Fakta Menarik Rejim Kerajaan Arab Saudi

Mengapa Saudi sangat membatasi gerakan-gerakan Islam bahkan boleh dibilang memberangusnya? Ada beberapa fakta yang menarik tentang Arab Saudi:

1. Rejim Saudi, seperti juga sebahagian besar negara-negara Arab lain, adalah pemerintahan yang menyatukan antara yang benar (haqq) dan salah (batil). Aspek Haqq Saudi hanya boleh kita lihat dari simbol-simbol yang mereka pakai; bendera Saudi, tuntutan negara Islam, dan penerapan Syariah. Namun, di sebalik itu sebenarnya Saudi juga tak berbeza dengan negara sekular lain.

2. Beberapa tahun sebelumnya, Saudi menggandeng Inggeris untuk sama-sama membanteras gerakan Ikhwan di negara itu. Seorang anggota kerajaan pernah mendedahkan hal ini. Sekarang, bukan rahsia lagi kalau Saudi akrab dengan AS. AS sudah dijadikan sebagai pelindung Saudi.

3. Jawatankuasa Tetap Saudi (al-Lajnah ad-Da'imah) mengeluarkan fatwa: "Sesiapa yang tidak membezakan antara Yahudi dan Kristian dan orang kafir lainnya dengan bangsa Muslim kecuali kerana kebangsaannya, dan menganggap semua penguasa sama, maka dia adalah kafir." Sebuah fatwa yang sesungguhnya membuat banyak orang berkerut dahi, tetapi berkesan dalam membendung masyarakat Saudi. Kerana, bukankah kerajaan Saudi sendiri persis seperti itu?

4. Perempuan Saudi tidak boleh berkahwin dengan laki-laki yang bukan dari Saudi. Dan seorang laki-laki Saudi tidak boleh berkahwin di luar Saudi kecuali sudah memenuhi syarat-syarat umur. Sebuah peraturan yang dibuat-buat kerana Islam sendiri tidak cupat seperti ini.

5. Beribu-ribu orang dibunuh di negara-negara Muslim di wilayah Arab, tapi apa yang dilakukan oleh kerajaan dan rejim Saudi? Tidak ada. Rejim Saudi hanya menyuruh para Syeikh-nya untuk berdoa untuk umat Islam, dan masyarakatnya dianjurkan untuk mengumpul dana bantuan yang disebarkan ke seluruh dunia, utamanya untuk pembangunan masjid. Maka jangan hairan, jika di sebuah pelosok terpencil di Indonesia misalnya, boleh ada sebuah masjid besar yang megah dengan tulisan di peresmiannya: "Sumbangan dari (kerajaan) Saudi ..."

6. Saudi membina hubungan diplomatik dan bukan-diplomatik dengan negara-negara yang jelas telah membunuh umat Islam dalam jumlah yang luar biasa banyak. Dalam hal ini yang mempunyai hubungan harmoni dengan Saudi adalah India, Russia, Filipina, Amerika (tentu saja!), China, dan Israel.

7. Amerika mempunyai pangkalan tentera di Saudi, dan kerajaan Saudi melarang rakyatnya yang mendoakan keburukan untuk Amerika di masjid-masjid di negara itu.

8. Rejim Saudi juga membantu dan mendirikan saluran-saluran TV yang banyak sekali saat ini. Selain TV, mereka juga membantu pembiayaan media-media antarabangsa.

9. Keluarga kerajaan Saudi tidak boleh dihina oleh sesiapa.
Jika ada yang melakukannya, maka akan dikenakan hukuman yang berat, bahkan dihukum mati. Tapi kerajaan Saudi tidak peduli kepada para pelaku yang menghina Allah dan agamaNya. Misalnya saja, seorang Saudi zindiq, Turki al-Hamd menulis sebuah buku berjudul "al-Karadeeb" dan di dalamnya terdapat kalimat "Jadi, Allah dan syaitan adalah dua wajah dengan satu penemuan", tidak dikenakan hukuman apapun, dan bukunya yang penuh dengan cerita kekafiran beredar bebas di negara itu.

Comments