Jika Seluruh Mushaf Di Dunia Dimusnahkan, Ini Yang Akan Berlaku


Sebahagian musuh Islam seperti Terry Jone ingin memusnahkan Al Quran. Misalnya dengan melakukan pembakaran mushaf.

Mereka tidak tahu bahawa Al Quran adalah mukjizat terbesar yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Salah satu bukti mukjizat itu adalah, berjuta-juta orang dari seluruh penjuru dunia boleh hafal Al Quran. Mulai dari anak-anak sehingga para manula. Baik dari Timur Tengah dan negara lain.

"Bahkan jika seluruh mushaf di dunia ini dimusnahkan," kata Ibnu Taimiyah, "maka Al Quran tetap terpelihara (dihafal) di hati umat Islam."

Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri yang menjamin menjaga Al Quran.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikr (Al Quran) dan Kami pula yang menjaganya" (QS. Al-Hijr: 19)

Dia pula yang memudahkan Al Quran untuk diingat dan dihafal.

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآَنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

"Sesungguhnya Kami telah memudahkan Al Quran untuk diingati, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?" (QS. Al-Qamar: 17)

Ayat tersebut diulang empat kali dalam Al Quran. Selain difirmankan dalam Al Qamar ayat 17, juga disenaraikan dalam ayat 22, ayat 32 dan ayat 40 di surat yang sama. [Ibnu K / Tarbiyah.net]

sumber tarbiyah.net

Comments