Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid


SETELAH kajian bertahun-tahun, akhirnya ilmuan menemui fakta bahawa bangunan makam para Raja Mesir ini dibuat dengan menggunkan tanah liat yang kemudian dipanaskan. Di sebalik penemuan baru tersebut, ternyata Al-Qur'an sudah mendedahkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Tepatnya pada tahun 2006, harian Amerika Times edisi 1 Januari 2006 memberitakan hasil kajian yang mengatakan bahawa Piramid dibuat dengan menggunakan tanah liat yang dibakar. Kajian dari Amerika-Perancis tersebut menerbitkan bahawa ketika tanah liat dibakar maka akan terbentuk batuan keras yang membuatnya tidak boleh dibezakan dengan batuan alam.

Para ilmuan mengatakan, Firaun merupakan penguasa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ia mahir dalam bidang ilmu kimia untuk memproses tanah liat berubah menjadi batu normal. Memang, jika dilihat dari spesifikasi batu yang digunakan, Piramid dibina dengan teknik yang penuh misteri.

Sebelumnya Profesor Gilles Hug. dan Dr. Michel barsoum juga menegaskan bahawa Piramid dibina dengan menggunakan batu asli dan batu-batu yang dibuat dari tanah liat.

Fakta yang sama juga diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" yang menuliskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk Piramid. Ini kerana tidak mungkin manusia boleh mengangkat batu-batu besar tersebut sampai ke puncak dengan berat hingga ribuan kilogram.

Selain itu, ilmua asal Perancis, Profesor Davidovits juga melakukan kajian serupa dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut untuk dapat melihat bahagian terkecil dari unsur batu. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu dibuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sang profesor mengatakan bahawa lumpur tersebut merupakan olahan dari lumpur kapur yang diberi garam dan kemudian dibakar. Bahan inilah yang menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding Piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding Piramid.

Ilmuan lain yang juga mendedahkan hal sama adalah ilmuan asal Belgium, Guy Demortier. Ia sudah bertahun-tahun mendedikasikan dirinya untuk meneliti Piramid. Setelah melakukan kajian bertahun-tahun, akhirnya ia mendapati bahawa Piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

Fakta yang telah dihimpiun oleh para ilmuan selama bertahun-tahun ini memang merujuk pada pembangunan Piramid yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya. Namun fakta ini sudah terungkap secara jelas dalam Al-Qur'an sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Allah SWT berfirman dalam Al-Qashash '28:38 tentng bagaimana bangsa Mesir membina Piramid.

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(QS. Al-Qashash '28:38)

Firman ini jelas mengatakan bahawa Firaun menyuruh umatnya untuk membuat bangunan tinggi daripada tanah liat. Ini selaras dengan hasil kajian para ilmuan yang dilakukan bertahun-tahun lamanya. Padahal Allah SWT sudah lebih dahulu menuliskan fakta tersebut dalam kitab Umat Muslim ini. Al-Qur'an adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan Piramid, bukan para Ilmuwan Amerika ataupun Perancis.

islampos.com

Comments