Dr . Najla Mahmud baru saja melawat suaminya, Presiden Muhammad Mursi di Penjara Burj Arab Alexandria pada hari Khamis (7 /11). Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya apabila dibenarkan untuk bertemu suaminya kali pertama sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu. Pertemuan itu seperti hadiah tahun baru hijriyah.
Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekadar pertemuan pelepas rindu. Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir.
"Aku pergi untuk memberikan sokongan kepada beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah , "kata Najla bercerita kepada televisyen Aljazeera , Khamis ( 7/11 ) mengenai pertemuan dengan suaminya.
Dr. Najla Mahmud |
Najla menyampaikan mesej Presiden Mursi kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mengorbankan hasil revolusi itu. Presiden Mursi menegaskan bahawa dia akan tetap mempertahankan revolusi sehingga akhir nafasnya.
"Presiden Mursi bertanya tentang khabar rakyat. Beliau tidak berubah. Sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayur-sayuran. Soalan pertama beliau adalah ' Bagaimana khabar rakyat Mesir? ' " Tambah Najla .
Dari sekian banyak dialog cinta rakyat itu, Mursi tidak lupa menyelitkan dialog cinta keluarga .
"Presiden Mursi juga memintaku agar saba , kuat, dan tidak berputus asa. Beliau tidak mengakui keabsahan mahkamah dilakukan atas dirinya."
*Diterjemahkan dari sumber bersamadakwah.com
Comments