Wednesday, May 17, 2017

Zakir Naik: Nabi Adam Hingga Isa Mengajar Solat

Image result for zakir naik

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik menjelaskan, rukun Islam kedua, solat, tidak hanya dicontohkan Rasulullah, tapi semua nabi. Hal itu pun disebutkan pula dalam Injil.

Menurut Zakir Naik, dalam Bahasa Inggeris solat bererti pray yang boleh diterjemahkan menjadi mencari pertolongan. Dalam surah Al Ankabut ayat 45, Allah SWT memerintahkan solat untuk mencengah manusia dari perbuatan keji dan mungkar. Dalam Islam pula, solat dikerjakan lima kali sehari.

Surah Taha ayat 11-12 menyatakan, Musa AS dibimbing Allah SWT untuk melepas alas kaki ketika berada di Bukit Thuwa untuk bertemu Allah SWT. Umum pula bagi Muslim tidak beralas kaki ketika solat. Islam juga mewajibkan wudhu sebelum seorang Muslim solat.

"Tapi, kita boleh melepas kasut dan memakai kasut ketika solat. Banyak Muslim yang tidak tahu soal ini. Sebab, Rasulullah minta Muslim membezakan diri dari Yahudi, "kata Zakir Naik.

Di Injil, Musa juga melepas alas kaki dan membasuh tangan serta kaki sebelum bertemu pengikutnya untuk menyembah Allah. Solat adalah contoh terbaik persaudaraan Islam dan bahagian terbaik dalam solat adalah sujud. "Ahli psikologi mengatakan cara terbaik mengawal diri adalah dengan meletakkan bahagian paling tinggi dari badan ke tanah," kata Zakir Naik.

Di Injil, nabi-nabi juga menyembah Allah dengan bersujud, mulai dari Adam, Musa, Harun, hingga Isa. "Isa bersimpuh dan sujud kepada Allah. Semua nabi ketika solat, semua sujud dan berdoa kepada Allah, "ujar Zakir Naik.

eramuslim.com

0 Responses to “Zakir Naik: Nabi Adam Hingga Isa Mengajar Solat”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam