Wednesday, September 30, 2015

Gambar: Pelaksanaan Ibadah Haji 100 Tahun Lalu

Gambar Ka’bah di tahun 1910
ka'bah
Foto Bab Salam di tahun 1907, salah nama satu pintu di Masjid Nabawi
Haji - bab salam
Gambar Masjid Khaif di awal abad ke 20
haji - masjid khaif
Rombongan para calhaj di awal abad ke 20 sedang membawa Hawdag
haji - Houdug
Suasana cukur rambut setelah selesai melaksanakan manasik ditahun 1953
haji - tahalul
Salah satu pintu masuk kota Makkah ditahun 1953.
haji - salah satu pintu makkah
*Sumber eramuslim.com

Tuesday, September 29, 2015

6 Adab Berziarah ke Masjid Nabawi

JIKA anda diberikan kesempatan untuk melakukan perjalanan ke Madinah, maka tidak lengkap jika tidak berziarah ke Masjid Nabawi. Namun, apa yang harus dilakukan ketika anda berada di sana? Berikut beberapa adab yang perlu anda ketahui apabali telah sampai di tempat suci Masjid Nabawi:

1. Disunnahkan bagi anda pergi ke Madinah kapan saja, dengan niat ziarah ke Masjid Nabawi dan solat di dalamnya. Kerana solat di Masjid Nabawi lebih baik dari seribu kali solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram sebagaimana sabda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam.

2. Ziarah ke Masjid Nabawi ini sama sekali tidak ada hubungannya dengan ibadah haji, oleh kerana itu tidak perlu berihram maupun membaca talbiyah.

3. Apabila anda telah sampai di Masjid Nabawi, masuklah dengan mendahulukan kaki kanan, bacalah: Bismillahirrahmaanirrahim dan shalawat untuk nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dan mohonlah kepada Allah agar Dia membukakan untuk anda segala pintu rahmat-Nya, dan bacalah:
?
"Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung kepada wajah-Nya yang Maha Mulia, dan kepada kekuasaan-Nya Yang Maha Dahulu (qadim), dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, bukakanlah bagiku segala pintu rahmat-Mu. "

Doa ini juga dianjurkan untuk dibaca setiap masuk masjid-masjid yang lain.

4. Setelah memasuki masjid Nabawi, segeralah anda melakukan solat tahiyatul masjid. Afdhalnya, solat ini dilakukan di Raudhah, jika tak mungkin, lakukanlah di tempat lain di dalam masjid itu.

5. Kemudian Tujulah makam Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan berdirilah di depannya menghadap ke arahnya, kemudian ucapkanlah dengan sopan:

"Semoga salam sejahtera, rahmat Allah dan berkah- Nya terlimpah kepadamu wahai Nabi (Muhammad)"

"Ya Allah, berilah beliau kedudukan tinggi di sorga serta kemuliaan, dan bangkitkanlah beliau di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya. Ya Allah, limpahkan kepadanya sebaik-baik pahala, beliau yang telah menyampaikan risalah kepada umatnya. "

Kemudian beranjaklah sedikit kesebelah kanan, agar dapat berada dihadapan makam Abu Bakar radiallahuanhu, ucapkanlah salam kepadanya dan berdoalah memohonkan ampunan dan rahmat Allah untuknya. Kemudian bergeserlah lagi sedikit kesebalah kiri, agar anda dapat berada dihadapan Makm Umar radiallahuanhu, ucapkanlah salam dan berdoalah untuknya.

5. Disunnahkan bagi anda berziarah ke masjid Quba dalam keadaan telah bersuci dari hadats, dan lakukan solat di dalamnya, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melakukan hal itu dan menasihatkan.

6. Disunnahkan pula bagi anda berziarah ke pemakaman Baqi, Makam Utsman radiallahuanhu (di Baqi) dan juga makam para syuhada Uhud dan makam Hamzah radiallahuanhu, ucapkanlah salam dan berdoa untuk mereka, karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah menziarahi mereka dan berdoa untuk mereka , dan beliau pun mengajarkan para shahabat, apabila mereka berziarah agar mengucapkan:

"Semoga salam sejahtera terlimpahkan untuk kamu sekalian, wahai para penghuni kubur yang mu'min dan yang muslim, dan kamipun insya Allah akan menyusul kamu sekalian, semoga Allah mengurniakan keselamatan untuk kami dan kamu
sekalian. "

Di Madinah Munawwarah tidak ada masjid ataupun tempat yang disunnahkan untuk diziarahi selain Masjid Nabawi dan tempat-tempat tersebut di atas, oleh kerana itu janganlah memberatkan diri atau berpayah-payah mengerjakan sesuatu yang tidak ada pahalanya, bahkan mungkin akan mendapat dosa kerana perbuatan tersebut. Wallahu'alam []

Sumber: Disadurulang oleh: Erwandi Tarmizi. 1431 H - 2010M. Penggunaan Haji dan Umrah (Bahasa Indonesia). Maktab Dakwah Dan Bimbingan Jaliyat Rabwah.

Monday, September 28, 2015

Para Pemanah di Zaman Rasulullah


MEMANAH adalah satu di antara tiga aktiviti yang dianjurkan Rasulullah SAW. yakni berkuda, berenang dan memanah.

Dalam sebuah hadis disebutkan keutamaan memanah, "Sesiapa yang menembak satu panah kepada musuh baik kena atau tidak kena, pahalanya bersamaan dengan memerdekakan budak." (HR. Ibnu Majah 2286, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibnu Majah)

Di zaman Rasulullah, ada banyak sahabat yang ahli dalam memanah. Kerana kemahiran ini, mereka mendapat peluang untuk turut serta berjuang ke medan perang.

1. Rafi bin Khadij RA

Usianya baru 15 tahun kala itu. Kaum muslimin tengah giat menyiapkan segala peralatan dan kekuatan menghadapi perang uhud. Salah satu perang paling menyejarah dalam perjuangan umat Islam. Tak hanya para lelaki dewasa yang bersemangat. Para remaja belia pun tak mau ketinggalan. Mereka bergegas mengambil peranan dalam perjuangan Islam. Salah satunya adalah Rafi bin Khadij.

Khadij adalah nama sang ayah. Ialah yang menemui Rasulullah dan memohon agar putra kesayangannya dibenarkan ikut berlaga di medan perang. Khadij menyampaikan kemampuan yang dimiliki Rafi yakni memanah dan bermain tombak. Saat bertemu Rasulullah, Rafi berdiri dengan berjinjit, itu ia lakukan agar kelihatan lebih tinggi. Rasulullah mengamati dengan teliti kemampuan Rafi, sebelum akhirnya beliau mengizinkannya. Dalam Perang Badar, Rafi pernah meminta izin ikut, namun Rasulullah dengan tegas melarangnya.

Dalam perang Uhud tersebut Rafi terkena panah di dada, di bahagian bawah ketiak. Darah mengalir dari lukanya, seraya menahan sakit ia mendatangi Rasulullah seraya berkata, "Wahai Rasulullah, tolonglah anak panah ini dicabut."

Rafi berharap dengan bantuan Rasulullah lukanya lekas bertambah baik dan ia boleh ikut meneruskan berperang. Rupanya Rasulullah memberikan pilihan yang tak biasa. Beliau berucap, "Hai Rafi, aku boleh mencabut panah ini beserta mata panahnya dan engkau akan segera sembuh. Tetapi jika engkau mau, aku akan mencabut panah ini dan meninggalkan mata panahnya di tubuhmu, dan aku akan memberi keterangan pada hari kiamat bahawa engkau mati syahid. "

Rafi memilih agar mata panah itu tetap di tubuhnya. Demikian hingga ia terpulang kepada Rabbnya pada zaman khalifah Muawiyah.

2. Sa'ad bin Abi Waqash

Sa'ad bin Abi Waqqash bin Wuhaib bin 'Abdi Manaf berasal dari Bani Zuhrah. Ia merupakan bapa saudara Rasulullah dikenal sebagai sosok yang berani, kuat dan bersungguh dalam keimanan. Salah satu kegemaran dan kepakaran Sa'ad bin Abi Waqqash adalah memanah.

Bukti kuatnya iman Sa'ad tercermin dalam kalimat, "Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan agamaku dan tidak akan berpisah darinya." Tak heran ketika sang ibu memaksanya keluar dari Islam. Dalam keadaan lemah dan sakit, ibunya terus meminta agar Sa'ad keluar dari Islam. Berharap agar Sa'ad merasa iba dan keluar dari Islam. Namun ia tetap kukuh, "Wahai Ibu, demi Allah, andai engkau mempunyai tujuh puluh nyawa yang keluar satu demi satu, maka aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku untuk selama-lamanya."

Sa'ad disebut sebagai orang pertama yang melemparkan anak panah dalam perjuangan di jalan Allah.

"Aku adalah orang ketiga yang paling dulu masuk Islam, dan aku adalah orang yang pertama kali memanah musuh di jalan Allah.". Dia adalah orang ketiga yang paling dulu masuk Islam, dan orang pertama yang memanah musuh di jalan Allah.

Dalam sebuah peperangan, dengan keahlian memanahnya, ia mampu menewaskan banyak musuh. Setiap lemparan panahnya mengenai orang musyrik hingga tewas. Ia lalu mengambil anak panah lagi dan melemparkannya. Hal itu ia ulangi hingga beberapa kali. Demikianlah, sehingga panahnya mampu membunuh banyak musuh. Sa'ad pun mengambil panahnya, kemudian berucap, "Ini adalah panah yang diberkati Allah."

*sumber dari www.islampos.com

Sunday, September 27, 2015

Penghayatan Islam Di Jepun


Japan’s Muslim Friendly Airports

International airports in Japan have opened new prayer rooms as well offering halal food for Muslims, amid a wider plan to make Japanese ports more Muslim friendly.
Japan will forever be ahead of the so-called “progressive West”.

Nota:

Apabila Islam tidak menjadi warisan secara percuma membuat Islam dianggap amat berharga dan Allah SWT amat Besar Disisi mereka.Semua firman Allah SWT amat suci di sisi mereka. Sedangkan umat Islam sendiri tidak yakin dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran kerana mereka tidak memiliki ilmu malah keimanan mereka hanya diatas budaya ikut-ikutan sahaja. Maha Suci Allah SWT Dalam Memuliakan Golongan Yang Allah SWT Angkat Kedudukan Mereka Kerana Ilmu.

*sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Kisah Sheikh Abdul Qadir Jailani

imagesWK9K2VI0

Sheikh Abdul Qadir Jailani terkenal sebagai salah seorang ulama besar pada masanya. Malah beliau juga dikenal mempunyai banyak keramah dan tokoh Tariqat Al Qadiriyah. 

Beliau adalah daripada keturunan Rasullulah saw  dan menuntut berbagai bidang ilmu agama di Parsi dan Baghdad dari berpuluh orang ulama besar hingga beliau menjadi alim dan mempunyai ramai muridnya sendiri di kota Baghdad, Iraq. 

Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah saw dan baginda telah meludah ke dalam mulutnya tujuh (7) kali. Sejak peristiwa itu beliau menjadi lebih pintar menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai dan banyak ilmu hakikat yang diperolehinya. 

Bagaimanapun, untuk mencapai ilmu hakikat kurniaan Allah itu beliau pernah mengasingkan diri selama berpuluh tahun untuk beribadat, berpuasa, berzikir, dan membaca al-quran khatam setiap malam. 

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada sekumpulan ulama hendak menguji ilmu beliau lalu mereka mengundang beliau hadir ke majlis itu, tetapi tidak ada seorang pun yang berani bercakap. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan ingatan mereka hilang sekaligus. 

Akhirnya sheikh Abdul Qadir mengangkat kepalanya dan meminta mereka mula berbicara. Tetapi orang yang mula berbicara terus meminta maaf kepadanya kerana berniat buruk terhadapnya. 
Kemudian beliau pun menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya hingga semuannya berpuas hati. 
Sheikh Abdul Qadir adalah seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat siang dan malam, sentiasa berwuduk dan solat sunat dua rakaat. 

Syeikh Abdul Fattah Al Harawi, khadamnya yang berkhidmat selama 40 tahun berkata : “Pada suatu malam aku melihat beliau solat sunat 2 rakaat, kemudian berzikir sampai tiga perempat malam yang pertama. 

“Selama berzikir itu aku lihat tubuhnya diselimuti oleh semacam nur hingga tubuhnya tidak kelihatan. Kemudian beliau berdiri dan solat sunat dengan memanjangkan bacaan al-quran dan sujudnya. 

Sesudah itu beliau berzikir lagi hingga terbit fajar. Pada saat-saat akhir aku dengar suara orang memberi salam dan beliau menjawab salam itu satu persatu sampai tiba solat subuh.”

Sheikh Abdul Qadir pernah menceritakan pengalaman dirinya sendiri waktu dia masuk ke negeri Iraq dan dapat berjumpa dengan Khidir seperti pertemuan pertemuan Khidir dengan Nabi Musa dahulu (baca kisah pertemuan ini dalam surah al-Kahfi). 

Khidir menyuruh beliau duduk di suatu tempat hingga dia datang lagi.”Aku duduk di situ selama setahun hingga Khidir datang lagi. Pada mulanya Sheikh Abdul Qadir makan daun kayu dan rumput untuk hidup dan minum air. 

Selama setahun, beliau berpuasa dan tidak tidur. Akhirnya pada suatu malam yang dingin dia merasa mengantuk dan tertidur. Dalam tidurnya itu dia ihtilam (mimpi jimak ) hingga keluar mani. Lalu dia mandi wajib di dalam sungai. Sesudah itu dia tertidur lagi dan ihtilam lagi berkali sebanyak 40 kali. 

Akhirnya beliau berjaya melawan tabiat tidurnya dan beribadat tanpa tidur lagi. 

Diriwayatkan bahawa seorang ibu pernah membawa puteranya kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani untuk diajar semoga anak itu akan menjadi seperti beliau. Anak itu, pun disuruhnya beribadat siang dan malam serta mengurangkan tidur dan makan. 

Pada suatu hari ibunya datang dan melihat tubuh anaknya kurus dan lemah lalu dia pergi menemui Syeikh Abdul Qadir. Dilihatnya beliau makan ayam di atas meja. Wanita itu pun menyatakan kesalnya kerana anaknta sendiri kelihatan kurus dan lemah.

imagesWK9K2VI0

Syeikh Abdul Qadir pun meletakkan tangannya di atas tulang-tulang ayam di dalam pinggan itu dan berkata:”bangkitlah wahai ayam dengan izin Allah.” Si ibu itu kehairanan melihat tulang-tulang ayam tadi bertukar menjadi ayam yang hidup. “Kalau puan mahu anak puan makan makanan yang baik-baik bersabarlah sampai dia menjadi seperti saua.” 

Syeikh Al Harawi melaporkan bahawa pada suatu hari beliau melihat 3 ekor kuda menarik kereta yang berisi khamar (arak). Perjalanan kereta itu dikawal beberapa askar menunjukkan khamar itu kepunyaan kerajaan. 

Syeikh Abdul Qadir menyuruh para pengawal itu berhenti,namun tiada seorang pun yang sanggup mengikut perintahnya. Kemudian Sayid Abdul Qadir berkata kepada kuda-kuda itu:”Wahai kuda berhentilah kamu dengan izin Allah.” Mala kuda-kuda itu pun berhenti.

Syeikh Abdul Qadir mengambil botol-botol khamar itu dan memecahkannya dengan katanya :“Khamar ini telah menjadi cuka dan tidak boleh diminum lagi.” 

Syeikh Al Harawi berkata :”Aku menjamah isi botol yang pecah itu dan bila aku rasa memang isinya telah bertukar menjadi cuka.” 
Diriwayatkan pada suatu hari Sayid Abdul Qadir berada dalam sebuah majlis muridnya, tiba-tiba ada seekor burung helang berlegar-legar sambil membuat bising di atas kepala mereka. 

Syeikh Abdul Qadir berkata:“Wahai angin, putuskanlah kepala burung itu.” Dengan izin Allah burung itu jatuh dan kepalanya telah putus. 

Kemudian beliau pun mengambil badan burung itu, dan kepalanya sambil berkata:”Bismillahir Rahmanir Rahim” hiduplah wahai burung.” Maka burung yang mati itu hidup kembali. Hal ini disaksikan oleh orang ramai di majlis itu. 

Pada suatu masa sungai Tigris di Iraq naik sampai ke tebingnya akibat hujan lebat. Penduduk Baghdad jadi ketakutan kerana arus sungai yang deras boleh merosakkan harta benda dan tanaman mereka. 

Mereka pergi menemui Abdul Qadir Jailani meminta pertolongannya. Beliau pun pergi ke tebing sungai itu. Sambil menyentuhkan hujung tongkat itu ke tebing sungai dan berkata:”Hai Tigris, tetaplah kau pada had ini sahaja dengan izin Allah.” 

Air sungai Tigris itu pun surut pada garis yang ditandakan oleh beliau dengan tongkatnya dan penduduk Baghdad pun terselamat. 
Diriwayatkan pada suatu masa Khalifah yang berpusat di kota Baghdad telah datang orang membawa wang emas untuk dihadiahkan kepada Syeikh Abdul Qadir. Ketika kantung wang emas itu diletakkan dihadapannya beliau menekankan tangannya pada kantung itu lalu mencurahlah darah keluar daripada dalamnya. 
Beliau berkata:”Tuan hamba telah mengambil wang ini secara paksa dari orang ramai. Wang ini sebenarnya adalah darah mereka yang tuan peras.” 

Mendengar kenyataan itu, khalifah itu rebah pengsan. 
Syeikh Abdul Qadir Jailani wafat pada bulan Rabiul Awal tahun 561H ketika berumur 91 tahun. Makamnya di Baghdad diziarahi oleh beribu-ribu orang islam setiap hari hingga sekarang. 

Tuesday, September 22, 2015

Hebatnya Tanah Liat


An-Nahl Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam kristal, batu-batu permata, dan sebagainya. Ahli sains telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat (misalnya bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.

Kita telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.


“Yutimmu Ni’matahu” (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string dan pancaran radiasi. Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka.

Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.

Monday, September 21, 2015

Bahaya dan Kesan perasaan Ujub


Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa misalnya:

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”(Surah An-Nisaa’, sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya”. (Syarh Arba’in)

Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub ini. Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub.

Sunday, September 20, 2015

Jangan Bersedih, Baca Ini Untuk Gembirakan Hati Anda


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.

Saturday, September 19, 2015

Dajjal Menggunakan Telinganya Sebagai Kenderaan

Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam hakim di dalam mustadraknya menyebutkan .
” Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta ”
Adakah ia Kapal Terbang atau sesuatu yang lain.
Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?
Kalau nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga?
Malaikat yang terbang dan dinyatakan di dalam al-Qur’an Surah Fatir ayat 1 menggunakan sayap.
Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An’am ayat 38.
Serengga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.
Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.
Saya berpendapat Telinga yang di maksudkan di dalam Hadis itu ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.
Telinga itu adalah telinga Satellite :
Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.
Ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.
Kenderaan ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa apa-apapun gambaran atau suara.
Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.
Kenderaan Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar ke TV, atau Telipon atau Computer di rumah-rumah.
Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.
Tanpa Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka sanggup hidup tanpa TV, Telefon dan Computer?
*sumber dari muhdhazrie.wordpress.com

Friday, September 18, 2015

KEPAKARAN PARA NABI DAN RASUL DALAM BIDANG SAINS


Bagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Hari ini admin akan menceritakan sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T. Teruskan membaca di bawah.Sains Nabi Adam
  • Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
  • Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
  • Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
  • Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
Sains Nabi Syith
  • Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
  • Baginda pakar dalam bidang perubatan.
  • Baginda juga pelopor kepada ilmu astrinomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir,Yunani, dan Babylon.
Sains Nabi Idris
  • Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
  • Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
  • Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
  • Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.
Sains Nabi Nuh
  • Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
  • Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
  • Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
  • Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
  • Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T
Sains Nabi Hud dan Salleh
  • Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.
Sains Nabi Ibrahim
  • Nabi Ibrahim pakar dalam bidang aastronomi.
Sains Nabi Sulaiman
  • Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.
Sains Nabi Isa
  • Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.
Sains Nabi Muhammad S.A.W
  • Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
  • Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
  • Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
*sumber dari muhdhazrie.wordpress.com

Thursday, September 17, 2015

10 PERTUBUHAN JAHAT DUNIA

1. Skull and Bones Club
 
Ahli The Skull and Bones (George Bush berdiri di sebelah kiri Jam) [1947]
The Order of Skull and Bones, salah satu pertubuhan di Universiti Yale asalnya dikenali olehBrotherhood of Death (Persaudaraan Kematian). Ia merupakan salah satu pertubuhan rahsia siswa tertua di United States (Amerika). Ia ditubuhkan pada 1832 dan keahliannya hanya dibuka untuk beberapa golongan elit. Pertubuhan ini menggunakan ritual yang diilhamkan dari ritual golongan masonic. Ahli-ahlinya akan berjumpa setiap hari Khamis dan Ahad setiap minggu di dalam bangunan yang mereka gelarkan sebagai “Tomb” (Makam).
Mengikut apa yang dikatakan oleh Judy Schiff, Ketua Aktivis di Perpustakaan Universiti Yale, nama ahlinya tidak dirahsiakan sehingga pada 1970-an, tetapi ritual tetap dilakukan. Kedua-dua Presiden Bush adalah ahli kepada pertubuhan ini semasa mereka menuntut di Universiti Yale dan beberapa ahli yang lainnya telah pergi dengan kemewahan dan kemasyhuran.
Pertubuhan ini dikelilingi dengan pelbagai teori konspirasi : antaranya yang popular di mana kemungkinan idea penubuhan CIA (Central Intelligence Agency) tercetus dari ahli pertubuhan ini. Cia ada menyebut pada 2007 (sama dengan masa zaman filem popular The Good Shephard) di mana ia menafikan bahawa pertubuhan ini adalah inkubator untuk CIA. Anda boleh membacanya di sini.
2. Freemasons
 
Mesyuarat Tahunan Freemasons [1992]
The Grand Masonic Lodge dibina pada 1717 apabila 4 buah lodge (loji) bergabung bersama. Tahap keahlian adalah dimulai dengan darjah pertama dan kedua, tetapi pada tahun 1750-an, ia telah berkembang untuk mencipta darjah ketiga yang akan menyebabkan pepecahan dalam kumpulan. Apabila seseorang mencapai darjah ketiga, mereka akan dipanggil Master Mason.
Mason menjalankan mesyuarat tetap mereka dengan ritual. Ini termasuk banyak rujukan kepada simbol seni bina seperti kompas dan pengukur. Mereka mengatakan bahawa Tuhan sebagai “Arkitek Besar Alam Semesta”. Tiga darjah Masonry adalah :
·         Kemasukan Perintis : ini menjadikan seorang ahli asas kumpulan itu.
·         Felo Kraf : ini adalah darjahpertengahan di mana ahliperlumenimba pengetahuan terhadap Masonry.
·         Master Mason : darjah ini perlu untuk mengambil bahagian dalam kebanyakan aktiviti yang berkaitrapatdengan pertubuhan rahsia.
Beberapa upacara (seperti Scotland Rite) disenaraikan sehingga 33 darjah keahlian.
Para Mason menggunakan tanda dan jabat tangan sebagai salah satu penerimaan kemasukan mereka ke dalam mesyuarat mereka, selain untuk memperkenalkan kepada yang lain yang akan menjadi Masons. Tanda dan jabat tangan tersebut sering berbeza dari satu bidang ke bidang yang lain mengikut peredaran zaman. Ini bagi mengelakkan orang lain untuk masuk ke dalam pertubuhan ini secara penipuan. Para Masons juga akan memakai pakaian yang unik berdasarkan pakaian yang dipakai oleh Stone Masons di zaman pertengahan (Eropah). Ia juga dikenali sebagai apron.
Untuk menjadi Mason, seseorang perlu diiktiraf dan disyorkan oleh Para Mason terdahulu. Dalam sesetengahan kes, seseeorang perlu mendapatkan pengiktirafan sebanyak 3 kali sebelum dapat menyertai pertubuhan ini. Seseorang juga perlu melebihi 18 tahun dan berfikiran waras. Kebanyakan agama di dunia melarang menyertai Mason, seperti Gereja Roman Katholik yang melarang penganutnya menyertai pertubuhan ini.
 
Simbol Rahsia Rosicrucians
Order Rosicrucian umumnya dipercayai hasil cetusan idea oleh sekumpulan pembangkang Jerman di tahun 1600-an apabila satu siri dari 3 dokumen diterbitkan : Fama Fraternitatis Rosae Crucis, Confessio Fraternitatis, danThe Chymical Wedding Of Christian Rosenkreutz Anno 1459. Dokumen ini dibaca secara meluas dan berpengaruh, yang mana ahli sejarah Frances Yeats merujuk kepada abad ke-17 sebagai Zaman Pencerahan  Rosicrucian(Rosicrucian Enlightenment). Dokumen pertama menceritakan tentang persaudaraan rahsia ahli kimia ( Christian Rosicrucian) yang mengembara ke serata tempat di dunia untuk menimba ilmu rahsia. Dokumen yang kedua pula menceritakan persaudaraan rahsia ahli kimia yang bersedia untuk merubah wajah politik dan intelektual di Eropah. Dokumen yang ketiga menerangkan jemputan Christian Rosenkreuzuntuk menghadiri dan membantu di majlis Perkahwinan “Kimia” Raja dan Permaisuri dalam Castle of Miracles.
Ahli-ahli Order Rosicrucian kini mendakwa bahawa asal-usulnya adalah jauh lebih tua daripada dokumen-dokumen ini. Pengarang dokumen nampaknya amat memihak Lutheranism dan termasuk dikutuk oleh Gereja Katholik. Rosicrucianism mungkin mempunyai pengaruh ke atas Masonry dan, sebenarnya, darjah ke-18 Masonry Rite Scotland dipanggil Knight of the Rose Croix(Palang Merah).
Terdapat sebilangan besar kumpulan Rosicrucian hari ini – masing-masing mendakwa berkait rapat dengan kumpulan yang asal. Daripada 2 bahagian utama, satu campuran Kristian dengan prinsip-prinsip Rosicrucian, dan yang lain adalah separuh Masonic. Jenis Masonic juga cenderung untuk mempunyai darjah keahlian.
4. Ordo Templis Orientis
 
Crowley bersama Instrumen OTO
Oto (Order of the Temples of the East) adalah sebuah organisasi yang asalnya telah dimodelkan pada para Masonry tetapi, di bawah kepimpinan “Great Beast” Aleister Crowley, ia mengambil prinsip-prinsip sistem keagamaan yang dipanggil Thelema. Thelema adalah berdasarkan satu undang-undang :
Do what thou wilt shall be the whole of the law, love is the law, love under the will” [1904].
Keahlian berdasarkan darjah permulaan dan ritual yang sangat rahsia digunakan. Oto kini mendakwa terdapat lebih 3,000 ahli di seluruh dunia.
Crowley mencipta “Mass” untuk Oto yang dipanggil Gnostic Mass. Mass yang telah  Crowley huraikan adalah :
“I resolved that my Ritual should celebrate the sublimity of the operation of universal forces without introducing disputable metaphysical theories. I would neither make nor imply any statement about nature which would not be endorsed by the most materialistic man of science. On the surface this may sound difficult; but in practice I found it perfectly simple to combine the most rigidly rational conceptions of phenomena with the most exalted and enthusiastic celebration of their sublimity.”

“Saya memutuskan bahawa ritual saya perlu meraikan keagungan operasi kuasa sejagat tanpa memperkenalkan teori metafizik yang disangsi. Saya tidak akan membuat ataupun membayangkan apa-apa kenyataan tentang sifat-sifat yang tidak akan disahkan oleh seorang lelaki terlalu materialistik terhadap sains. Pemahaman ini mungkin kedengaran sukar, tetapi dalam amalan saya mendapati ia adalah sempurna dan mudah untuk menggabungkan konsep yang paling tegar tentang  rasional fenomena dengan sambutan yang paling dimuliai dan bersemangat dengan keagungan mereka “.
Ritual ini diamalkan dengan menggunakan perawan, kanak-kanak dan para paderinya. Banyak Dewa Mesir Kuno diseru, juga penyeruan syaitan dan pada satu-satu ketika para paderinya perlu mengadakan ritual secara berbogel.
5. Hermetic Order of The Golden Dawn
 
Simbol Golden Dawn
The Order of the Golden Dawn dicipta dan diperkenalkan oleh Dr. William Robert Woodman, William Wynn Westcott, dan Samuel Liddell MacGregor Mathers. Ketiga-tiga mereka adalah ahli Freemasons dan Societas Rosicruciana di Anglia (organisasi yang terikat pada Masonry). Ia dikenali ramai sebagai perintis kepada Ordo Templi Orientis dan majoriti daripadanya adalah kumpulan Occult moden.
Sistem kepercayaan Golden Dawn kebanyakannya telah diambil alih dari mistitisme Kristian, Kabbalah, Hermeticisme, agama dari Mesir Kuno, Freemasonry, Alchemy, Theosophy, Sihir dan tulisan Renaissance. William Yeats dan Aleister Crowly adalah antara yang terkenal di dalam kumpulan ini.
Dokumen asas Order ini dikenali sebagai Dokumen Cipher. Ia telah diterjemah kepada English dengan tulisan rahsia (chiper) yang dikaitkan dengan Johannes Trithemius. Dokumen itu adalah salah satu daripada 60 siri folio yang mengandungi ritual sihir. Struktur asas dari kebanyakan ritual kelihatan seperti berasal dari  Rosicrucianisme. Terdapat pelbagai konspirasi yang dikaitkan dengan asal-usul dokumen ini.
6. The Knights Templar
 
Pedang Templar di Zaman Pertengahan
The Knights Templar (nama penuh : The United Religious, Military dan Masonic Orders of the Temple and of St. John of Jerusalem, Palestine, Rhodes and Malta) adalah pucuk moden dari Masonry dan tidak mempunyai ikatan dengan Knights Templar yang asal (kumpulan tentera yang kuat agama yang ditubuhkan pada abad ke-12). Para ahli Masonic Knights Templar dikatakan tidak terikat secara langsung dengan kumpulan pada Zaman Pertengahan (Eropah), tetapi sekadar menciplak idea dan simbol-simbolnya.
Untuk menjadi ahli kumpulan ini, seseorang perlulah menjadi Christian Master Mason. Organisasi ini adalah berbeza dan bukan hanya berada di tahap yang lebih tinggi daripada Masonry. Walaupun Freemasonry menafikan secara umum bahawa tiada sesuatu pertubuhan Masonic menuntut warisan terus ke zaman pertengahan Templar Knights, sesetengah tahap dan order tertentu jelas dicorakan selepas Perintah zaman pertengahan. Ini digambarkan sebagai “pemerintahan peringatan” atau tahap. Namun begitu, walaupun penafian rasmi persaudaraan, sesetengah Mason, bukan-Mason, dan juga anti-Mason menegaskan bahawa upacara Masonic tertentu atau darjah asalnya dipengaruhi oleh Templar secara langsung.
7. The Illuminati
 
Unfinished Pyramid, Simbol illuminati
Pergerakan Freethinker ini yang merupakan cabang paling radikal bagi salah satu Organisasi Pencerahan (The Enlightenment). Pengikutnya diberi nama Illuminati (tetapi mereka yang menggelarkan diri mereka “Perfectibilists”) – ditubuhkan pada 1 Mei 1776 di Ingolstadt (Upper Bavaria), oleh seorang Jesuit, Adam Weishaupt. Kumpulan ini kini dikenali sebagai Illuminati Bavarian. Walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi di sisi undang-undang, banyak intelektual berpengaruh dan ahli politik progresif mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ini. Walaupun terdapat beberapa Freemason diketahui merupakan anggotanya, ia tidak dianggap bahawa Masonry mengiktirafnya. Hakikatnya, Illuminati tidak memerlukan kepercayaan kepada Tuhan yang menyebabkan mereka popular di kalangan para Atheis. Selain itu, kebanyakan ahlinya berfahaman humanisme. Ini menunjukan bahawa Illuminati secara terang-terangan mahu menggulingkan semua agama di dunia ini.
Masalah dalaman terhadap isu penggantian pemimpin yang baru, dan percubaan kerajaan untuk mengharamkan penubuhan kumpulan ini menyebabkan ia runtuh sepenuhnya pada akhir tahun 1700-an. Walaupun begitu, ahli-ahli teori konspirasi seperti David Icke dan Was Penre, telah berhujah bahawa Illuminati Bavarian masih terselamat. Namun begitu, kemungkinan pada hari ini, walaupun sangat sedikit bukti yang boleh dipercayai, terdapat idea yang menyokong bahawa kumpulan Weishaupt terselamat ke dalam abad ke-19. Malah, terdapat cadangan untuk menjadikan the Skull and Bones Club sebagaicawangan Amerika Illuminati.
Ramai orang percaya bahawa Illuminati masih beroperasi dan mengatur tindak tanduk pergerakan utama kerajaan dunia. Dipercayai juga bahawa mereka ingin mewujudkan Kerajaan Satu Dunia yang berasaskan prinsip-prinsip Humanisme dan Atheist.
8. The Bilderberg Group
Mesyuarat Bilderberg
Kumpulan ini adalah sedikit berbeza daripada yang lain kerana ia tidak mempunyai keahlian rasmi. Ia adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan orang yang sangat berpengaruh berkumpul secara rahsia (dan biasanya mereka bersama tentera yang kuat dan pihak keselamatan yang ditaja oleh kerajaan). Topik-topik yang dibincangkan adalah dirahsiakan. Struktur mesyuarat persidangan biasanya diadakan di hotel lima bintang di seluruh dunia. Kehadiran mereka di dalam mesyuarat itu adalah hanya melalui jemputan sahaja. Mesyuarat pertama diadakan pada tahun 1954 di Hotel Bilderberg di Belanda.
Mesyuarat asal telah dimulai oleh beberapa orang. Pendatang dari Poland dan penasihat politik, Joseph Retinger, prihatin terhadap pertumbuhan anti-Amerika di Eropah Barat, mencadangkan satu persidangan antarabangsa di mana pemimpin-pemimpin dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat dihimpunkan bersama-sama dengan tujuan menggalakkan persefahaman budaya antara Amerika Syarikat dan Eropah Barat.
Walaupun agenda dan senarai peserta diberitahu secara terbuka kepada orang ramai, terdapat butiran yang tidak jelas yang dinyatakan oleh kumpulan itu sendiri. Kandungan mesyuarat itu juga dirahsiakan dan para peserta berikrar tidak akan mendedahkan apa yang telah mereka bincangkan. Kumpulan itu menyatakan justifikasi untuk berahsia adalah bahawa ia membolehkan orang ramai bercakap secara bebas tanpa perlu berhati-hati untuk mempertimbangkan bagaimana setiap perkataan mungkin ditafsirkan oleh media massa.
Tidak perlu dikatakan, kumpulan ini sentiasa dikelilingi oleh kontroversi dan teori-teori konspirasi.
9. The Priory of Sion
Logo Priory of Sion
Selepas penerbitan Da Vinci Code oleh Dan Brown, banyak kepentingan dalam Priory of Sion telah diwujudkan. Malangnya bagi mereka yang berharap untuk mencari dan menyertai Priory, ia adalah suatu fiksyen. Ia adalah satu penipuan yang dicipta pada tahun 1956 oleh waris kepada takhta Perancis, Pierre Plantard. Surat yang wujud sejak dari 1960-an yang ditulis oleh Plantard, Cherisey de dan de Sède yang diutus antara satu sama lain mengesahkan bahawa tiga daripada adalah out-and-out confidence trick, langkah bagaimana untuk memerangi kritikan pelbagai dakwaan mereka dan bagaimana mereka membuat tuduhan baru untuk cuba merahsiakan segala-galanya. Walaupun ini, ramai orang masih terus mempercayai bahawa Priory wujud dan berfungsi sehingga ke hari ini.
Pengarang buku yang terkenal, The Holy Blood and the Holy Grail, dikelirukan oleh penipuan, menyatakan bahawa :
1.   The Priory of Sion mempunyai sejarah yang panjang bermula pada AD 1099, dan mempunyai Grand Master yang terkenal termasuk Isaac Newton dan Leonardo da Vinci.
2.   Order itu melindungi sesetengah kerabat diraja tertentu kerana mereka percaya bahawa mereka dari keturunan Nabi Isa AS dan isteri Baginda Mary Magdalene secara literal atau, sekurang-kurangnya, dari keturunan King David (Nabi Daud).
3.   Priory mencari pengasas ” Holy European Empire ” yang akan menjadi kuasa pada masa akan datang dan memupuk keamanan dan kemakmuran di dalam order dunia baru.
10. Opus Dei 
 
Ordinasi Paderi Opus Dei
Opus Dei adalah sebuah organisasi Gereja Katolik yang menekankan kepercayaan Katolik bahawa semua orang dipanggil untuk penyucian dan bahawa kehidupan biasa adalah laluan kepada kesucian. Para Numerary yang tidak berkahwin dan Pembantu Numerary tinggal di pusat-pusat khas, manakala syarikat bersekutu yang ahlinya yang tidak berkahwin tinggal di rumah-rumah mereka. Perintah itu telah diasaskan di Sepanyol pada tahun 1928 oleh Paderi Roman Katolik, Josemaría Escrivá dengan kelulusan Paus Pius XII.
Apabila buku Da Vinci Code (Dan Brown) telah diterbitkan, ia mendakwa bahawa Opus Dei adalah 1 organisasi rahsia dalam gereja yang bertujuan menewaskan yang Priory of Sion dan orang-orang yang bertujuan untuk mendedahkan “kebenaran” mengenai agama Kristian dan juga darah daging keturunan Isa AS. Tidak dinyatakan di dalam buku itu, bahawa terdapat banyak kontroversi lebih Opus Dei kerana ketegasan struktur agama mereka.
Gereja Katolik melarang pertubuhan rahsia dan keahlian mereka di dalamnya, dan penyiasat Opus Dei kerap menjumpai bukti tuntutan palsu bahawa organisasi ini bertindak secara rahsia untuk melanjutkan agenda jahat.
*sumber dari muhdhazrie.wordpress.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam