Friday, February 26, 2016

Zakir Naik Berkata “Muslim Lebih Kristen dari Orang Kristen”


Ceramah Dr Zakir Naik selalu memukau ramai orang. Tak heran, beribu-ribu orang menghadiri ceramah-ceramahnya. Bukan hanya umat Islam, kalangan non muslim pun berduyun-duyun datang.

Salah satu kenyataan Dr Zakir Naik yang sempat diprotes kalangan Kristian adalah seputar hakikat Kristian.

"Jika Kristian ertinya seseorang yang mengikuti ajaran Yesus, maka kami sebagai muslim lebih Kristian daripada orang Kristian sendiri," kata Dr Zakir Naik sewaktu memberikan ceramah di Shah Alam. "Jika Kristian artinya seorang yang percaya kepada ajaran Yesus, maka aku lebih Kristian daripada orang Kristian sendiri."

Kenyataan Dr Zakir Naik itu bukan tanpa alasan. Dia menjelaskan, sekurang-kurangnya ada lima sebab mengapa dirinya sebagaimana umat Islam yang lain lebih Kristian daripada orang Kristian.

1. Sunat (khitan)

Bible mengatakan bahawa Yesus disunat pada hari kelapan. Namun hampir semua Kristian tidak bersunat, sedangkan semua muslim bersunat.

2. Tidak minum alkohol

Bible mengajarkan "jangan minum alkohol" dalam kitab Efesus 5:18 dan kitab Amsal 20: 1. Umat ​​Kristian terutama di dunia Barat meminum alkohol sedangkan umat muslim tidak meminum alkohol kerana alkohol haram.

3. Tidak makan babi

Bible mengajarkan "jangan makan babi" dalam kitab Imamat 11: 7-8, kitab Ulangan 14: 8 dan kitab Yesaya 65: 2-5. Namun, orang-orang Kristian justru makan babi sedangkan umat Islam tidak makan babi.

4. Bertudung (hijab)

Bible mengajarkan agar wanita berhijab dengan menutup rambutnya. Bible berkata dalam kitab Ulangan 22: 5, Timotius 2: 9, Korintus 11: 5-6 agar wanita berhijab. Namun wanita Kristian tidak bertudung sedangkan wanita muslimah berjilbab.

5. Mengesakan Tuhan

Dalam Matius 4:10, Isa berkata kepada iblis, "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti! "

Dr Zakir Naik menegaskan bahawa tidak ada satu pun kenyataan tak samar-samar dalam Bible di mana Isa sendiri berkata bahawa "Akulah Tuhan" atau "Sembahlah aku".

Orang-orang Kristian menyembah Yesus, sedangkan orang-orang Islam mengesakan Allah sebagaimana ajaran Isa yang sebenarnya.

sumber bersamadakwah.ne

0 Responses to “Zakir Naik Berkata “Muslim Lebih Kristen dari Orang Kristen””




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam