Buat Dosa Hidup Penuh Dengan Nikmat Tanpa Rahmat Allah - Ustaz Azhar Idrus



Sayang-sayang dalam bahasa melayu, dalam bahasa arab bahasa kitab, bahasa agama bermaksud rahmat. Sebab itu lah orang kafir Tuhan akan beri mereka rezeki iaitu nikmat. Kenapa? Kerana Allah bersifat dengan rahman. Bismillahirrahman, dengan sifat rahman Allah beri nikmat kepada orang kafir dengan rumah, dengan anak isteri, dengan harta dengan makan sedap, kafir sembah berhala. Tapi ada belakang pula 'irrahim'. Rahim ini kasih sayang kepada orang yang beriman sahaja.

Di akhirat orang beriman terlepas daripada kekal dalam neraka. Di dunia kalau Tuhan beri nikmat sahaja kepada orang beriman tidak diberi rahmat, mereka tidak boleh datang ke masjid, tidak boleh menyumbang kepada anak-anak yatim dan sebagainya. 

Jadi kita boleh buat atau tidak yang Allah suruh? Boleh, itu tanda Allah sayang kita. Kita banyak dosa? Banyak tapi kita masih lagi berpeluang untuk bertaubat. Boleh ucap lagi pada waktu pagi selepas sembahyang subuh astagfirullah al- azim, maka Allah sayang pada kita. Kalau Allah tidak sayang, kita akan buat dosa dan kita tidak akan rasa apa-apa pun melakukan dosa. Bagi orang yang melakukan dosa lalu rasa takut kepada Allah, itu kasih sayang Allah sebab ada golongan yang melakukan dosa tidak rasa apa-apa kerana hidupnya hanya penuh dengan nikmat tidak ada rahmat.

Comments