Peringatan Orang Tak Cukup Solat 5 Waktu Ketika Dajjal Keluar



Buni Madinah bergegar 3 kali. Apabila ia bergegar kali pertama ke semua munafik, ke semua fasik keluar daripda bumi Madinah. Kesemua lelaki munafik, lelaki fasik, perempuan munafik, perempuan fasik akan keluar dari bumi Madinah dan kemudian bergabung dengan dajjal. Tuan-tuan tahu bila Nabi sebut fasik? setiap fasik tidak terlepas daripada fitnah dajjal. Tuan-tuan yang dirahmati Allah, orang yang sembahyang tidak cukup 5 waktu mereka adalah fasik. Ramai ke tak ramai di Malaysia ini? ramai. 70%,80% meninggalkan solat di Malaysia ini. 

Nabi kata setiap fasik lelaki dan perempuan akan ikut dajjal. Setiap munafik lelaki dan perempuan akan mengosongkan Madinah dan mengikut dajjal. Bumi Madinah bergegar kali kedua, keluar lagi, bumi Madinah bergegar kali ketiga, fasik dan munafik tak boleh duduk dalam bumi Madinah. Akhirnya mereka keluar bersama dengan dajjal. Maka yang tinggal dalam bumi Mekah dan Madinah hanya orang mukmin sahaja. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments