Pemberita BBC menyiarkan berita bohong dengan menyatakan, air zamzam mengandungi bahan berbahaya. Seperti diberitakan media Inggeris itu, air zamzam yang dikemas dalam botol tersebut mempunyai kadar arsenik tinggi. Itulah sebabnya, para peziarah diminta untuk mengambil sejumlah sampel air zamzam yang dijual di dalam botol-botol untuk membandingkan dengan air serupa yang dijual secara illegal di London. Zamzam yang dituding tercemar itu dijumpai di tiga kedai buku Islam di London, iaitu London Selatan, London Timur dan Luton.
Belakangan ini, tidak dinafikan, ada gerakan untuk mencipta kecurigaan tentang kualiti air Zamzam. Hingga saat ini, tidak pernah terbukti, jemaah haji yang meminum air Zamzam, tidak pernah dijangkiti penyakit kanser. Kaum muslimin di seluruh dunia meyakini, telaga Zamzam tidak pernah kering lebih 4.000 tahun dan para peziarah menganggap air suci itu mempunyai kekuatan yang boleh menyembuhkan penyakit. Setiap musim haji, jemaah Indonesia mendapat bahagian sekitar 10 liter air zamzam untuk di bawa pulang ke Tanah Air.
Menanggapi hal tersebut, Pihak Berkuasa Arab Saudi menyangkal pemberitaan BBC, yang menyebut air Zamzam di Makkah tercemar, dan minum air suci itu boleh menyebabkan penyakit, seperti kanser. Berita yang membuat heboh umat Islam se-dunia itu akhirnya dapat diredam setelah dikeluarkannya pernyataan rasmi dari Zuhair Nawab, Presiden Saudi Geological Survey (SGS), yang menafikan tuduhan itu. Ditegaskan, bahawa lembaganya telah mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan telaga mahupun kesucian air Zamzam.
Zuhair Nawab mendedahkan, organisasinya bertanggungjawab dalam memantau kualiti air Zamzam, tidak hanya menyangkut Arab Saudi, tetapi seluruh dunia Islam. "Para ahli kami memantau keadaan Zamzam setiap hari, selepas mengambil tiga sampel air. Hasilnya, air Zamzam ternyata tidak tercemar, seperti yang dikatakan BBC, "ujarnya.
Pusat Pengedaran Air Zamzam Raja Abdullah di Makkah yang bertugas melakukan pembungkusan dalam botol telah dilengkapi dengan kemudahan canggih dan sesuai dengan standard antarabangsa. Pusat Pengedaran yang dirasmikan pada September 2010 dengan harga 700 juta riyal itu mampu membotolkan air Zamzam sebanyak 200 ribu botol setiap hari.
Penelitian Palsu
Hasil makmal daripada Persatuan Penganalisis Awam Inggeris mencari, kalau air tersebut tidak baik diminum manusia. Ketua Persatuan, Duncan Campbell berkata, air itu beracun, terutama kerana tingginya level arsenic di dalamnya. Konon, penemuan air zamzam beracun ini bukan pertama kalinya di Inggeris. Ogos 2010, umat Islam di Leicestershire juga diperingatkan oleh kerajaan tempatan, bahawa ada produk air zamzam botolan yang berbahaya yang beredar.
Berbahayanya, kerana air botolan itu mengandung arsenic tiga kali lebih tinggi dari level yang dibenarkan. Arsenik yang berlebuhan dalam tubuh, menurut kerajaan tempatan, boleh mengakibatkan keracunan dan kanser.
BBC menyatakan, penemuan air zamzam berbahaya itu berlaku sehari selepas peristiwa air zamzam di Emiriah Arab. Selanjutnya, kerajaan melarang warganya membeli air zamzam di kedai. Berikutan penemuan air zamzam palsu dalam bungkusan di Ras Al-Khaimah. Beberapa kedai di UAE menjual air zamzam, meski jualan itu dilarang. Belakangan diketahui, air yang didakwa zamzam itu ternyata hanya air mineral biasa saja.
Di Inggeris sendiri tidak melarang penjualan air zamzam. Namun negara ini mempunyai peraturan ketat soal menjual produk palsu dan berbahaya bagi kesihatan, iaitu denda besar dan dua tahun penjara.
Comments