Tuesday, February 9, 2016

Moshe Dayan, Jenderal Yahudi Bermata Satu

moshe dayan
 
ORANG Palestin tidak mungkin dapat melupakan Moshe Dayan. Prestasinya untuk Israel juga tidak dapat dilupakan. Dialah yang memimpin pasukan Israel dalam perang enam hari 6 hari melawan bangsa Arab di awal bulan Juni 1967. Dalam perang singkat ini, tentera Israel berperang atas nama keyakinan 'Yahudi'-nya.

Di sisi lain tentera Arab yang terdiri dari Mesir, Syria, Jordan, yang berperang dengan motivasi Arab dan Sosialisme dapat dirontokkan oleh tentera Israel pimpinan Dayan hanya dalam masa 6 hari sahaja.

5 juni 1967 adalah permulaan perang Arab-Israel yang berlangsung 6 hari. Dan pada tanggal 7 juni, kota tua nan suci Yerussalem, telah berhasil direbut pasukan Moshe Dayan. Dengan gegap gempita sorak sorai pasukan Israel ini masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa, sambil menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Moshe Dayan memasuki wilayah Al Maghariba serta wilayah termbok Al Buraq yang kemudian dijadikan 'tembok ratapan'. Letaknya di sebelah barat komplek Al-Aqsa. Ketika memasuki kawasan tembok Al Buraq ini, Moshe Dayan dengan sombong berkata, "Kita sudah menyatukan bandar yang tersobek-sobek, ibukota Israel. Kita sudah kembali ke tempat paling suci ini, untuk tidak akan berpisah dengannya! "Sambil tangannya menyelitkan kertas berisi doa tulisan ke celah-celah tembok ratapan.

Semenjak itu tembok Al Buraq, serta kawasan di sekitarnya sehingga saat ini dalam kakuasaan tentera Yahudi Israel. Dan asrama pasukan Islam dari Afrika utara yang dibina sebagai hadiah dari panglima Islam Salahuddin Al Ayubi, dihancurleburkan tentera Israel.

Pada tahun 1948, di masa awal negara Israel, Moshe Dayan mengetuai batalion ke 89. Ketika itu ia memerintahkan semua penduduk di suatu desa Palestin, untuk berkumpul dan berlindung di dalam Masjid. Sambil ia mencari siapa yang telah melemparkan bom tangan yang menewaskan seorang tentera Israel. Tapi Moshe Dayan kalap, semua orang yang berlindung di dalam Masjid itu, dibantai habis.

Dalam salah satu pertempuran matanya terkena peluru, sehingga harus merelakan kehilangan mata satu. Yang mengakibatkan ia berciri khas sebagai jeneral Yahudi bermata satu. 
 
*sumber https://www.islampos.com

0 Responses to “Moshe Dayan, Jenderal Yahudi Bermata Satu”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam