Inilah Manfaatnya Pelihara Janggut

Image result for janggut

Janggut adalah sejenis rambut yang berada di bawah dagu, yang memang untuk sebahagian orang dianggap sebagai tanda lanjut usia, Namun tahukah anda sangat banyak sekali manfaat dari mempelihara janggut yang merupakan salah satu Sunnah Nabi.

Berikut ini adalah salah satu hadis mengenai keutamaan memelihara janggut bagi kaum muslim seperti dikutip dari Majalah Ummi:

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

"Potong pendeklah kumis dan biarkanlah (peliharalah) jenggot." (HR. Muslim no. 623)

Ppakah manfaat di sebalik memelihara janggut bagi kaum lelaki? Berikut ini 6 hikmah memelihara janggut:

1. Mengurangkan ruam akibat mencukur

Masalah yang biasa dialami seorang lelaki adalah ruam yang diakibatkan dari mencukur atau disebut folikulitis barbae. Keadaan ini akan membuat kulit sering gatal kerana ada bakteria staphylococcus aureus yang menjangkiti kulit. Ruam terjadi akibat bulu janggut yang baru tumbuh dicukur sehingga membentuk benjolan yang tumbuh ke dalam dan meradang. Dengan memelihara janggut, masalah ruam ini dapat dielakkan.

2. Kurangkan risiko kanser kulit anda

Seperti kita ketahui, kesan jika terkena sinar UV secara berlebihan boleh mengakibatkan kanser khususnya kanser kulit. Sebuah kajian terbaru yang dilakukan di Universiti Australia of Southern Queensland mengungkap manfaat janggut pada lelaki. Laporan yang diterbitkan dalam Journal of Radiation Protection dosimetri ini mencatat, janggut boleh mencegah kanser kulit kerana dapat melindungi kulit daripada pendedahan kepada matahari antara 90 hingga 95 peratus.

3. Melambatkan kedutan

Pendedahan langsung kepada cahaya matahari adalah punca utama penuaan dan kerosakan kulit sehingga masuk akal bahawa jika wajah yang ditutupi oleh janggut boleh melambatkan penuaan dan timbulnya keriput. Ini bermakna lebih sedikit kedutan dan pengurangan bintik-bintik penuaan (liver spots) yang biasa ditemui pada wajah.

4. Mencegah jerawat

Mencukur boleh memburukkan lagi keadaan kulit orang yang berjerawat. Terutama jika sudah mempunyai jerawat teruk yang meninggalkan bekas luka. Jerawat terjadi apabila folikel kecil di dekat permukaan kulit tersumbat. Inilah yang membuat kemunculan bintik hitam. Dan keadaan umum ini boleh diburukkan lagi dengan mencukur.

5. Membantu mengurangkan gejala alergi dan asma

Janggut boleh membantu menapis zarah - zarah kecil ketika kita menghirup nafas. Janggut juga mampu menghalagi hawa dingin yang akan masuk ke hidung. Selain itu, dapat juga menghangatkan bahagian dagu dan leher.

6. Memberikan kesan maskulin

Beberapa fakta mendedahkan bahawa ternyata kewujudan janggut mampu memberikan kesan lebih maskulin, mandiri, dan matang atau dewasa berbanding dengan wajah laki-laki yang dicukur bersih. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Doktor Freedman dalam bidang psikologi sosial menunjukkan bahawa kehadiran janggut di wajah lelaki itu membuatnya lebih menarik secara seksual bagi perempuan.

Para pembaca Islampos yang dirahmati Allah, mudah-mudahan para ikhwan sekalian dapat mengikuti salah satu Sunnah Nabi yakni memelihara janggut yang cukup banyak manfaat memelihara janggut bagi kaum ikhwan, Semoga semakin memantapkan kaum muslim untuk mengikuti anjuran memelihara janggut. Aamiin Allahumma aamiin.

sumber islampos.com

Comments