Friday, March 4, 2016

Keluarnya Dajjal kerana Kemarahannya

dajjal

KITA tahu bahawa di akhir zaman kelak, kita akan bertemu dengan tetamu baru. Dia akan menunjukkan jalan kepada kita menuju syurga. Tapi, ternyata jalan yang ditempuh itu adalah jalan menuju neraka. Naudzubillah. Orang inilah yang kita kenal sebagai Dajjal.

Orang bermata satu ini menjadi ancaman terbesar di akhir zaman. Ia akan terus berusaha menggoyahkan keimanan seorang Muslim, hingga orang tersebut murtad dari kebenaran. Banyak orang akan mudah tertipu dengan tipu dayanya. Jika kita tak mempunyai kekuatan iman yang kuat, maka tak dapat dinafikan kia pun akan termakan oleh hasutannya.

Bercakap tentang Dajjal, mungkin kita akan merasa bingung dari mana ia datang. Mengapa ia boleh sampai ke negeri ini dan merosakkan tatanan masyarakat Muslim?

Dalam hadis Tamim Ad-Dari 'RA yang menuturkan kisah Dajjal dan Al-Jassasah sudah diungkapkan bahawa Dajjal masih dikurung di sebuah pulau di tengah lautan lepas sehingga kini. Dajjal sudah hidup pada masa Rasulullah SAW. Ia mempunyai postur tubuh yang tinggi besar.

Tamim Ad-Dari 'beserta ketiga puluh orang rakannya telah melihat Dajjal dalam keadaan terbelenggu oleh rantai, dan terjadilah dialog di antara mereka. Dajjal menyampaikan kepada mereka identiti dirinya dan ia akan keluar ketika kemarahannya meletup. Sehingga, rantai yang membelenggunya putus dan ia pun keluar dari kurungannya.

*sumber islampos.com

0 Responses to “Keluarnya Dajjal kerana Kemarahannya”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam