Sunday, February 21, 2016

Virus HIV Pertama Ditemui pada Pasangan Gay


Lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) masih menjadi topik utama dalam pemberitaan di Indonesia, bahkan dunia. Pelbagai hujah sudah disampaikan, mulai dari sudut pandang kesihatan, psikologi, norma, hingga agama. Sebagaimana banyak yang kontra dengan hujah ilmiah dan logiknya, banyak pula yang membela LGBT dengan banyak hujah tak logiknya.

Oleh seorang pakar, LGBT disebut bukan penyakit. LGBT menurut sang pakar merupakan bawaan, pemberian daripada 'Tuhan'. Ia kemudian mengaitkan kesimpulannya ini dengan keadaan otak yang tidak boleh diubah.

Padahal, sebagaimana terbukti dalam kajian paling mutakhir, otak manusia tak ubah seperti plastik yang boleh menyesuaikan diri dengan apa yang dimasukkan ke dalamnya. Maka, otak akan berkembang sesuai dengan perbincangan, pemahaman, kebiasaan, dan persekitaran tempat tinggal seseorang.

Sang pakar, kemudian merujuk pada 'kitab' yang digunakan oleh para pakar perubatan dunia yang sudah tidak memasukkan LGBT ke dalam senarai penyakit. Padahal, dikeluarkannya LGBT dari senarai penyakit bukan kerana kajian saintifik moden, tapi kerana demonstrasi besar-besaran, lantaran desakan politik.

Sementara itu, menurut kaca mata neurosciene moden yang pernah membandingkan otak LGBT dan non-LGBT setelah meninggal dunia, keduanya terdapat perbezaan yang sangat ketara. Mencengangkan.

Disebutkan oleh Ihsan Gumilar, seorang penyelidik Psikologi Saraf dalam Struktur Otak LGBT dalam Opini Republika (16/2/2016), volume otak pesakit LGBT lebih kecil dari volume otak non-LGBT. Sebabnya, pesakit homoseksual telah mengidap HIV dalam waktu yang lumayan lama sebelum meninggal dunia. Virus itu merosakkan sistem imunnya, hingga mengakibatkan pada mengecilnya volume otak.

Masih menurut Ihsan, virus LGBT pertama kali ditemui pada pasangan gay. Fakta ini merupakan bantahan atas pendapat yang menyebutkan bahawa virus HIV pertama dijumpai pada orang Afrika yang melakukan hubungan seks dengan monyet.

"Dalam sebuah kajian," tulis Ihsan Gumilar, "didapati bahawa virus HIV pertama kali ditemui pada pasangan gay yang melakukan hubungan seks melalui dubur (rektum)." Anus merupakan tempat najis yang mengandungi banyak bakteria.

Dari kelahiran virus HIV ini, kita harus menanggung akibatnya. Berapa korban tak bersalah yang harus dijangkiti? Berapa bayi yang mati disebabkan oleh jahatnya virus ini?

Jangan main-main dengan hal ini. Bahayanya mengancam kita semua, bukan hanya pelaku dan penyokongnya. Mulakan dari yang paling kecil dari diri sendiri, lalu keluarga dan orang-orang yang kita cintai.

Semoga Allah Ta'ala melindungi kita dari jahatnya LGBT dan penyokongnya.

sumber http://bersamadakwah.net/

0 Responses to “Virus HIV Pertama Ditemui pada Pasangan Gay”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam