Wahai Anak Muda Nak Hidup Di Kampung Kena Ada 5



Wahai anak muda, nak hidup di kampung kena ada lima. Yang pertama boleh jadi imam sembahyang. Yang kedua boleh baca doa selepas sembahyang. Yang ketiga boleh buat tahlil. Yang keempat boleh doa tahlil. Ini bukan hadis nabi, peringatan kita. Yang kelima boleh sembahyang jenazah. Kalau kamu anak muda, sembahyang pun tidak boleh jadi imam, doa selepas sembahyang tidak ingat, tahlil pun tidak boleh baca, doa tahlil tidak ingat, sembahyang jenazah tidak boleh. Wahai anak muda nak jadi apa? 

Tugasan mudah. Sebab itu kalau boleh hafal ini boleh datang jumpa ustaz. Doa itu betul ke tidak. Kadang-kadang doa pun tak betul. Kita kena tahu, doa ini baca dengan betul dengan kaedah bahasa arab. Kena bagi betul bagaimana? Kena berguru. Jumpa ustaz betulkan makhraj, betulkan doa. Orang minta jadi imam. Kita baca lah, hafal ini bukan ayat qulhuwallah sahaja. Kita hendak bagi tahu kepada anak muda cara macam mana? Datang ke rumah Allah. Insya Allah kalau dekat dengan rumah Allah, kita harap kita boleh mati dalam benda yang baik. - Kuliah Ustaz Abdullah Khairi

Comments