Sunday, January 22, 2017

Di sebalik Kegagahan Umar bin Khattab


Diceritakan bahawa seorang dari pedalaman Arab datang ingin menghadap Umar bin Khattab. Orang itu berharap Umar akan memberikan nasihat dan jalan keluar atas persoalan rumah tangga yang tengah dihadapinya. Ia membawa segudang pengaduan atas perilaku isterinya.

Berharap pula Umar sebagai khalifah mau memberi pelajaran kepada isterinya yang dinilainya sudah sangat keterlaluan. Sebagai suami ia merasa sudah tidak punya harga diri. Selalu saja menjadi objek omelan dan tajamnya lidah sang isteri.

Hingga sampai di muka pintu rumah khalifah Umar, lelaki itu ragu berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar sebab ia mendengar isteri Umar bersuara keras pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya.

Lelaki itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata, "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan ia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku?".

Umar keluar dan ia melihat orang itu hendak berbalik dan pergi dari pintu rumahnya seraya memanggil lelaki itu dan berkata, "Apa keperluanmu wahai lelaki?"

"Wahai Amirul Mukminin, semula aku datang hendak mengadukan kejelekan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isteri kamu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata, "Jika demikian keadaan Amirul Mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku?"

Mendengar keluhan lelaki itu atas dirinya dan apa yang dialaminya sendiri, Umar berkata, "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku.

Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya ".

Jawapan Umar membuat lelaki termangu kemudian berkata: "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku".

"Kerana itu, Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..."

Artikel ini bekerjasama dengan As Sirah, Kaos Dakwah bertemakan Sahabat. Syiarkan kisah dan nama nama sahabat Nabi SAW agar generasi muslim kan akrab dan praktikal mengidolakan tokoh tokoh Islam penghuni syurga, ditengah gempuran promosi tokoh tokoh idola barat yang tidak jelas karakter dan akhlaknya yang sengaja disebarkan dikalangan muslimin dan generasi berikutnya.

sumber eramuslim.com

0 Responses to “Di sebalik Kegagahan Umar bin Khattab”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam