberitahu bahawa beliau bekerja keras seumur hidup hingga dapat membeli sebidang tanah dan pondok kecil di sebuah kawasan berhadapan dengan istana gabenor. Akhirnya, tanah itu dirampas oleh gabenor Amru dan dibangunkan sebuah masjid yang indah dan besar. 

Umar mendadak merah padam mukanya. Dengan murka dia berkata: “Kurang ajar si Amru. Perbuatannya sudah keterlaluan.” Sesudah agak reda nafsu amarahnya, Umar lantas menyuruh Yahudi itu supaya mengambil sebatang tulang dari tempat sampah yang berlonggok dekatnya. Yahudi itu ragu-ragu menurutkan perintah berkenaan. 

Selepas perintah itu diulang dua kali, maka Yahudi itu dengan kebingungan mengambil sebatang tulang belikat unta dan diserahkannya kepada Khalifah Umar. 

Kemudian, Umar menoreh tulang belikat unta itu dengan huruf alif yang lurus dari atas ke bawah lalu dipalang pada tengah-tengahnya menggunakan hujung pedang. 

Tulang itu diserahkannya kepada Yahudi berkenaan seraya berpesan: “Tuan, bawalah tulang ini baik-baik ke Mesir, dan berikan kepada gabenor aku, Amru bin Ash.”

Yahudi itu tertanya kerana beliau datang dari jauh iaitu dari Mesir ke Madinah untuk memohon keadilan daripada khalifah tetapi dia hanya menerima sebatang tulang yang berbau busuk, yang cuma digores dengan hujung pedang. 

“Maaf, tuan khalifah,” ucap beliau tidak puas.

“Saya datang ke mari menuntut keadilan. Namun, bukan keadilan yang tuan berikan melainkan sepotong tulang yang tidak berharga. Bukankah ini suatu penghinaan atas diri saya?”

Umar tidak marah sebaliknya menegaskan pendiriannya dengan berkata: “Wahai Yahudi. Pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan inginkan.”

Walaupun sambil mendongkol dan mengomel di sepanjang jalan, orang Yahudi itu terus berangkat meninggalkan Madinah menuju ke negeri tempat mukimnya dengan hanya membawa hasil sepotong tulang belikat unta yang berbau busuk.

Anehnya, tulang yang kelihatan tidak ada nilai itu diterima oleh gabenor Amr dan tanpa diduga oleh Yahudi, tubuh Amru tiba-tiba menggigil dan wajahnya pucat ketakutan. 

Seketika itu, dia memerintahkan anak buahnya supaya merobohkan masjid yang baru saja siap dibina dan mendirikan semula pondok kecil kepunyaan Yahudi itu, serta menyerahkan hak atas tanah berkenaan secara utuh seperti semula.

Anak buah Amru sudah berkumpul keseluruhannya. Masjid yang memakan belanja besar itu akan dihancurkan. 

Namun, tiba-tiba Yahudi itu mendatangi gabenor Amru dengan terburu-buru.

“Ada perlu apa lagi, tuan?” tanya Amru dengan nada yang halus dan hormat.

Dalam keadaan yang masih termengah-mengah itu, Yahudi berkenaan berkata: “Maaf, tuan jangan dibongkar dulu masjid itu. Izinkan saya menanyakan satu perkara paling pelik yang mengusik perasaan saya.”

“Perkara yang mana?” tanya Gabenor tidak mengerti.

“Apa sebabnya tuan begitu ketakutan dan menyuruh supaya merobohkan kembali masjid itu hanya kerana tuan menerima sepotong tulang dari Khalifah Umar?”

Gabenor Amru berkata: “Wahai, Yahudi. Ketahuilah kamu bahawa tulang itu adalah tulang biasa, malah baunya busuk tetapi oleh kerana ia dikirimkan oleh khalifah, tulang itu menjadi peringatan yang amat tajam dan tegas dengan dituliskan beliau satu huruf alif yang dipalang tengah-tengahnya.”

“Maksudnya?” tanya Yahudi semakin kehairanan.

“Tulang itu berisi ancaman Khalifah yang bermaksud: “Amru bin Ash. Ingatlah kamu, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk. Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah. Sebab, jika engkau tidak bertindak lurus, aku palang di tengah-tengah kamu, aku tebas batang leher kamu.” 

Yahudi itu tunduk terharu. Dia kagum atas sikap khalifah yang tegas dan sikap gabenor yang patuh kepada pihak atasannya hanya dengan menerima sepotong tulang. Ia adalah bukti yang mulia kerana benda yang rendah berubah menjadi keputusan hukum yang keramat dan ditaati di tangan penguasa yang beriman. 

Maka Yahudi itu kemudian menyerahkan tanah dan pondoknya sebagai wakaf. Selepas kejadian itu, dia menyatakan memeluk Islam.

*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com

Wednesday, January 28, 2015

Dua Jenis Orang Miskin

SAYA merasa pelik, ada orang miskin yang begitu mudah meminta-minta. Mereka merasa gembira menjadi penerima, malah seolah-olah bersyukur pula dengan kemiskinan yang menimpa. Namun, saya juga melihat ada kelompok fakir dan miskin yang cuba menyembunyikan kemiskinan dan mereka malu menerima bantuan. Apakah penjelasan terhadap kewujudan dua fenomena ini?

Jawapan

Memang benar kenyataan saudara, bahawa wujudnya dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta. Dalam hal ini, cuba kita renungi firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ma'arij, ayat 24 dan 25: 

Dan orang-orang yang di dalam hartanya ada hak yang tertentu (bagi orang-orang fakir dan miskin), yang meminta-minta dan juga yang enggan meminta-minta.

Sebenarnya, sifat suka menzahirkan atau menyembunyikan kemiskinan ini mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tahap keimanan di dalam diri seseorang. Orang yang teguh imannya, maka mereka mempunyai suatu senjata rahsia, iaitu 'kaya jiwa' atau 'kekayaan hati', yang menjadikan mereka cukup tinggi maruah dirinya.

Natijahnya, mereka amat malu menyatakan kemiskinan, bahkan seboleh-bolehnya mereka akan cuba menyembunyikan kemiskinannya daripada pengetahuan orang lain, walhal orang lain memang tahu bahawa mereka memang miskin. Jujurnya, sikap ini mampu menerbitkan rasa hormat masyarakat kepada mereka dan sekali gus mengangkat martabat mereka pada kaca mata manusia.

Allah s.w.t. menukilkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya: 

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
(al-Baqarah: 273)

Bahkan Nabi Muhammad s.a.w. turut menegaskan seperti mana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah r.a.:

Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. 

Lalu bertanya para sahabat: "Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?" Jawab baginda: 

"Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini.
 (Muslim)

Apa yang patut disedari oleh orang-orang miskin, bahawa kemiskinan yang menimpa mereka adalah suatu ujian. Seandainya mereka bersabar, maka mereka beroleh pahala yang besar. Bahkan orang-orang miskin amat sedikit hisabnya di sisi Allah di mahkamah akhirat. Lalu, ia memudahkan mereka memasuki syurga Allah lebih awal berbanding orang-orang kaya yang panjang hisabnya.

Ibnu Abbas telah melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah menukilkan suatu hadis: (Kala baginda dibawa melihat neraka dan syurga pada peristiwa Israk wal Mi'raj):

Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita. 
(Muslim)

Oleh itu, orang-orang miskin hendaklah menyemai benih kekayaan hati, yakni menyuburkan jiwa dengan zikrullah dan ilmu, mengukuhkan tauhid dalam dada dengan jitu, tidak berprasangka dengan Allah atas kemiskinan mereka itu, bahkan cuba berusaha merubah kehidupannya selagi mampu.

Andai mereka berusaha, maka tidak mustahil Allah s.w.t. akan mengurniakan kekayaan kepada mereka, sama ada kekayaan zahir atau fizikal, juga kekayaan hati yang lebih praktikal dan kekal. Hakikatnya, orang yang kaya hati itulah sebenar-benarnya kaya, kerana mereka memandang kekayaan dunia tidak lebih hanya sementara cuma. Apa yang utama bagi mereka adalah kaya hati dengan iman dan takwa. Bahkan orang yang kaya hatilah yang akan melestarikan harta kekayaannya atas nama sedekah, infak dan zakat.

Tepatlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 

Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa. 
(Bukhari dan Muslim). 

Tuesday, January 27, 2015

Bangkai Manusia Berjalan


Suatu hari, semasa mentadabburkan beberapa ayat Qur'an, tiba-tiba ustaz bertanya pada jamaah yang hadir: Pernahkah melihat bangkai manusia berjalan? Para hadirinpun kaget dan serentak menjawab: Belum pernah ustaz ... Nah, kalau mau melihat bangkai manusia berjalan, saya akan tunjukkan dan akan memperlihatkan bagaimana bangkai-bangkai manusia berseliweran di mana-mana. Jumlahnya banyak sekali. Lebih banyak daripada manusia yang hidup. Bentuknyapun sangat berbeza-beza. Begitu pula aromanya, ada yang busuk dan ada yang busuk sekali.

Mendengar cabaran tersebut para hadirin mula berbisik-bisik antara satau sama lain kerana sangat penasaran. Mereka tidak sabar dan ingin segera melihat bangkai-bangkai manusia yang berjalan itu. Di antara mereka ada yang berkata: Ustadz jangan bergurau dong? Masa ada bangkai manusia yang berjalan?

Setahu saya manusia yang sudah mati itu tidak boleh berkata, apalagi berjalan. Mandi dimandikan. Berpakaian harus dipakaikan. Solat juga sudah tidak boleh dan bahkan wajib disolatkan. Kalau orang mati itu boleh berjalan, tidak perlu kita yang hidup ini repot-repot mengantarkannya ke kubur. Mana mungkin ustaz, katanya sambil mengkerutkan dahinya yang kelihatan bekas sujud itu.

Saya tidak bergurau loh, kata sang ustaz. Kalau hadirin serius, saya akan perlihatkan saat ini juga. Tapi, saya minta satu syarat yang perlu dipenuhi. Syaratnya mudah saja dan tak sukar. Bahkan percuma lagi, alias tidak perlu keluar kos apa-apa.

Mereka bertanya: Apa syaratnya ustaz? Syaratnya ialah, hadirin harus pakai kacamata Qur'an. Agar kacamata Qur'an itu berkesan dan dapat memperlihatkan bangkai-bangkai manusia yang berjalan itu, maka fikiran, hati dan perasaan perlu dibuka seluas-luasnya dan sejujurnya untuk menerima kebenaran setiap kata, nilai, pelajaran, perintah, larangan dan apa saja yang dijelaskan Qur 'an. Baik ustadz, kata mereka.

Sang ustaz meneruskan: Mari semua kepekatan kita ditujukan pada ayat 122 surat Al-An'am yang baru saja kita baca. Allah berfirman:

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Apakah sama orang yang mati, lalu Kami hidupkan dan Kami jadikan baginya cahaya (Qur'an) yang ia bawa berjalan di tengah manusia, dengan orang yang berada dalam pelbagai kegelapan di mana ia tidak boleh keluar darinya (kegelapan-kegelapan itu). Demikianlah, diperlihatkan baik pada orang-orang kafir itu apa saja yang mereka lakukan.

Melalui kacamata Qur'an ayat 122 surat Al-An'am ini, kita boleh melihat bahawa orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran Qur'an, atau menerima kebenarannya tapi tidak mengamalkan kandungannya dalam kehidupan dunia ini serta tidak mahu menyebarkannya di tengah masyarakat sesuai profesi, mereka adalah orang-orang yang mati, alias bangkai-bangkai yang berjalan, walaupun secara lahiriah mereka hidup, bekerja, melakukan sidang di parlimen, mesyuarat kabinet, meeting perniagaan, sekolah, berkumpul di rumah bersama isteri dan anak-anak, belanja di pasaran dan seterusnya.

Bukan hanya sampai di situ, menurut kacamata Qur'an, mereka hidup dalam pelbagai kegelapan yang berlapis-lapis, sehingga semua aktiviti hidupnya bagaikan fatamorgana, dan selalu dalam keadaan bingung, meraba-raba dan hidup tak jelas tujuan. (QS. An-Nur: 39 - 40)

Sebaliknya, orang-orang yang menerima kebenaran Qur'an dengan semua kandungan dan isinya kemudian diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, di mana-mana dia berada, apapun profesinya, Qur'anlah yang menjadi petunjuk hidupnya, maka mereka adalah orang yang benar-benar hidup.

Bukan hanya itu, hidupnya dalam cahaya Allah yang terang benderang, sehingga semua aktiviti hidup yang dijalankannya bernilai tinggi dan tidak ada yang sia-sia, apalagi keliru dan tersesat. Dengan demikian, hidupnya menjadi produktif, penggunaan waktunya sangat baik dan tidak ada yang digunakan untuk perkara yang sia-sia, apalagi yang haram.

Persoalannya kemudian adalah: Berapa banyak sih manusia yang berjumlah 6 bilion yang hidup di atas bumi saat ini yang meyakini kebenaran Qur'an? Menurut data terkini, hanya 1.3 bilion yang mengakui kebenaran Qur'an, alias Muslim, atau kira-kira 21.6% sahaja. Sedangkan 200 juta atau sekitar 15,38% ada di Indonesia.

Daripada 200 juta yang mengakui kebenaran Al-Qur'an di Indonesia, berapa peratus yang boleh baca Quran? Berapa yang benar-benar mengimani Qur'an sebagai dusturul hayah (landasan hukum dalam kehidupan)? Berapa peratus dari mereka yang membaca Quran setiap hari? Berapa pula mereka yang memahami isi Qur'an? Berapa yang sudah mengamalkan walaupun sebahagian kandungan Qur'an? Berapa yang mengamalkan semua manual Qur'an dalam semua aspek kehidupan?

Berapa peratus yang meyakini, membaca setiap hari, mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain, sekurang-kurangnya kepada anak-anak dan isteri mereka? Dan berapa peratus yang memperjuangkan Quran sebagai dustur ul hayah (landasan hukum dalam kehidupan), khususnya sebagai dustur daulah (sistem negara)?

Menurut data terakhir pilihan raya 2009 lalu, 4 parti yang berdasarkan Islam, hanya mendapat kira-kira 15% suara pemilih yang jumlahnya sekitar 100 juta. Artinya, kalau angka ini yang kita jadikan acuan hitungan, bermakna hanya sekitar 15 juta manusia di Indonesia ini yang berhasrat menjadikan Qur'an sebagai dusturul hayah (landasan hidup).

Dengan kata lain, hanya kira-kira 7.5% daripada penduduk Muslim Indonesia yang berminat menjadikan Qur'an sebagai landasan hukum dalam kehidupan di dunia ini. Kalau ditambah dengan yang tidak ikut pemulu 2009, katakanlah sekita 5% (10 juta), maka jumlah keseluruhan umat Islam yang berminat menjadikan Qur'an sebagai landasan hidup hanya sekitar 12.5%, atau kira-kira 25 juta sahaja.

Andaian angka tersebut di atas baru berkaitan dengan minat umat Islam untuk menjadikan Qur'an sebagai landasan hukum dalam kehidupan. Sedangkan minat saja belum cukup dan perlu dilaksanakan. Kalau kita lihat falsafah hidup, paradigma berfikir, program kerja, gaya hidup, sistem politik, ekonomi, perundangan, pertahanan keamanan, pendidikan, budaya, perkhidmatan sosial yang dijalankan, khususnya oleh 7.5% yang memakai baju Islam dalam politik praktikal mereka sejak era reformasi 12 tahun kebelakangan ini, maka sama sekali tidak memperlihatkan keinginan mereka mejadikan Qur'an sebagai dusturul hayah (landasan hidup), apalagi dustur daulah (landasan undang-undang negara).

Hampir satu kata pun tak terlihat dan terucap rayuan kepada kerajaan dan umat untuk kembali kepada Quran sebagai satu-satunya jalan keluar dari pelbagai krisis yang sedang melilit negeri ini, apalagi melakukan Qur'anisasi sistem dan peraturan kerajaan. Kalaupun tidak berupa himbauan, dalam bentuk keteladanan hidup dan berpolitikpun tidak kelihatan sebagai orang yang meyakini dan membawa cahaya Qur'an di tengah-tengah masyarakat.

Sebab itu, kekecohan 100 hari pemerintahan SBY-Boediono sebenarnya tak perlu ada, khususnya bagi mereka yang menggunakan kacamata Qur'an. Jangankan 100 hari, 1,000 tahun bertukar tahun tidak akan ada perubahan dan pembaikan, kerana menurut kacamata Qur'an, orang-orang yang tidak beriman kepada Qur'a, atau beriman tetapi tidak mau menjadikan Qur'an sebagai cahaya yang menerangi kehidupan di dunia ini, ibarat orang-orang yang mati dan berada dalam pelbagai kegelapan.

Orang-orang seperti ini mustahil mampu keluar dari berbagai permasalahan yang dihadapi, apalagi mengeluarkan orang lain dari pelbagai permasalah hidup ini. Amal perbuatan mereka bagaikan fatamorgana, tersesat dan tidak akan pernah medapat jalan keluar, khususnya keluar meraih keredhaan, keberkatan dan rahmat Allah. Ajaibnya, mereka mengiranya sedang berbuat baik dan yang terbaik untuk kehidupan. (QS.Al-Kahfi: 103 - 105)

Nah, jamaah sekalian ... Kalau kita mau hidup dan di dalam kehidupan ini ada cahaya Allah yang menerangi perjalanan dan aktiviti hidup kita, maka yakinilah Qur'an itu sebagai dustrul hayah dan dustur daulah. Sebagai bukti orang yang hidup, bawa cahaya itu ke tengah masyarakat di mana kita tinggal bersama mereka, apapun profesi kita serta apa-apa risikonya.

Kerana untuk boleh menjadi orang-orang yang hidup dan mendapatkan cahaya Qur'an tidak cukup hanya slogan dan tuntutan belaka. Kita harus bermula dari diri sendiri, kemudian diteruskan di rumah tangga, masyarakat dan sampai ke Negara. Itulah satu-satunya cara agar kita boleh hidup dan tidak menjadi bangkai-bangkai yang berjalan di atas muka bumi ini. Allahumahdina fi man hadait !!!

*Sumber dari eramuslim.com

Monday, January 26, 2015

Kisah Hidup Raja Faisal al Saud, Raja Arab Saudi Yang Berani!


Raja Faisal adalah ketua negara Arab Saudi yang paling menyerlah hingga kehari ini. Baginda pernah dinobatkan sebagai Man of the Year 1974 oleh majalah TIME, sebuah media massa terkemuka di Amerika Syarikat. Namun penobatan itu bukan kerana Raja Faisal disenangi oleh Amerika, tapi sebaliknya dia adalah orang yang pernah menyerang pemerintah Amerika, bahkan hampir membuat negara itu lumpuh akibat embargo minyak yang dilakukannya.

Nama penuh beliau adalah Faisal Ibnu Abdul Aziz Ibnu Abdul Rahman Ibnu Faisal As-Saud. Ia dilahirkan pada bulan April 1906. Raja Faisal adalah putera Raja Abdul Aziz ibnu Saud pengasas dinasti Saud di Jazirah Arab, sekaligus pengasas Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1932.

Raja Faisal juga dari keturunan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang dikatakan pengasas Wahabiyah, melalui ibunya. Wahabi adalah suatu gerakan reformasi dan penulenan keagamaan Islam yang menjadi penyokong utama Raja Abdul Aziz ketika mendirikan Kerajaan Arab Saudi.

Pendidikan Raja Faisal asasnya adalah pendidikan agama. Di dalam keluarganya dia yang paling menonjol. Debat pertamanya adalah ketika di usia remajanya, iaitu ketika berumur 13 tahun, Raja Faisal berkesempatan menjadi orang pertama dalam keluarganya yang mengunjungi Britain dan Perancis, selepas Perang Dunia I. Di sana baginda dianugerahkan pingat St. George dan pingat St. Michael dari Raja United Kingdom. 

Pada umur 16 tahun Raja Faisal telah diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin sebuah ekspedisi untuk menumpaskan pemberontakan sebuah suku di Asir, bahagian Selatan Hijaz. Kemudian pada umur 19 tahun baginda menjadi komandan pasukan yang menawan kota Jeddah dari suku Hashemit, rival dinasti Arab Saudi.
Ayahnya menabalkan Raja Faisal menjadi Raja Muda Hijaz pada tahun 1926. Setelah itu pada tahun 1930 ia dilantik menjadi menteri luar negara. Raja Faisal mencapai puncak karier ketenteraannya pada tahun 1934 dengan kenaikan pangkat yang cepat setelah menawan pelabuhan Hoderida sewaktu perang singkat melawan Yaman.

Baginda pergi ke Amerika Syarikat untuk pertama kalinya pada ketika bermulanya Perang Dunia II. Raja Faisal kembali setelah perang itu berakhir tahun 1945. Baginda turut serta dalam peristiwa penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di San Fransisco pada 24 Oktober 1945 sebagai wakil Arab Saudi. 

Ketika ayahnya, Raja Abdul Aziz, wafat pada tahun 1953, abang Raja Faisal yang bernama Saud menggantikannya. Raja Faisal menjadi putera mahkota Saud. Setahun kemudian pada tahun 1954, Raja Faisal dilantik menjadi Perdana Menteri Arab Saudi.

Satu krisis kewangan pemerintah yang parah pada tahun 1958 mendorong pengalihan kekuasaan pemerintahan secara penuh kepada Raja Faisal. Sehingga Raja Saud hanya sebagai simbol negara sahaja.

Pada tahun 1964, akhirnya Raja Saud diturunkan dari tahtanya, digantikan oleh Raja Faisal. Raja baru ini kemudian bekerja dengan penuh semangat untuk menyatukan dunia Islam dan dunia Arab, sehingga menjadi pemimpin yang menonjol di dunia Islam dan Arab. 

Salah satu peranan pentingnya adalah turut mempelopori lahirnya OIC. Ini didorong oleh keinginannya yang kuat untuk mempersatukan dunia Islam dan mempereratkan ukhuwah Islamiyah. 

Raja Faisal terkenal sebagai raja yang soleh dan sangat mengambil berat kesejahteraan rakyatnya. Salah satu langkah awal dari program Raja Faisal untuk mensejahterakan rakyatnya adalah me-'rumah'-kan rakyatnya. Hal ini kerana majoriti rakyatnya adalah orang-orang Badwi yang memiliki pola hidup secara nomad (berpindah-pindah tempat tinggal) di padang pasir. Raja Faisal berpendapat cara hidup seperti ini susah untuk membuat rakyat sejahtera. 

Untuk itu Raja Faisal membangunkan prasarana seperti jalan beraspal(tar), perumahan buat yang layak dan membuka lapangan pekerjaan di berbagai bidang untuk seluruh rakyatnya. Raja Faisal juga membuat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Sebelum beliau menjadi pemerintah, perempuan tidak diberi kesempatan untuk memasuki sekolah. Sejak zaman pemerintahan Faisal wanita telah digalakkan untuk bersekolah. "…untuk pertama kali kita mengalakkan anak-anak perempuan untuk belajar di sekolah negeri," kata Raja Faisal, dipetik dari majalah National Geographic, edisi Januari 1966. 

Dengan pembinaan jalan-jalan aspal (tar) moden di gurun-gurun pasir Arab Saudi maka perjalanan di gurun menjadi jauh lebih singkat. Sebuah perjalanan yang sebelum ini ditempuh 3-4 hari menjadi hanya 6-7 jam. Sudah tentu suasana ini mampu menggerakkan ekonomi negara. Lalu lintas pun jadi semakin ramai. Gudang-gudang, apartmen-apartmen, dan hotel-hotel berdiri dalam waktu singkat. Pemandangan itu mendominasi langit Makkah, Madinah, Jeddah, dan Riyadh. 

Pada masa awal pemerintahan Raja Faisal itu pula ditemui kawasan-kawasan minyak baru di perairan Arab Saudi, terutama di kawasan pantai kota Dahran. Penemuan ini jelas memberi impak positif bagi program pembangunan yang dicanangkan oleh Raja Faisal. Penemuan emas hitam itu membenarkan janji Allah dalam Al-Quran,surah al-A’raaf, 7: 96 "Jika penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, Allah akan menurunkan berkah dari langit dan bumi."

Sejak itu Arab Saudi menjadi negara dengan sumber minyak bumi terbesar di dunia. Seluruh Timur Tengah pada tahun 1968 menghasilkan 3,8 tong minya pertahun, terbesar di dunia. Cadangan minyak yang belum digali ada 248 tong. Saingan terdekatnya adalah Afrika yang kawasan minyaknya 42,5 tong minyak.

Keadaan itu menjadikan negara-negara di kawasan Timur Tengah mempunyai posisi tawaran tinggi dalam politik ekonomi minyak melawan Soviet Union dan Amerika. Inilah yang disebut senjata minyak, kerana jumlah penggunaan minyak tertinggi adalah negara-negara industri iaitu Amerika, Jepun dan benua Eropah.

Dalam perang Enam Hari antara negara-negara Arab melawan Israel pada bulan Jun 1967, Arab Saudi tidak melibatkan tenteranya. Namun pemerintah negara itu memberikan subsidi ekonomi yang tinggi kepada negara-negara Arab yang memerangi Israel, iaitu Mesir, Jordan dan Syria.

Pada Perang Yom Kippur tahun 1973, perang besar kedua antara Arab Israel, Arab Saudi kembali mengambil peranan besar dalam mewarnai perang itu. Perang itu disebut Perang Yom Kippur kerana peperangan itu terjadi pada hari raya umat Yahudi, Yom Kippur. Kadangkala disebut juga Perang Badar Baru kerana terjadi pada bulan Ramadhan. 

Berkat bantuan itu, pasukan Mesir yang terdiri dari sukarelawan Ikhwanul Muslimin dan tentera biasa Mesir telah memperoleh kemenangan yang gemilang. Pasukan Israel terpaksa berundur ke tepi timur Terusan Suez dan berundur dari sebahagian Semenanjung Sinai.

Kemenangan ini juga berkat strategi yang hebat. Pada ketika pasukan Mesir menyerang dari arah Barat, pada waktuyang sama tentara Iraq dan Jordan menyerang dari arah timur, tentara Syria dan Lubnan dari arah utara, serta mujahidin Palestin dari dalam kota-kota di wilayah penjajahan Israel. Sebahagian besar peruntukan kewangan untuk perang ini ditanggung oleh Arab Saudi.

Oleh kerana Amerika Syarikat dan negara-negara industri Eropah menjadi pembantu penuh Israel, Raja Faisal kemudian menggunakan minyak sebagai salah satu senjata perangnya. Ia memimpin embargo minyak kepada negara-negara Barat. 

Akibatnya industri dan pengangkutan di negara Barat menjadi lemah dan Amerika terpaksa menghentikan sementara bantuannya kepada Israel. Untuk mengatasi krisis minyak ini, Presiden AS Richard Nixon telah campur tangan secara lansung. Beliau segera mengunjungi Raja Faisal di negaranya pada bulan Jun 1974 dan memintanya menghentikan embargo minyak dan perang Arab-Israel. Dengan penuh izzah Raja Faisal berkata, "Tidak akan ada perdamaian sebelum Israel mengembalikan tanah-tanah Arab yang dirampas pada tahun 1967!" Alhasil Nixon pulang ke negaranya dengan tangan kosong.

Penolakan itu jelas membuat Amerika merasa geram. Dalam diam mereka telah merancang sebuah operasi untuk menyingkirkan Raja Faisal. Pada tarikh 25 Mei 1975 Raja Faisal telah mangkat akibat dibunuh oleh anak saudaranya sendiri di istananya. Siasatan rasmi menyatakan pembunuhan itu dilakukan oleh anak saudaranya sendiri (tanpa campur tangan asing). Namun ramai yang yakin Amerika dengan CIA berperanan menjadii dalang pembunuhan tersebut.

Selamat jalan wahai raja yang adil dan berani. Semoga Allah menempatkan engkau bersama para syuhada di syurga-Nya. Wallahu a'lam bish-shawab.

Sunday, January 25, 2015

Freemason Hanya Dibentuk Oleh 9 Orang

sejarah freemason

FREEMASON terdiri dari dua kata, 'free "' dan" mason ". Free artinya merdeka dan mason artinya tukang bangunan. Freemason bermakna tukang bangunan yang merdeka. Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa yang tidak ada hubungannya dengan tukang-tukang bangunan yang terdapat pada abad-abad pertengahan.

Freemason di atas juga tidak ada kaitan dengan aktiviti pembinaan kapal atau gereja besar seperti yang banyak diduga oleh sebahagian orang.

Tetapi organisasi Freemason ini selalu bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang ditempatinya. Juga berusaha merosakkan bangsa dan pemerintahan bukan Yahudi (Goyim, pen.)

Tujuan akhir dari gerakan Freemason adalah mengembalikan bangunan Haikal Sulaiman1) yang terletak di Masjidil Aqsa, daerah Al-Quds yang diduduki Israel, mengibarkan bendera Israel serta mendirikan pemerintahan Zionis Antarabangsa, seperti yang diterapkan dalam Protokol para cendekiawan Zionis.

Buku Protokol ini mengandungi langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh para hakhom, catatan pembicaraan yang dilakukan di dalam tiap mesyuarat mereka, serta berisikan dua puluh empat bahagian (ayat) yang merangkumi rancangan politik, ekonomi dan kewangan, dengan tujuan menghancurkan setiap bangsa dan pemerintahan non -Yahudi serta menyiapkan jalan penguasaan bagi orang-orang Yahudi terhadap dunia Antarabangsa.

Seorang hakhom bernama Ishaq Weis2 di dalam majalah Israel-Amerika mengatakan: "Freemason menurut sejarahnya, darjah dan pengejarannya merupakan sebuah yayasan Yahudi. Kata-kata laluan dan upacara ritual yang ada di dalam Freemason dari A sampai Z-nya adalah berjiwa Yahudi. "

Freemason adalah nama baru dari gerakan rahasia yang dibuat oleh sembilan orang Yahudi di Palestin pada tahun 37 M, yang dimaksudkan sebagai usaha untuk melawan agama Masehi, pemeluk-pemeluknya dengan cara pembunuhan orang per orang.

Kemudian datanglah Islam menghadapi gerakan rahsia ini sebagaimana agama Masehi dahulu menghadapi kekuatan tersebut yang menggunakan senjata yang sama. Freemason meletakkan dirinya sebagai musuh terhadap agama Masehi dan agama Islam. Pada tahun 1717 M gerakan rahsia ini melangsungkan seminar di London di bawah pimpinan Anderson.

la secara formal menjabat sebagai kepala gereja Protestan, tetapi pada hakikatnya adalah seorang Yahudi.

Dalam seminar inilah gerakan rahasia tersebut memakai nama Freemason sebagai nama barunya. Freemason terbahagi ke dalam tiga jenjang:

1) Freemason Simbolik Umum,
2) Freemason Kerajaan (Royal),
3) Freemason Alam Semesta. []

Sumber: Al-ahdaf al-mu'linah wal-asrar a-khafiyah liandiyati ar-putar wal-masoniyah / RAHASIA GERAKAN FREEMASONRY DAN ROTARY CLUB / Pustaka Al Kautsar, 1993 / September 1993

*Sumber dari islampos.com

Saturday, January 24, 2015

Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin

mujahidin islam

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ

"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah. "(HR Abu Dawud 3737)

Saudaraku, sebahagian pemerhati tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah meninggal dunia itu? Sebahagian spekulasi bahawa yang dimaksudkan adalah Saddam Husein (atau Raja Abdullah?). Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berpanjangan. Wallahua'lam bish-showwab. Bila analisa ini benar bermakna dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai'atan paksa Imam Mahdi di depan Kaabah.

Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bermakna Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir ... Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu 'alaih wa sallamsebagai berikut:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
"Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi." (HR Abu Dawud 4074)

Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin ...

*Sumber dari eramuslim.com

Friday, January 23, 2015

Apakah Kematian Raja Abdullah Pertanda Kehadiran Imam Mahdi?

saudi suksesi

Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya akan kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;

عن رسول الله (ص):

(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان, إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد, وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئا, يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه, أعادها ثلاثا; بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة)

مئتان وخمسون علامة: 122

fahdAkan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - Diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Kita tahu bahawa Raja Abdullah adalah raja yang menggantikan Fahd, makna nama Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang. 

Raja Abdullah hari ini telah meninggal dunia, dan Raja Salman bin Abdul Azis sebagai penggantinya

Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

Keputusan melantik pengganti Abdullah dari ahli keluarga yang paling tua iaitu Salman bin Abdul Aziz al-Saud tidaklah mengejutkan.

Salman yang 12 tahun lebih muda dari Raja Abdullah, sebelum ini memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun 2012 yamg lalu. Semasa menjadi gabenor beliau telah menjadikan Riyadh (Najd) ibu negara Saudi itu dari sebuah bandar biasa menjadi bandar metropolis seperti Dallas, penuh dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi di dunia, Kingdom Tower yang dimiliki oleh Putera al-Waleed bin Talal.

Sepeninggal Salman kelak, Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, sudah berumur tua juga, yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz,; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman. Tetapi keputusan Saudi saat ini menentukan Muqrin sebagai wakil putera mahkola paska Raja Salman.

Negara Saudi ini terkenal dengan "Piagam Abdul Aziz" yang tertulis, "selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah kepada cucu-cucu saya", bahaya perselisihan akan bakal terjadi tentang siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya anak anak Abdul Azis sudah meninggal dunia. Kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telah lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan untuk mengambil alih takhta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut haknya.

Pastinya AS dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris takhta negara tersebut sepihak dengannya. AS sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan negara Israel dan pendudukannya atas Baitulmaqdis.

Penguasaan atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan AS dan Israel atas dunia keseluruhannya.

Menurut nubuwah, justru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan "2 Tanah Suci" (Makkah dan Madinah) dari penguasaan AS dan konco konconya.

tentera-berkudaMungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah "permulaan akhir zaman" yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida '(padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai'ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan beliau. "; - [Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Rasulullah diam dan kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kami .. ?? ", beliau SAW kemudian menjawab:" dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah !, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk syaitan! "(Sahih Al Bukhari)

*Sumber dari eramuslim.com

Thursday, January 22, 2015

Lima (5) Hak Bagi Seorang Muslim Terhadap Saudaranya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
  1. Menjawab salam. An-Nisaa [86] Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”
  2. Mendoakan kepada orang yang bersin. Selepas seseorang bersin hendaklah dia mengucapkan “alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah”(semoga Allah merahmati kamu) sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu, serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.(Semoga allah rahmati kita semua dan diberi hidayah olehnya).
  3. Menyahut undangan, iaitu menghadiri undangan misalnya majlis perkahwinan adalah sunat (bukannya wajib) dengan syarat majlis itu tidak mengandungi perkara haram seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dan tidak diselingi muzik. Mengikut para ulama terdahulu, misalnya Abdullah Bin Masud adalah berdosa sekiranya seseorang itu makan sambil diringi muzik atau di tempat yang didendangkan muzik.
  4. Menziarahi orang sakit. Sunnah dalam menziarahi orang yang sakit ialah tidak terlalu lama melawatnya agar pesakit itu tidak terbeban melayan pelawatnya. Berilah harapan agar dia cepat sembuh, misalnya dengan berdoa “mudah-mudahan Allah cepat sembuhkan kamu, InsyaAllah, jangan bimbanglah”
  5. Mengiringi jenazah. Dalam mazhab Hanafi, jenazah dihantar terlebih dahulu sebelum orang ramai pergi ke kubur. Dalam mazhab Syafie pula orang ramai pergi dahulu ke kubur sebelum jenazah mengikuti dari belakang. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dari hadith-hadith.

Wednesday, January 21, 2015

Kehebatan Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam).” (Riwayat Bukhari & Muslim)

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:
Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata: “(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).” (Riwayat Muslim)

(Surah AL-BAQARAH: 285-286):

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

*Sumber dari 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam