Monday, April 4, 2016

13 Fakta Ustman bin Affan

A line of camels mounts a rise in the Kanoi Sand Dunes, Thar Desert near Jaisalmer, Rajasthan, India

Utsman bin Affan merupakan salah satu sahabat Nabi yang sudah di zaman masuk syurga. Ada beberapa fakta mengenai Uthman. Berikut beberapa di antaranya yang dikumpulkan dari pelbagai sumber.

1. Beliau menjadi Khalifah selama 12 tahun iaitu pada tahun 23-35 Hijrah (644-656 Masehi) setelah Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra meninggal dunia.

2. Beliau masuk Islam setelah Abu Bakar ra.

3. Beliau termasuk Sahabat Rasulullah yang terkaya dan dermawan, rendah hati dan penyayang namun dibenci dan dikritik hebat oleh Kaum Syiah kerana dianggap merampas tampuk pemerintahan dari tangan Ali Bin Abi Talib ra. Padahal Ali Bin Abi Talib ra meluluskan Usman bin Affan ra sebagai Khalifah.

4. Beliau mendapat gelaran Dzun Nurain (orang yang mempunyai 2 cahaya) kerana beliau dinikahkan 2 kali oleh Rasulullah dengan putri Rasulullah. Istri beliau yang pertama adalah Ruqqayyah, setelah isteri beliau wafat, Rasulullah menikahkan Ummu Kulsum dengan Uthman bin Affan ra.

5. Beliau hidup dengan harta yang banyak semenjak kecil hingga wafat namun tidak membuat beliau menjadi kikir, tamak atau sombong.

6. Jasa-jasa beliau di antaranya seperti melanjutkan pembangunan Masjid Nabawi; membentuk angkatan laut; memperluas daerah-daerah Islam seperti Khurasan, Armenia, Tunisia, Azarbaijan; berjaya mencipta al-Quran sehingga disebut Mushaf Ustmani dan menyumbang harta peribadi yang sedemikian banyaknya untuk kemajuan dakwah Islam.

7. Apabila beliau membaca al-Quran di rumahnya, kaum pemberontak berjaya menerobos masuk dan membunuh beliau hingga wafat pada tahun 35 Hijrah (656 Masihi) dalam usia 82 tahun.

8. Imam Muslim telah meriwayatkan dari 'Aisyah, seraya berkata, "Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk dimana paha beliau terbuka, maka Abu Bakar meminta izin kepada beliau untuk menutupinya dan beliau mengizinkannya, lalu paha beliau tetap dalam keadaan semula (terbuka). Kemudian Umar minta izin untuk menutupinya dan beliau mengizinkannnya, lalu paha beliau tetap dalam keadaan semula (terbuka), ketika Utsman meminta izin kepada beliau, maka beliau melepaskan pakaiannya (untuk menutupi paha terbuka). Ketika mereka telah pergi, maka aku (Aisyah) bertanya, 'Wahai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar telah meminta izin kepadamu untuk menutupinya dan engkau mengizinkan keduanya, tetapi engkau tetap berada dalam keadaan semula (membiarkan pahamu terbuka), sedangkan ketika Utsman meminta izin kepadamu , maka engkau melepaskan pakainanmu (dipakai untuk menutupinya). 'maka Rasulullah menjawab,' Wahai Aisyah, Bagaimana aku tidak merasa malu dari seseorang yang malaikat saja merasa malu kepadanya.

9. Ibnu 'Asakir dan yang lainnya menjelaskan dalam kitab "Fadhail ash Shahabah" bahawa Ali bin Abi Talib ditanya tentang Uthman, maka beliau menjawab, "Uthman itu seorang yang mempunyai kedudukan yang terhormat yang dipanggil dengan Dzunnuraini, di mana Rasulullah menikahkannya dengan kedua-dua anak perempuannya.

10. Dalam sejarah umat islam adalah beliau membukukan Al-Qura'an dalam satu versi bacaan dan membuat beberapa salinannya yang dihantar kebeberapa negeri negeri Islam. Serta memerintahkan umat Islam agar berpedoman kepadanya dan memusnahkan mushaf yang dianggap bertentangan dengan salinan tersebut. Atas Izin allah Subhanahu wa ta'ala, melalui tindakan beliau ini umat Islam dapat memelihara ke autentikan Al-Qur'an samapai sekarang ini. Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang terbaik.

11. Diriwayatkan dari oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab Musnadnya dari Yunus bahwa ketika al Hasan ditanya tentang orang yang berehat pada waktu tengah hari di masjid? Maka ia menjawab, "Aku melihat Utsman bin Affan berehat di masjid, padahal beliau sebagai Khalifah, dan ketika ia berdiri nampak sekali bekas kerikil pada bagian rusuknya, sehingga kami berkata, 'Ini amirul mukminin, Ini amirul mukminin'."

12. Diriwayatkan oleh Abu Na'im dalam kitabnya "Hulyah al Auliyah" dari Ibnu Sirin bahwa ketika Utsman terbunuh, maka isteri beliau berkata, "Mereka telah tega membunuhnya, padahal mereka telah menghidupkan seluruh malam dengan Al-Quran."

Ibnu Abi Hatim telah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar, seraya ia berkata dengan firman Allah. "(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: 'Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?' Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran, "(QS Az-Zumar: 9) yang dimaksud adalah Utsman bin Affan.

13. Ia wafat pada tahun 35 H pada pertengahan tasyriq tanggal 12 Dzul Hijjah, dalam usia 80 tahun lebih, dibunuh oleh kaum pemberontak.

sumber islampos.com

0 Responses to “13 Fakta Ustman bin Affan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam