Tuesday, February 23, 2016

Masjid Pertama Amerika, Sejarah Panjang di Mulai dari Dakota

MASJID PERTAMA AMERIKA

ADA tempat bersejarah bagi Muslim di North Dakota Amerika Syarikat (AS). Sebuah masjid dengan laman yang luas. Masjid ini merupakan masjid pertama yang pernah dibina di Amerika. Hanya enam batu jauhnya dari pusat Stanley.

"Selama beberapa tempoh, orang-orang datang ke sini kerana kawasan ini merupakan kawasan bebas," jelas Bapa William Sherman, yang menulis buku mengenai para penduduk Muslim pertama.

Menurut Sherman, dahulu tanah di sana didiami oleh pendatang Muslim Empayar Uthmaniyyah. Mereka datang dari wilayah yang masa kini dikenali sebagai wilayah Lubnan.

300 keluarga Muslim datang ke Dakota Utara. Salah satu imigran adalah Ali Omar. Ia hendak direkrut menjadi tentera Uthmaniyyah tapi dia tidak ingin bertarung untuk Empayar Uthmaniyyah, jadi dia datang ke Amerika Syarikat. Dia datang ke North Dakota pada tahun 1909. 20 tahun sebelum masjid pertama di Amerika dibina.

Masjid ini dibina pada tahun 1929, tempat di mana penduduk Muslim pertama boleh mempraktikkan ibadah dan keyakinan mereka.

Tanpa pemimpin agama kekal di sana, masjid akhirnya tidak digunakan lagi di tahun 1930-an. Kemiskinan dan pengangguran melanda penduduk Muslim. Hingga akhirnya, banyak orang pergi untuk medapatkan pekerjaan.

"Orang berfikir bahawa ketika masjid ditutup, para jemaah akan menutup pintu sejarah di North Dakota. Tetapi, lebih dari 80 tahun kemudian, peninggalan Muslim merebak di seluruh negara bahagian, "ujar Sherman.

Keturunan para penduduk Muslim telah menghiasi peta. Di Williston, Bismarck, Lembah Sungai Merah. Sebuah fakta yang menunjukkan bagaimana para imigran mampu hidup harmoni dengan penduduk Dakota lain.

Namun, pada akhirnya tumbuh sentimen antiMuslim. Perkhidmatan Sosial Lutheran diserang kerana telah membantu pelarian bermukim di Fargo. Dan restoran Somalia dibom di Grand Forks.

"Orang-orang yang tahu tentang Islam pada masa awal boleh banyak belajar dari sejarah ini," tambahn Sherman.

Hal ini diharapkan dapat membantu mewujudkan kehidupan harmoni di masa sekarang, dan masa depan di North Dakota. Muslim dari seluruh negeri melakukan perjalanan untuk mengunjungi masjid Amerika pertama. Masjid dan tanah perkuburan yang diuruskan oleh anak-anak dan cucu dari penduduk asli.

sumber islampos.com

0 Responses to “Masjid Pertama Amerika, Sejarah Panjang di Mulai dari Dakota”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam