Terkini: Sikap positif Cristiano Ronaldo terhadap Islam


1. Cristiano Ronaldo sangat bersimpati pada rakyat Palestin, perkara ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada kanak-kanak Palestin. Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut jelas mempunyai hati sensitif. Laman Qodsna pada akhir tahun lalu melaporkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang musnah di sepanjang di Jalur Gaza.
2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal vs 'Zionis' Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan seri 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera pernah bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin." Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di gelanggang Israel, pada Jumat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.

4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro kepada mangsa perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dilaporkan Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan atas nama UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC). Wang itu akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut.

Semoga saja Ronaldo meraih hidayah Allah untuk memilih dan menyatakan Islam sebagai dien nya dalam waktu dekat ...

Comments

Anonymous said…
Juga perlu doakan supaya OIC bangkit dari lena kerana setelah ditubuhkan sejak 50 tahun yg lalu tidak menunjukkan kesungguhan utk main peranan dlm membebaskan cengkaman zionis ke atas Palestine yg dah berlanjutan selama 50-60 tahun. OIC ditubuhkan utk pastikan kebajikan & kesejahteraan ummah across the globe. Ada kata pujangga "Izrael will only stop bombarding Palestine as soon as OIC WAKES UP!!!! RD5
Anonymous said…
Dulu aku ni anti christiano ronaldo sbb aku tgk mamat ni kerek smacam je..tapi skg ni aku da makin minat kat mamat ni..tq tuan blogger kerana pencerahan anda terhadap mamat ni..moga2 beliau akan mendapat hidayah dan taufiq utk memeluk islam..takbirr!!!